JOHOR BAHRU: Berikutan kesalahan kecuaian penyeliaan dalam penugasan sehingga menyebabkan ‘Long Tiger’ lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak bersama dua lagi pegawai berdepan tindakan tatatertib.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.

Beliau berkata, sebaik disiapkan, kerta siasatan itu akan dihantar ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, untuk penilaian dan tindakan susulan.

“Di Johor, kita beri tumpuan khusus kepada aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang sepatutnya menyelia serta memeriksa lokap sama ada lokap di mahkamah atau lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai.

“Turut berdepan tindakan, seorang anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun dan seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner yang terbabit dalam kecuaian menyebabkan kebocoran maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedah maklumat sulit yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda RM1 juta,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Sementara itu, Ayob Khan turut memaklumkan, seorang bekas anggota polis berumur 47 tahun disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan maklumat dan gambar berkaitan operasi penangkapan ‘Long Tiger’ pada Selasa.

Kata Ayob Khan, penularan gambar ‘Long Tiger’ itu didapati mampu mengganggu siasatan dan operasi yang sedang dijalankan.

Jelasnya, jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

“Suka saya nak nasihatkan, saya telah ambil tindakan terhadap sama ada pegawai polis, orang awam, anggota (polis) yang memviralkan maklumat sulit atau gambar operasi yang diperolehi dalam Facebook.

“Setakat ini seorang pemilik akaun Facebook yang memviralkan gambar tangkapan di Facebooknya… kita sudah buka kertas siasatan ke atas dia di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kita sudah kenal pasti pemilik Facebook ini, berumur 47 tahun berasal (dari) Klang (dan) bekas anggota polis,” kata beliau lagi.

SEREMBAN: Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak 2017, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut seramai 31 individu terbabit dalam jenayah termasuk berkaitan tatatertib, dadah, syariah dan rasuah manakala 25 individu dibuang kerja atas kesalahan melakukan kekerasan atau dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Mohamad berkata pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan jenayah atau bersekongkol dengan sindiket haram yang melanggar undang-undang yang mencemarkan imej pasukan.

“Statistik tersebut perlu diberi perhatian serius…lebih-lebih lagi kami merupakan ‘role model’ kepada orang ramai. Saya mahu lihat lebih banyak interaksi positif antara polis bersama masyarakat diadakan.

“Jadi, saya berharap semua warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa bekerja dengan penuh berintegriti demi menjaga nama baik pasukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam meningkatkan persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara polis serta masyarakat, pelbagai pendekatan perlu dilakukan termasuk kaedah interaksi secara bersemuka dengan orang awam di peringkat akar umbi.

Mohamad berkata pendekatan itu juga bukan sahaja dapat membetulkan segala maklumat salah, persepsi kurang tepat selain tuduhan melulu terhadap warga PDRM, malah dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan dan tugas anggota polis secara lebih dekat.

“Jika kita dapat lakukan ini, maka segala tuduhan yang tidak berasas terhadap pasukan, tentunya dapat dikurangkan. Bersama-samalah kita bertindak sebagai satu pasukan, bergerak dalam satu tenaga dengan matlamat membanteras jenayah dan keganasan tanpa mengira jabatan dalam PDRM,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sebanyak 281 kekosongan jawatan daripada semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan ketika ini melibatkan pelbagai jawatan termasuk Inspektor dan Sarjan untuk diisi oleh individu yang berkelayakan.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.

Beliau berkata antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.

Azri berkata mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Selain itu, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terlibat kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48).

“Oleh itu, bagi memperkasakan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami akan memberi fokus kepada enam elemen pada tahun ini iaitu memperkasakan tadbir urus/kepolisan, pengurusan aduan, risikan/operasi, siasatan, pematuhan serta agama dan kaunseling,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya elemen tadbir urus/kepolisan am melibatkan sudut perlakuan menerusi kursus, latihan dalam perkhidmatan dan program ilmiah berterusan kepada warga PDRM manakala elemen pengurusan aduan pula adalah mempromosi kewujudan e-SPA (Sistem Pengurusan Aduan) kepada orang awam serta warga PDRM.

Selain itu, elemen risikan/operasi pula mempertingkatkan integriti dalam kalangan warga PDRM dengan menangani penglibatan warga PDRM terhadap penyalahgunaan dadah dan ketum selain serbuan mengejut terhadap petugas barisan hadapan di lapangan bagi mencegah isu pemerasan di sekatan jalan raya dan lain-lain.

