Archive for September, 2011

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Lee
Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland
selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ
kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham
bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang
ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar
kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung
di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara
mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me’lego’ telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg kena kencing dengan MCA dalam skandal PKFZ
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion
tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Advertisements

Kafir: ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? 

Muslim: Oh.. itu Ka’abah atau nama lainnya Baitullah 

Kafir: Baitullah tu apa? 

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah 

Kafir: Allah ada dalam tu? 

Muslim: Tak.. 

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu? 

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu… 

Kafir: Kau sembah apa? 

Muslim: Aku sembah Allah SWT 

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu? 

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah… 

Kafir: Bukankah aku sujud ke arah Kaabah, maknanya aku sembah Kaabah la… 

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV? 

Kafir: Pernah.. selalu… 

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola? 

Kafir: Tengok perlawanan bola la… 

Muslim: Di mana? 

Kafir: Dalam TV la… 

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak…

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada… 

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..” 

Kafir: Jadi…? 

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak? 

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu… 

Muslim: Peliknya… 

Kafir: Sebab apa pulak pelik? 

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat… 

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya… 

Muslim: Hmmm… jadi tak peliklah ni…? 

Kafir: Ya.. tak pelik 

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah… 

Kafir: Erk.. 

Antara amalan yang berguna kepada si mati

Posted: September 9, 2011 in Islam

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.

1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”

3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”

5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”

6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan almarhumah)

sumber ustazazhar.com

Muhammad Indera

Posted: September 6, 2011 in Uncategorized

– Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.

– Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.

– British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.

– Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.

– Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.

– Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.

– Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.

– Mat Indera tidak pernah berkahwin.

-Anak murid bapa Muhyiddin

-Hampir menjadi abang ipar Muhyiddin

-Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

“(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis,” tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Kebanyakan orang Melayu menjadi komunis bukan untuk menentang kerajaan sendiri atau membunuh sesama sendiri tetapi kerana hanya itulah jalannya/cara yang ada untuk membunuh dan menghalau British dari mengekploitasi kekayaan di Tanah Melayu.  Dengan cara ini mereka mendapat sejata dan bantuan dari komunis, kebanyakkan orang Melayu keluar dari pergerakan Parti Komunis setelah Merdeka, saki baki yang meneruskan perjuangan menentang kerajaan Malaysia kebanyakkan bukan dari anggota Melayu

Tugu Negara satu penghinaan tiada nama Melayu hanya nama Inggeris disebut sebagai pejuang kemerdekaan

https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/12/01/1637/