Makmal dadah, inspektor polis ditahan

Posted: January 16, 2015 in Berita Malaysia, police

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor antara dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Jalan Long Jaafar, Taman Bersatu dekat Taiping di Ipoh yang dijadikan makmal mini memproses dadah disyaki jenis syabu, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata pegawai polis berusia 40 tahun berkhidmat dalam Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam di Ipoh, dan seorang suspek utama berumur 34 tahun ditahan di rumah berkenaan pukul 9.30 malam.

Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai peralatan memproses dadah antaranya satu paket plastik lutsinar di dalamnya terdapat paket-paket plastik lutsinar kosong, satu botol kaca berwarna coklat berisi cecair dilabel ‘chloroform’, satu botol kaca berisi cecair dilabel ‘cuka buatan’ air dan penimbang digital, katanya.

“Polis turut merampas dadah dipercayai methamphetamine seberat 720 gram dan precasel kafein seberat 25 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM343,625,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

“Turut disita sebuah kereta Perodua Viva bernilai RM25,000,” katanya dengan menambah polis sedang mengenal pasti lokasi dadah berkenaan dijual.

Beliau berkata suspek utama disyaki menagih dadah jenis methamphetamine selama setahun dan terlibat dalam kegiatan memproses dadah sejak dua bulan lepas, selain mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Mengenai anggota polis itu, Paramasivam berkata polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kegiatan itu.

“Dasar PDRM, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk yang terlibat dalam dadah,” katanya.

Paramasivam berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berterima kasih kepada orang awam kerana sentiasa bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan maklumat dan beliau berharap agar ia berterusan.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/286208

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s