Azri berkata bagi elemen siasatan, JIPS mempertingkatkan kualiti dalam siasatan pegawai dan anggota polis dengan menjalankan siasatan secara menyeluruh serta terperinci supaya mereka yang terlibat dengan salah laku akan diadili sewajarnya berdasarkan fakta serta pembuktian.

“Bagi elemen pematuhan, kami mengambil pendekatan pencegahan dengan mempertingkatkan pemeriksaan pematuhan untuk menutup ruang dan peluang berlakunya salah laku serta penyelewengan dalam kalangan pegawai dan anggota polis,” katanya.

Beliau berkata menerusi elemen agama dan kaunseling, integriti warga kerja PDRM akan diperkasa secara inklusif dengan menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan melalui pendekatan agama serta psikologi dan kaunseling.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan netizen membuat aduan tidak menggunakan saluran yang betul dan menularkan sesuatu isu menerusi media sosial sebelum siasatan dijalankan, Azri berkata fenomena itu menjadikan netizen sebagai hakim tanpa kesahihan fakta sebenar.

“Saya berpandangan bagi isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan maruah, ia perlu dilakukan mengikut saluran betul dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata tindakan secara profesional perlu dilakukan supaya mangsa terlibat tidak terdedah kepada kecaman dan komen-komen negatif yang boleh mempengaruhi emosi selain mengelak masyarakat terus membuat andaian yang tidak benar terhadap pihak terlibat.

“Saya melihat masyarakat kini hanya berani menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu dengan menularkan isu berkenaan menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook tetapi enggan bertindak dengan betul (membuat laporan),” katanya.

Azri berkata mereka seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

— BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.

Menurut sumber tangkapan kesemua suspek dilakukan menerusi Op Selendang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan kerjasama PDRM Terengganu.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Difahamkan pertubuhan haram itu mulai aktif di daerah Dungun mulai 2021.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak Bukit Aman setelah siasatan selesai.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-anggota-polis-antara-yang-ditahan-terlibat-pertubuhan-haram-403194

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

“Kita dapati ada ahli kumpulan yang kita tangkap terlibat dengan kes berunsur keganasan. Contohnya menjadi orang tengah untuk kutip hutang Ah Long dengan guna kekerasan dan proses tarik kereta haram.

“Bagaimanapun tidak semua anggota polis yang ditahan terlibat secara langsung dengan perlakuan jenayah. Tetapi menjadi ahli pertubuhan haram pun sudah menjadi satu kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Mengulas lanjut Rohaimi berkata, 10 anggota polis yang ditangkap telah ditahan kerja bermula semalam dan dua lagi anggota masih direman sehingga esok, manakala dua pegawai sedang menunggu tindakan daripada pihak Bukit Aman.

“Tujuh suspek orang awam yang ditahan dalam Op Selendang, termasuk ketua pertubuhan yang berusia 39 tahun, masih direman sehingga esok.

“Siasatan mendapati anggota polis yang ditahan terlibat dengan pertubuhan itu sejak 2021. Bagaimanapun pertubuhan itu dipercayai aktif sebelum tempoh itu lagi,” katanya.

Rohaimi berkata dalam serbuan itu polis merampas lapan buah kereta, lapan senjata tajam dan 28 telefon bimbit untuk siasatan.

Selain itu katanya beberapa barangan lain seperti al-Quran, kain kapan dan selendang yang digunakan untuk upacara baiah, kad ahli, pelekat kenderaan dan pakaian yang mempunyai logo pertubuhan, turut dirampas.

Rohaimi berkata kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta bahan kakisan, letupan dan senjata berbahaya 1958.

source: https://www.malaysiakini.com/news/652668

Seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dipetik Harian Metro mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut memetik siasatan yang sedang berjalan.

Gadis itu telah membuat laporan polis pada 31 Dis terhadap pegawai penyiasat dari sebuah balai polis daerah dekat Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, di balai yang sama juga dia pergi untuk merakam kenyataannya berhubung dakwaan asal dirogol bapa tirinya.

Menurut Harian Metro, pegawai polis itu didakwa merogol mangsa sekitar jam 6.30 petang pada 28 Dis lepas, selepas dia meminta untuk memeriksa bahagian sulit mangsa, kononnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” kata sumber.

