Peguam kesal suspek ‘ugut rogol’ masih bertugas

Posted: August 21, 2015 in Uncategorized

Peguam bagi seorang peserta wanita perhimpunan 1 Mei yang didakwa diugut untuk dirogol oleh seorang anggota polis, kecewa kerana suspek dibenarkan untuk terus bertugas di balai polis yang sama.

Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Maisara Amira Mohamad Asmadi berkata, mereka juga tidak diberitahu bahawa pihak polis telah mengenal pasti suspek.

“Jelas sekali saya sangat kecewa dengan ini. Dan malah kita tidak tahu yang anggota polis itu telah pun dikenal pasti,” katanya kepada Malaysiakini.

Maisara (kanan), 21, mendakwa anggota polis itu mengugut untuk merogolnya semasa dia ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika perhimpunan anti-GST pada 1 Mei.

Dia merupakan satu-satunya wanita yang ditahan semasa perhimpunan tersebut.

Semalam, Star Onlinemelaporkan bahawa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Mohd Isa berkata anggota terlibat masih bertugas di balai polis yang sama.

Tajuddin dilaporkan sebagai berkata anggota polis itu tidak dipindahkan dan pihaknya tidak melihatnya sebagai satu keperluan untuk berbuat demikian.

Yesudas bagaimanapun berkata, selain daripada itu, siasatan polis dalam kes itu adalah sangat profesional.

Namun, tambahnya, beliau meragui keselamatan tahanan wanita dalam lokap polis..

Beliau memetik kes seorang anggota polis yang dibicarakan di mahkamah kerana didakwa merogol seorang pekerja kilang di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Maisara membuat laporan polis mengenai dakwaan ancaman  rogol itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 6 Mei, sehari selepas dia dibebaskan selepas ditahan selama empat hari.

Dua puluh dua remaja turut ditahan semasa perhimpunan hujung minggu itu yang disertai lebih 20,000 orang bagi membantah GST.

Source : http://www.malaysiakini.com/news/299072

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s