Pegawai yang didedah ada skandal seks tak disiasat, yang mendedah maklumat pula disiasat

Posted: July 16, 2014 in police

Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan polis.

Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.

“Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina seseorang,” katanya merujuk kepada surat itu.

Sanjeevan berkata kenyataannya direkodkan polis minggu lalu dan diminta untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti berkaitan kes.

Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan.

“Malah, saya juga percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada saya dan MyWatch.”

Sanjeevan berkata jika dia menyerahkan semua bukti dan dokumen berkaitan kepada polis, ia akan dimusnahkan dan kes akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Skandal seks ini akan dilupakan bersama dengan kes berprofil tinggi lain.

“Saya ingin tahu mengapa pegawai polis yang terlibat tidak disiasat malah saya yang menjadi tumpuan?”

Sanjeevan berkata dia sudah pun menyatakan mahu bercakap sama ada dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes ini atau pun kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya dah dimaklumkan oleh pihak ketiga yang Khalid tidak mahu berjumpa saya.

“Jika pihak berkuasa telus mahu membersihkan pasukan polis, mereka akan berjumpa saya,” katanya.

Surat kepada Sanjeevan turut menyatakan dia disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis mendakwa Sanjeevan mempunyai bukti yang boleh diedarkan menerusi sistem aplikasi WhatsApp, imej atau video yang berkait dengan skandal seks itu.

Sanjeevan dituduh memberikan maklumat skandal seks itu kepada umum pada Jun dan Julai menerusi laman sesawang MyWatch.

Dalam keterangannya minggu lalu, Sanjeevan mendakwa menerima satu set dokumen dan imej pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam skandal seks.

Sanjeevan enggan menamakan pegawai kanan polis itu tetapi bersedia melakukan segalanya demi rakyat.

Bagaimanapun, Sanjeevan berkata perdana menteri dan menteri dalam negeri perlu memberi jaminan tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Dalam keterangannya, Sanjeevan mendakwa pendedahannya sebelum ini tidak disiasat dengan sewajarnya.

“Ini satu lagi peluang bagi Putrajaya menunjukkan mereka tidak berkompromi dengan penjawat awam terutama polis apabila membabitkan salah guna kuasa,” katanya lapor The Malaysian Insider

 

see more at:

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/07/pegawai-yang-didedah-ada-skandal-seks.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s