Sumber itu dilaporkan mendedahkan bahawa gadis itu kemudiannya terpaksa menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil di dalam bilik penyiasatan di mana dia didakwa dirogol.

Selanjutnya, sumber berkata kejadia berlaku hampir 30 minit dan selepas itu mangsa diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

“Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” kata sumber itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mengingatkan terdapat peraturan khusus untuk mengendalikan mangsa penderaan seksual kanak-kanak.

“Saya memandang serius kes ini dan menegaskan terdapat prosedur khusus untuk mengendalikan mangsa kanak-kanak iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan Garis Panduan Pengurusan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Tiada siapa yang berada di atas undang-undang,” tegasnya pada ciapan di Twitter.

Menurut garis panduan itu, polis perlu membawa mangsa yang disyaki penderaan seksual kanak-kanak ke hospital kerajaan, bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

Sebaik tiba di jabatan kecemasan hospital, mangsa akan dikendalikan oleh kakitangan perubatan yang telah dilatih mengendalikan kes disyaki penderaan dan pengabaian kanak-kanak (Scan).

Azalina, yang pernah menjadi menteri undang-undang semasa garis panduan itu digubal pada 2017, bertindak sebagai penasihat jawatankuasa yang menulis garis panduan berkenaan.

PETALING JAYA: Dua polis bantuan ditahan dipercayai meminta rasuah RM500 termasuk mengambil kad bank dan nombor pin untuk mengeluarkan wang daripada sepasang kekasih yang dikatakan berkhalwat, dalam kejadian di belakang pusat beli belah, di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam kejadian pada malam Jumaat, kedua-dua suspek mengeluarkan wang di ATM dengan mangsa yang juga seorang lelaki menerima satu pesanan ringkas di telefon bimbitnya memaklumkan RM1,000 dikeluarkan dari akaun banknya.

Katanya, bertindak laporan dibuat mangsa, pegawai penyiasat bersama-sama anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan menangkap kedua-dua suspek tersebut, termasuk merampas RM1,000.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 32 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pasangan berkenaan yang sedang berkhalwat dalam kereta di belakang bangunan pusat beli-belah tersebut didatangi kedua-dua suspek yang bertugas sebagai polis bantuan di kawasan itu pada 10 malam.

“Sebagai ganjaran tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana berkhalwat dengan teman wanitanya dalam kereta, suspek meminta wang tunai RM500,” katanya menurut Sinar Harian.

Raub berkata, kedua-dua suspek direman empat hari.

rujukan :-

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/07/demi-rasuah-rm500-2-polis-bantuan-sanggup-minta-kad-bank-nombor-pin-keluar-wang/

Isnaraissah Munirah juga melampirkan keratan berita Sinar Harian yang melaporan sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditukar ke Sabah dan Sarawak.

Sinar harian

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menyelar tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai “tong sampah”, dengan menempatkan pegawai kerajaan bermasalah di negeri itu.

Katanya budaya sebegitu akan menjejaskan kemajuan negeri Borneo itu yang sememangnya sudah jauh ketinggalan.

“Tolonglah Federal (Persektuan). Sabah, Sarawak bukannya tong sampah.

“Sudahlah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkan lah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah.

“Sampai bila kami mahu maju?,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Isnaraissah Munirah juga melampirkan keratan berita Sinar Harian yang melaporan sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditukar ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi dipetik sebagai berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.

“Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

“Siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan saya tegaskan bahawa Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jenayah,” katanya.

source :

https://www.malaysiakini.com/news/630587

KUALA LUMPUR: Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Katanya semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

— BERNAMA

Rujukan : –

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sembilan-anggota-polis-ditahan-peras-ugut-ahli-perniagaan-373697

KOTA BHARU: Menjalinkan hubungan intim dengan orang awam dan berkahwin tanpa kebenaran antara 116 kesalahan tatatertib pegawai serta anggota polis di Kelantan yang dikesan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua anggota polis dipercayai menjalinkan hubungan intim dengan orang awam manakala seorang lagi didapati berkahwin tanpa kebenaran di Indonesia.

Katanya, ketiga-tiga kes itu masih dalam siasatan dan jika anggota tersebut didapati terlibat, mereka boleh dikenakan amaran atau denda yang sepatutnya. 

