Archive for December, 2010

Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.

Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.

“Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari”.

Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.

Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.

Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke atas status ekonomi mereka.

Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini. Di sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang menamatkan kitaran “pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah”.

Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema “Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan”. Majlis makan tengah hari khas ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).

Grameen bermakna “luar bandar” atau “kampung” dalam bahasa Bangla. Slogannya adalah “Bank bagi Miskin”. Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

Profesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

“Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka.

“Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga”, jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu seperti yang tertera di bawah:

“Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka”.

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90 peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan.

Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula masa depan keluarga-keluarga ini?

Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf. Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan, masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.

“Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan”, katanya.

Jadi rancangan itu dimulakan.

Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan sahaja ke sekolah malah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.

Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej.

“Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka”, kata beliau.

Tetapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui kemampuan mereka.

“Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini – untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan”.

Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan merentasi seluruh Bangladesh.

Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar.

“Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka.

“Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain”.

Penuntut Grameen di Malaysia

Muhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar Bangladesh.

“Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang”, jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976, beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin.

Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di Malaysia.

Hari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima biasiswanya.

Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi dalam bidang kredit mikro.

Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam generasi kedua, kata Muhammad.

“Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik”.

Sumber : Malaysia Kini dan Bernama

Pendakwaan hari ini menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun selesai memberi keterangan.

Latifah kemudian menetapkan 28 Jan depan untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pendakwaan.

Di kandang tertuduh ialah Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Zainon, seorang detektif yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau diarahkan pegawal penyiasat awal kes itu, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin, untuk mencari penunda bagi membawa kereta yang dipandu Aminulrasyid ke IPD berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat nama syarikat yang menunda kenderaan tersebut.

Mahkamah turut mendengar keterangan pegawai penyiasat kes ASP Abdul Halim Ismail yang menyambung keterangannya hari ini bahawa dari segi perundangan, tidak salah bagi anggota peronda menembak belakang kereta yang dipandu Aminulrasyid sewaktu kejadian, jika tidak ada cara lain bagi menghentikan kereta tersebut.

Beliau berkata dalam kes ini, mangsa telah melakukan banyak kesalahan, antaranya memandu secara laju serta berbahaya, dan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara D22, anggota polis trafik dibenarkan menggunakan senjata api jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, jika kereta yang dikejar atau dipintas tidak berhenti, polis akan menganggap kenderaan itu dipandu penjenayah.

– Bernama

Dahulu, dia tinggal di istana megah dengan segala kemewahannya, kini dia diselubungi kemiskinan. Itulah nasib yang menimpa Appamma Kajjallappa. Isteri ketiga raja Venkateswara Ettappa, pemerintah di daerah Virudhunagar, India. Appamma kini tinggal di sebuah pondok bersama anaknya. Suaminya, Si Raja tersebut, sudah meninggal.

Persoalannya ialah apakah suaminya tidak mewariskan harta kekayaannya untuk Appamma?. Begini, sebenarnya, Appamma diwariskan sejumlah harta kekayaan yang tidak banyak jumlahnya. Tetapi semuanya sudah diberikan kepada rakyat

Bahkan, istana peninggalan suaminya juga diubahnya menjadi sebuah sekolah untuk rakyat. Appamma memberitahu, dirinya memang memilih jalan hidup seperti ini dengan sukarela. “Mungkin dulu saya adalah seorang ratu, tapi kini saya bukan siapa-siapa lagi. Kami sangat miskin.” katanya.

“Anggota keluarga kami sangat murah hati. Kami menyumbangkan segalanya demi kejehateraan kampung. Itulah yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin,” tambah Appama.

Appamma ketika ini bekerja di kuil sebagai pelayan sewaktu ada perayaan atau persembahan. Penduduk kampung sebenarnya merasa sedih dengan nasib mantan ratu mereka ini. Mereka selalu memberinya sesuatu setiap kali Appamma melayani di kuil, namun Appamma selalu menolaknya. Baginya, melayani di kuil merupakan suatu kehormatan yang tak perlu diberi imbalan

terima kasih kepada TKO online dan Malaysia Sensasi.net
http://www.malaysiasensasi.net/2010/12/bekas-ratu-yang-jatuh-miskin.html

ada lagi ker proton baru

Posted: December 16, 2010 in Uncategorized

Click to view the next image.

Front facing or rear facing

Posted: December 10, 2010 in Uncategorized

hentakan kerana kemalangan boleh putuskan saraf tunjang

walaupun saraf tunjang boleh tegang sehingga 2 inci kerana hentakan

kadangkala hanya 1/4 inci regangan sudah cukup memutuskan urat saraf tunjang

contoh resume/cv

Posted: December 10, 2010 in Useful
  • Position : Electrical and Instrument SupervisorName : XXXXXXXX

    I/C No : XXXXXX-11-XXXX (Malaysian)

    Address for Correspondence : 29, Jln Merbuk,
    Taman Bulan Purnama, 24000, Terengganu.

