Archive for November, 2012

Bekas IGP gesa statistik jenayah disah secara bebas

Bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.

Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu.

NONE“Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya
minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan,” katanya.

Dalam kes Sentul, Musa (kanan) berkata, percanggahan dalam angka terbabit selepas siasatan dibuat ialah antara 20 dan 30 peratus.

Ditanya sama ada beliau percaya kesilapan mengklasifikasi laporan polis boleh berlaku, Musa menjawab: “Sudah tentulah, jika anda tidak menyemaknya.”

Sebelum persaraannya, Musa berkata, pentadbirannya mendapat geran kerajaan yang telah digunakan untuk membiayai kajian Universiti Sains Malaysia terhadap statistik jenayah, tetapi kini beliau tidak lagi tahu mengenainya.

Musa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai statistik jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch). Musa adalah penaung pertubuhan itu.

source : http://www.malaysiakini.com/news/215461

Bekas IGP tuduh Hisham campurtangan dalam PDRM
Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

“Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka,” kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: “Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan.”

Presiden Iran telah memanggil ke semua Ulama’ Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Ke semua Ulama’ Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama’ Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama’ Sunnah yang lain-lain.

Ulama’ Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama’ Syiah memandang kehairanan sambil berkata, “kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?”

Ulama’ Sunnah itu menjawab, “saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut.”

Ulama’ Syiah menjawab, “mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W.”

Ulama’ Sunnah seraya berkata, “jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?”

Polis oh polis

Posted: November 29, 2012 in police

INSPEKTOR MOHAMED SAIFUL BIN MOHAMED MUSTAFA NO I/18794 ,kini berada di IPD BETONG SARAWAK , dia baru sahaja di tukar pd bulan ogos 2012 dari IP

D LAWAS ,SARAWAK .Sebelum di IPD LAWAS SARAWAK , dia di ONE STOP CENTRE KUCHING SARAWAK .Setelah dia “MELAKUKAN JENAYAH PD TANGKAPAN TERHADAP PESARA TUDM T 713943 FSJN FAIZZAL JINONG BIN ABDULLAH pada 23.12.2008 dia di tukar dgn segera bagi menggelak dari di kesan olh keluarga pesara tudm serta kenalannya utk membalas dendam keatas segala yg di lakukan pd 23.12.2008 , bukan shj dia menangkap pesara tudm dan terus masukan kdlm lokap polis , tetapi INSPTR ini juga selepas menangkap pesara tudm , telah dtg kekuarts TUDM BT 10 1/2 JLN KUCHING SERIAN SRWK ,bersama2 dgn anggota2 tudm , pegawai2 tudm menggepung seluruh kuarts tudm tbut semata2 utk menangkap saya “CIK MURNI” dan 6 org ank2 saya .Mereka bukan shj menggepung malah menggugut dgn menggunakan senjata api , kekerasan ada juga ank saya yg cedera kerana mereka ( individu yg di kenali )sanggup menyeret ank saya yg terjatuh atas jln bertar.Setelah itu kami di tangkap polis ini telah membawa saya dan 6 org ank2 saya ke balai polis , di kurung dlm sebuah bilik sempit di situ saya di paksa utk bersetuju menanda tangani surat yg di buat olh polis ni ( YG DLM GAMBAR NI ) jika saya enggan ank saya akn di apa2kanya , juga keselamatan suami saya yg di tahannya dlm lokap akn menerima nasib yg sukar di gambarkan.Surat itu di janjinya akn di beri salinannya pd saya , tapi sehingga kini tdk ada!!.Saya juga di paksa utk bersetuju utk keluar dari sarawak menuju ke SUBANG pd malam itu juga olh polis ini , tapi saya melawan , sbb tanpa suami saya , saya dan 6 org ank2 saya tdk akn kemana2 pun .Akhirnya polis ini dgn geram telah membawa saya dan ank2 keluar dari balai polis menuju ke KUARTS POLIS DI TABUAN JAYA ,SARAWAK PD MLM ITU JUGA. Kami kemudianya di kurung dlm rumahnya , manakala dia tlh keluar utk pergi berbincang dgn PANGLIMA TUDM katanya .Kami di kunci dari luar .Tidor lah saya ( yg sedang sakit , menanti tarikh pembedahan yg akn di buat di HOSPITAL UMUM KUCHING SRWK PD 15.1.2009 ) dan 6 org ank2 atas LANTAI YG XBERLAPIK ATAS SEMEN , SEJUK KOTOR .Sehingga skrg JENAYAH YG DI LAKUKAN OLH POLIS INI tidak ada seorg pun yg berani tampil utk membantu kami yg jadi mangsa dlm kjadian yg benar2 berlaku di msia ini. Kjadian yg di lakukan olh polis ni pd kami DI KATAKAN SAH DI PERLAKUKAN KEPADA KAMI OLH ,KETUA BAHAGIAN PENDAKWAAN DATUK TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH b:p PEGUAM NEGARA MALAYSIA..Jadi semua RAKYAT MALAYSIA ANDA TDK MERASINYA KAMI YG MERASAINYA DAN MELALUINYA , SBB ITU KAH KESAH YG KAMI ALAMI INI DI BUAT TDK KESAH .SEBLKNYA KESAH AMAH INDON KENA ROGOL DGN POLIS DI BERI PERHATIAN , KESAH KESENGSARAAN DI GAZA JUGA JD BUALAN DLL.JADI SIAPAKAH KAMI DI BUMI MALAYSIQA INI?…

“Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih beerti bagiku dari dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganmu daripada aku hidup bersama manusia penuh dusta”

 

Doa Nabi yunus

~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~

“Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa bermunajat dengan doa :
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.

Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.
Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : “Tahukah kamu suara siapa itu?”
Malaikat menjawab : “Tidak ya Allah”
Allah SWT memberitahu, “Itulah suara Yunus hamba-Ku.”
Malaikat mengatakan,”Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan.”
Allah menjawab : “Sudah tentu”
Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya.”
Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud : “Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da’awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)

 

 

Menteri: Harga kamera had laju polis RM23.5j
Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

azlanDalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.

 

source : Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/214658

kisah baju sekolah

Posted: November 22, 2012 in fakta menarik
taJuk:Baju sekolah<br /><br />
Kisahnya:<br /><br />
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.</p><br />
<p>Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥
taJuk:Baju sekolah
Kisahnya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥

kisah Ulamak dan pramugari

Posted: November 22, 2012 in Islam, Islam dan Sains
Kisah Ulama' dengan pramugari....MESTI BACA....

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki! 

Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

SHARE untuk SEBARKAN....(^_^)
Kisah Ulama’ dengan pramugari….MESTI BACA….

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, di

a pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…

SHARE untuk SEBARKAN….(^_^)

Pihak polis mesti mengambil inisiatif untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan berhubung skandal “Copgate”, yang telah mencemar institusi yang bertanggungjawab menegakkan keadilan.

NONEPengerusi Yayasan Penyayang Sosial, Tan Sri Robert Phang (kanan)
berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu menyambut gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein supaya menyediakan bukti terhadap tuduhan itu, sebagai satu cabaran dan memulakan siasatan.

Phang juga mencadangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Syed Ismail Syed Azizan – yang disifatkannya sebagai seorang yang bebas – mengetuai siasatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai seorang yang tidak akan diganggu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dikaitkan dalam skanda “Copgate”.

Menyifatkan Syed Ismail sebagai orang yang layak melaksanakan tugas tersebut, Phang berkata, pengarah CCID itu juga perlu diberi pujian kerana mengumumkan perakuan polis supaya National Feedlot Corporation didakwa kerana skandal “Cowgate”.

NONEPhang menyifatkan pengumuman Syed Ismail (kiri) itu sebagai satu tindakan yang amat berani dan bijak supaya tidak ada percubaan untuk menutup kes tersebut dan pihak polis pula yang dipersalahkan.

“Itu benar-benar membantu memperbaiki imej polis di mata rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Bakri Zinin juga tidak harus menyertai pasukan yang menyiasat kes tersebut “bagi melindungi Bakri daripada dakwaan dikaitkan dengan Gani, kerana Bakri berasal dari Sabah”.