“Daripada 116 kes itu, 61 kes melibatkan anggota sama dan telah selesai siasatan manakala baki 51 kes masih dalam siasatan.

“Kebanyakan kesalahan warga PDRM Kelantan adalah penyalahgunaan dadah dengan 19 kes, jenayah 16 kes dan rasuah 1 kes,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Shafien berkata, sepanjang tahun ini, tujuh anggota dibuang kerja, 32 anggota masih ditahan kerja kerana terlibat dengan kes jenayah, dadah serta rasuah, 15 anggota diberi surat amaran dan lapan anggota menerima surat teguran. – UTUSAN

Rujukan :

Isnin | 20 September 2021
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160943/BERITA/Semasa/Empat-anggota-polis-dicekup-di-pusat-hiburan-positif-dadah

SINAR HARIAN

KLANG – Empat anggota polis antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman.

Menurutnya, serbuan dijalankan bertindak atas maklumat berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.

“Hasil serbuan, kita telah menahan 35 individu terdiri daripada 22 lelaki dan 13 perempuan.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati seramai 19 individu positif dadah termasuk empat anggota terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Azri berkata, semakan juga mendapati keempat-empat anggota terbabit bertugas di Selangor.

Tambahnya, susulan itu, JIPS akan membuka siasatan selari dari sudut tatatertib.

“Sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan termasuklah sekiranya urin saringan awal didapati positif,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160943/BERITA/Semasa/Empat-anggota-polis-dicekup-di-pusat-hiburan-positif-dadah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/160943/BERITA/Semasa/Empat-anggota-polis-dicekup-di-pusat-hiburan-positif-dadah

KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman, ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis diketuainya, dalam daerah Kajang di sini, petang semalam.

Serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada jam 6 petang semalam, sebaik menerima maklumat dari orang awam.

Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.

Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Polis juga turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit tv.

Turut dirampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit, sambil berkata tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas.

“Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa ini, katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

sources :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841678/pesta-liar-di-balai-polis-8-termasuk-ketua-balai-ditahan-bukit-aman

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Ketua ‘balai polis disko’ positif dadah, ditahan kerja

Kuala Lumpur: Ketua balai polis yang terbabit parti liar di sebuah balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan turut positif dadah, diambil tindakan tahan kerja bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tujuh individu lain yang ditahan bersama pegawai itu dibebaskan dengan jaminan.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati pegawai polis berkenaan positif dadah jenis ganja dan direman dua hari untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azri berkata, siasatan terhadap kes itu turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kajang.

“Manakala JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan selari berkaitan salah laku dan pelanggaran tatatertib anggota dan pegawai berkenaan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan JIPS Bukit Aman menahan seorang ketua balai polis bersama tiga anggotanya yang berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis di bawah pentadbiran IPD Kajang, Selangor.

Ketua balai polis itu yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan selepas menjadikan sebuah bilik di balai polis itu seperti disko dengan lampu berputar turut dipasang di dalamnya.

Polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Berita berkaitan

Berhibur di balai polis, suspek positif dadah

‘Balai polis disko’ kena serbu

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733405/ketua-balai-polis-disko-positif-dadah-ditahan-kerja

Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata dia tiada kena mengena dengan rakaman curi perbualan telefon Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis.

“Saya tak tahu, saya tak ada kena mengena,” katanya diminta mengulas kenyataan menteri yang menyelar pihak yang merakam perbualannya tanpa izin.

Menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, Hamid berkata teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

“Sekarang ini dah boleh dapat video dari bintang Marikh,” katanya berseloroh.

Terdahulu hari ini, Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, dia berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang menentukan tugasan pegawai polis.

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” kata Hamzah.

Hamzah Zainudin dan Abdul Hamid Bador

Hamid bagaimanapun berkata kritikannya kepada Hamzah – yang dibuatnya dalam sidang media terakhir petang ini – hanya merujuk kepada kenyataan menteri sebelum ini, bukan rakaman bocor itu.

Hamid tidak menyebut secara langsung kenyataan itu tetapi mengkritik keras campur tangan politik dan menteri dalam pasukan polis hari ini.

Dalam rakaman itu yang mula tersebar beberapa hari lalu, Hamzah antara lain menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya, dan menambah akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang – you let me know, we will decide.

Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/572864

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman suara bocor yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar.

Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya rasa itu adalah suara yang benar oleh saya. Dan saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun. Apa salahnya?