    Contact House : +609 – xxxxxxxx
    Contact H/P : +601x-xxxxxxxx
    E-mail address : xxx@gmail.com

    Educational Qualification : Diploma in Electrical Engineering (Electronic and Communication)

    COURSE ATTENDED

    1. Chargeman AO Examination Course
    April 2001 – Institute of Industrial

    2. Programmable Logic Controller (PLC) Course
    June 2001 – Institute of industrial

    3. Off-Shore Safety Orientation (OTS/01)
    Esso / Overseas Technical Services (M) Sdn. Bhd.

    4. Basic Personal Survival at Sea (OTS / 03)
    Esso / Overseas Technical Services (M) Sdn. Bhd.

    5. Industrial First Aid with CPR (OTS / 01)
    Esso / Overseas Technical Services (M) Sdn. Bhd.

    6. Helicopter Underwater Escape Training (HUET) Course
    Terengganu Safety Training Centre (TSTC) Kemaman, Terengganu.

    7. Hydrogen Sulphide (H2S) Competence Course – MSTS Asia Sdn Bhd.

    PROFESSIONAL EXPERIENCE BRIEFS

    Total: 10 years of experience in construction, commissioning, inspection, calibration and warranty for petroleum, oil and gas specifically in electrical system, instrument system, cathodic protection system, SCADA & telecommunication system, electronic and process instrumentation systems.

    Presently
    (Current-Feb 2009): ABC Electrical & Instrumentation
    Kuala Lumpur
    Position : Electrical & Instrument Supervisor

    Responsibilities include:

    1. Reviewed AFC drawings/specification and contractor’s shop drawings
    2. Reviewed contractor’s E&I purchase inquiry documents.
    3. Reviewed contractor’s technical evaluation of all instrumentation / electrical items.
    4. Material receipt inspection and verification.
    5. Reviewed, advised on and answered site technical query (STQ)s related to E&I raised by contractor’s.
    6. Witnessed vendor’s instrumentation/ electrical test such as calibration and setting adjustment work.
    7. Monitored hook-up and installation of instrument and electrical systems.

    (Feb 2009-Oct 2002): Sarawak Shell Berhad (SSB)
    Position : Electrical & Instrument (E&I) Supervisor

    1. Reviewed AFC drawings/specification and contractor’s shop drawings
    2. Reviewed contractor’s E&I purchase inquiry documents.
    3. Reviewed contractor’s technical evaluation of all instrumentation / electrical items.
    4. Material receipt inspection and verification.
    5. Reviewed, advised on and answered site technical query (STQ)s related to E&I raised by contractor’s.
    6. Witnessed vendor’s instrumentation/ electrical test such as calibration and setting adjustment work.
    7. Monitored hook-up and installation of instrument and electrical systems.
    8. Witnessed factory acceptance test at vendor site as and when required.
    9. Monitored and witnessed contractor’s pre-commissioning work included to function loop tests and performance tests.
    10. Prepared and monitored punchlist items, ensuring they are resolved prior to sail away.
    11. Compiled E&I scope of punchlisting work for offshore hook-up.
    12. Verified the as-built E&I drawing and final documentation.
    13. Identified and verified all the E&I shiploose items and ensure they are properly packed prior to sail away.
    14. Carried out inspection on the fabrication and installation the E&I cable ladder/tray, Instrumentation stand, lighting supports etc. and to complete the visual inspection reports.
    15. Carried out inspection of the termination works at all panels such as MCC, DB, UPS, DCS, and FGS. To ensure the contractor to use the AFC latest revision.
    16. Checked and endorsed the fabrication and installation checks sheet.

    Oct. ’01 – Oct 2002 PETRONAS PENAPISAN TERENGGANU
    SDN. BHD. (PPTSB)
    KERTEH, TERENGGANU.

    1. Monitor and verify electrical works carried out by the contractor and vendor in accordance with the approved project specification, AFC drawing, inspection and test plan, codes and standards. The electrical installation works include cabling, lighting and earthing system.
    2. Involve in electrical system in term of checking, testing start up commissioning and trouble shooting.
    3. To inspect all items related to instrument and electrical within the project scope as per specification requirement.
    4. To conduct test and proper functionality checks on all fire alarm system at all location within the plant.
    5. To carry out preventive maintenance, routine maintenance, corrective measure and inspection of all instrument such as transmitter, micro switches, gauges and level gauges for the refinery plant and LPG bottling plant in Kerteh.
    6. Checking, calibration, inspection and commissioning of all pneumatic equipment at LPG plant.
    7. To inspect, calibration of all new instrument during the plant modification and advancement.

    REFERENCES

    1) Mr XXXXXXX
    Contract / Finance Manager
    Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB)

    2) Mr XXXXXXXXX
    Construction Superintendent
    ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Incorporated (EMEPMI)
    Kerteh, Terengganu.

    3) Mr XXXXXX
    Fabrication Engineer
    Sarawak Shell Berhad (SSB)

    4) Mr XXXX
    Head of Electrical & Instrumentation
    Petronas Methanol (L) Sdn. Bhd., W.P Labuan.

    5) Mr XXX XXXXXX
    Maintenance Manager
    Petronas Kerteh Refinery
    Kerteh, Terengganu

tahun depan antara model baru yang akan dipasarkan kat Malaysia adalah Honda insight, aku agak jer leerr…