Apricot for cancer

Posted: October 24, 2013 in fakta menarik, Kesihatan

Kebaikan Aprikot Kernel

Aprikot Kernel dan Vitamin B17

Pada suatu ketika dahulu, “Scabbies” adalah suatu penyakit wilayah Eropah yang dihidapi oleh ramai anak-anak kapal semasa di dalam tempoh pelayaran. Yang menjadi kebuntuan adalah penyakit itu tidak ada ubatnya.
Sehinggalah seorang yang berpengalaman perubatan pada ketika itu mengenalpasti bahawa penyakit itu adalah disebabkan kekurangan zat dalam diet pemakanan mereka, iaitu vitamin C. Dari hari itu, setiap kapal yang akan berlayar, akan disediakan dengan buah-buah limau yang banyak untuk mengelakkan dari berlaku penyakit “Scabbies” itu.
Pemerhatian ini digunapakai dalam kajian berkenaan penyakit kanser dan telah didapati persamaan dengan penyakit “Scabbies” dimana terdapat kemungkinan yang besar bahawa, penyakit kanser itu bukan sahaja disebabkan sesuatu pemakan atau pendedahan kepada unsur-unsur bahaya, malahan jika sel-sel badan tidak menerima cukup vitamin yang diperlukan, kanser boleh terjadi disebabkan kekurangan tersebut.
Satu kajian yang dijalan di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan Beruang liar yang mana, sebahagian dari kelompok itu di tempatkan di Zoo yang mendapat kemudahan pemakanan yang seimbang dan teratur serta nutrisi yang cukup, manakala sebahagian lagi dibiarkan besar di alam semulajadi.
Selepas beberapa tahun pemantauan, didapati kumpulan beruang di dalam jagaan Zoo satu demi satu mendapat tanda-tanda kewujudan kanser, manakala kelompok beruang dari kumpulan yang sama di habitat semulajadi, kekal sihat dan tiada tanda-tanda kanser.
Dari kajian yang dibuat ini, dirumuskan bahawa penyakit kanser yang dihidapi oleh beruang-beruang ini
bukanlah disebabkan oleh jenis diet yang dimakannya, tetapi diet apakah yang TIDAK terdapat di dalam
senarai pemakanan seimbangnya sepanjang di dalam kurungan.
Bertitik tolak dari kajian seumpama ini, maka kajian demi kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti apakah unsur yang hilang dari diet pemakan kita. Maka, timbullah hasil kajian berkenaan Vitamin B17 oleh Dr. Ernest Kreb Jr, Pakar Biochemist dari Amerika. Beliau adalah saintis berkenaan perawatan kanser yang tersohor dari 17 MAY 1911 – 8 SEPTEMBER 1997, dan banyak membuat penemuan-penemuan alternatif kepada rawatan kanser.

Vitamin B17 adalah suatu unsur perubatan yang mana mampu merawat dan mencegah kanser. Terdapat  pelbagai tumbuhan yang dikenalpasti mempunyai unsur B17 seperti ubi kayu, tumbuh-tumbuhan dan kekacang seperti biji Aprikot.

Di kawasan pergunungan Pakistan, kajian telah dibuat kepada suatu puak dimana biji aprikot menjadi antara makanan utama di dalam diet seharian mereka. Didapati, puak ini, yang dinamakan puak HUNZA, mempunyai purata umur tua sehingga 120 tahun. Malah, didapati juga, tiada sesiapa di dalam kelompok puak ini yang pernah mengidap penyakit kanser.

Pakar dalam bidang penyakit Kanser dari Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata:
“Di Bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.”

source :http://www.shifa.com.my/p/kebaikan-aprikot-kernel.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s