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” katanya.

Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya.

Dia berkata akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang – you let me know, we will decide.

Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.

Hamzah memberitahu wartawan bahawa rakaman audio berkenaan dibuat pada tahun lepas.

Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.

Katanya, apa yang lebih penting adalah mengenal pasti pihak membuat rakaman berkenaan.

“Saya menteri dalam negeri, jadi saya boleh lakukan dengan beberapa cara lain. Siapa yang rakam itu persoalannya, kita nak tahu itu dulu,” katanya lagi.

Sementara itu, Hamzah berkata apa yang dilakukannya tidak bercanggah dengan peraturan.

“Saya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), saya nak maklumkan dalam perlembagaan, pengerusi SPP merupakan suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai-pegawai polis.

“Yang masalahnya ialah kalau saya nak suruh buat perkara di luar tanggungjawab saya itu masalahlah.

“Ini tak ada masalah pun. Yang anda rasa saya buat salah ni kenapa, saya tak salah pun,” katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/572791

ULASAN | Bila otai bersuara

Posted: May 7, 2021 in police
Malaysiakini

Pendedahan bekas ketua polis negara (KPN), Abdul Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya pada Jumaat lalu bahawa ahli politik campur tangan dalam pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar dipandang berat.

Nampaknya isu yang dibangkitkan oleh ‘otai’ polis ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi dan ia terpaksa ‘dilepaskan’ bagi menggambarkan keadaan yang berlaku dalam pasukan PDRM.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak KPN baharu, Acryl Sani Abdullah Sani dan pasukannya berhubung pendedahannya dan tidak akan membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan.

Mengukuhkan lagi pendedahan itu, Musa Hassan turut mengakui bahawa memang terdapat campur tangan ahli politik ketika beliau sebagai KPN dahulu, malah ia telah menjejaskan proses siasatan yang dijalankan PDRM selain ada arahan kepada pegawai lain tanpa pengetahuannya.

Dengan pendedahan ini, jelas bahawa apa-apa campur tangan daripada ahli politik sudah pasti mempunyai motif politik yang tertentu sekali gus boleh mengganggu perjalanan tadbir urus dan proses siasatan pasukan polis.

Abdul Hamid turut menyarankan agar Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak dipengerusikan oleh ahli politik bagi mengelakkan campur tangan golongan itu, sebaliknya ia perlu diketuai oleh tokoh yang neutral dan tiada kepentingan seperti hakim atau bekas hakim. Ini adalah satu langkah yang wajar.

Langkah ini seharusnya diperluaskan lagi ke sektor awam dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tadbir urusnya tidak diganggu-gugat oleh ahli-ahli politik yang sarat dengan pelbagai kepentingan.

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Pertubuhan Ikram Malaysia menyokong tindakan berani dan ketegasan mana-mana pemimpin kerajaan untuk menentang sebarang pengaruh politik yang membawa kepada salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

“Ikram menggesa agar maruah dan integriti PDRM dikembalikan dan satu suruhanjaya untuk meningkatkan akauntabiliti dan integriti anggota polis ditubuhkan dengan segera,” kata Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Kuasa itu sementara

Berkaitan isu rasuah politik seperti yang disebut oleh Abdul Hamid, Ikram juga menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

“Ikram menggesa kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu integriti dan rasuah di semua peringkat kepimpinan sektor awam dan institusi kerajaan,” ujarnya.

Dua isu yang dibangkitkan oleh bekas KPN berkaitan isu campur tangan politik dalam pasukan polis dan juga rasuah politik wajar diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab supaya berlaku perubahan dan penambahbaikan.

Kita tidak mahu pasukan keselamatan kita tidak mempunyai taring dan kaku dalam menguatkuasakan undang-undang hanya kerana tindakan sesetengah ahli politik kita yang sengaja menunjuk kuasa.

Kuasa itu hanya pinjaman sementara. Dipinjamkan kuasa itu supaya dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk berbakti, bukan untuk disalah guna demi kepentingan politik dan peribadi.

Akan sampai suatu masa, kuasa itu sudah tiada dan kita semua perlu menjawab kepada Yang Maha Esa.


MOHAMMAD HAFIZUDDIN ABDUL MUKTI berkhidmat di Jabatan Penerangan dan Perhubungan Pertubuhan Ikram.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/news/573556