Di samping itu, katanya, semua laporan yang dibuat oleh bekas pengarah CCID, Datuk Ramli Yusuff (kanan) terhadap Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa hendaklah disiasat memandangkan ia sudah sampai ke pengetahuan umum.

ramli yusuff asset declare case 120310 02Ramli (kanan) sebelum ini menggesa ditubuhkan tribunal siasatan selepas
menuduh Gani, Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkomplot untuk menganiaya dirinya dan pegawai-pegawainya kerana menahan seorang penjenayah, Goh Cheng Poh atau ‘Tengku Goh’, yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Musa.

Parlimen juga menolak usul tergempar yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah supaya tribunal itu ditubuhkan untuk mendengar tuduhan terhadap Gani dan Musa.

 

http://www.malaysiakini.com/news/193395

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan agensi yang sesuai untuk menjalankan siasatan bebas terhadap dakwaan berhubung skandal ‘copgate’.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di parlimen semalam, Ramli berkata, SPRM termasuk agensi yang turut dikaitkan dengan dakwaan menganiayanya dan orang-orangnya.

ramli yusuff asset declare case 120310 04Dakwa Ramli lagi, agensi yang sama bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

“Bagaimana menteri dalam negeri membuat cadangan sebegini, memperolokkan sistem keadilan dakan kes jenayah?” soalnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, semasa penggulungan di Parlimen, Hishammuddin berkata, SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan Musa dan Gani dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup penjenayah.

Katanya, ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, pembangkang akan mengatakannya tidak adil.

  • Hafiz Yatim
  • 11:34AM Mac 25 2012
Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal ‘copgate’.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.

“Pihak polis dan tentera sepatutnya neutral dan mengambil berat keselamatan negara tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Mereka kini berfikir dua kali untuk membuat keputusan atau menggunakan budi bicara walaupun arahannya datang daripada pihak atasan.

“Kenapa mereka perlu ikut arahan bos jika akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat?

“Stigma ini akan menjejaskan agensi ini. Saya dan budak-budak saya sudah habiskan banyak masa untuk membersihkan nama kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

  • Hafiz Yatim
  • 11:49AM Mac 24 2012
Pembangkang hari ini menggandakan desakan terhadap kerajaan supaya menggantung tugas Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal ‘Copgate’.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, ini kerana, ia dakwaan yang serius kerana beberana pihak seperti bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dikaitkan.

Malah, katanya, ia melibatkan penangkapan penjenayah penting.

Surendran berkata, pegawai terlibat juga bukan polis berpangkat rendah, tetapi pegawai tertinggi pasukan keselamatan.

“Dakwaan juga bukan dibuat daripada lelaki di tepi jalan tetapi (bekas pengarah siasatan jenayah) Datuk Ramli Yusuff, pegawai polis yang sangat kanan dalam pasukan keselamatan.

“Terdapat juga dakwaan selain ini terhadap peguam negara. Kenapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka?” soal Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

  • Hafiz Yatim
  • 10:36AM Mac 14 2012
EKSKLUSIF Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal ‘Copgate’ yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, ‘sudahpun ada’.

Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.

NONEHishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada
laporan Malaysiakinipada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.

Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat – yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 – telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: “Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.”

Surat dari peguam Ramli kepada Johari – timbalan menteri dalam negeri ketika itu – menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah “kediaman terhad” di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam “penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad” terhadap Tengku Goh.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.

NONEBerikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 – di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.

Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.

Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.

Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi
  • Hafiz Yatim
  • 8:20PM Nov 16 2012

Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

NONERamli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya
diputuskan oleh
NONEsistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.

Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk
menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.

NONETetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yangNONElain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.

Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya
yang meragukan.

Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.

Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

[Baca berita penuh]

1. Menteri: Polis, SPRM tak siasat skandal ‘copgate’

2. ‘Copgate’: SPRM hanya boleh siasat aspek rasuah

3. ‘Pengarah CCID paling layak ketuai siasatan Copgate’

4. Ramli: SPRM bukan agensi sesuai siasat ‘Copgate’

5. Biarlah SPRM siasat Copgate, kata Hisham

6. Ramli kecewa k’jaan tolak tribunal siasat AG

7. ‘Skandal Copgate’: Gantung tugas AG, kata PKR

8. ‘Copgate’: Tak perlu siasatan baru, kata Hisham

9. Copgate: Bukti yang Hisham minta ‘sudahpun ada’

soruce : Malaysiakini

Image