Kenapa menteri dalam negeri bantu raja judi?

Posted: January 16, 2015 in police

PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid

Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”

“Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?,” soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.

Bagaimanapun, satu surat ditandatangani Ahmad Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa Phua bukan seorang anggota dan tidak mempunyai kaitan dengan 14k Triad.

“Tambahan pula, menurut rekod kami, Encik Phua banyak kali membantu erajaan Malaysia dalam projek yang menjejaskan keselamatan negara dan seterusnya, kami terus meminta beliau membantu kami dan masa ke semasa, maka kami ingin beliau kembali ke Malaysia,” surat itu dipetik.

Fahmi berkata beliau terkejut kerana Menteri Dalam Negeri sanggup mengaku bahawa Phua yang sebelum ini ditahan di Macau dan diusir kerana kegiatan perjudian membantu Malaysia dalam “projek” melibatkan keselamatan negara.

“Apa yang dimaksudkan oleh Zahid apabila beliau berkata ‘projek melibatkan keselamatan negara’? Kenapa (Phua) terlibat?,” soalnya.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/285239

==================================================================================

Laporan Malaysian Insider:

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu raja judi Paul Phua Wei Seng.

Pertama kali bercakap dalam isu ini, menteri dalam negeri itu berkata, menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

“Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

“Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama,” katanya pada satu sidang media di bangunan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
Semalam, Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI.

Ditanya mengenai butiran penjelasan yang diberi Zahid, menteri luar itu berkata, soalan berkenaan wajar ditanya sendiri kepada naib presiden Umno itu sendiri.

Zahid berkata, surat kepada FBI itu bukanlah urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua.

Katanya, mesyuarat Kabinet semalam berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebagaimana kenyataan medianya hari ini.

“Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co. Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan,” katanya.

Beliau berkata, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

Katanya, suratnya kepada FBI sebelum ini adalah merujuk kepada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Pertikaian kandungan surat saya mengenai Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan berstatus rahsia besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

“Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia. Phua bukanlah ahli kongsi gelap 14K Triad di Malaysia,” katanya.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu. – TMI

Zahid dakwa portal berita ‘serang’ KDN, ikrar bertindak

zahid hamidi kinitv


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan media termasuk portal berita bahawa apabila kerajaan mendiamkan diri berhubung laporan yang cuba memporak-perandakan negara, tidak bermakna bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil. – Gambar Malaysiakini / Video KiniTV

Sambil mengakui kementeriannya sedang diserang, kata beliau, KDN sedang meneliti semua tulisan itu dan meminta semua pihak tidak menuduh mereka sebagai zalim apabila ia bertindak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa kementerian itu kini diserang ekoran suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Beliau menyalahkan portal berita tertentu yang menurutnya hanya mahu mencari berita sensasi.

“Tahun ini bermula dengan penuh sensasi. Saya sering katakan bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang diserang, yang betul kami diserang,” katanya.

Beliau mendakwa, portal berita itu mencari berita negatif dan mengamalkan “budaya putar belit”.

“Sesetengah mereka sukakan huru-hara kerana bagi mereka itu berita baik bukan satu berita, melainkan berita buruk,” katanya dalam ucapan di perhimpunan bulanan kementeriannya pagi ini.

Beliau turut menghiburkan para hadirin dengan memberi contoh “posmen dan anjing”.

“Posmen digigit anjing itu perkara biasa, tidak perlu ditulis sebagai berita. Tetapi jika posmen gigit anjing, itu berita bagi mereka.

“Jadi mereka mencari posmen yang gigit anjing,” katanya. Malaysiakini

Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard and punched submit – Now you know don’t say thank

Laporan Malaysian Insider:

sources : http://malaysianreview.com/98465/paul-phua-tak-bantu-kami-kata-sumber-polis-kepada-malaysiakini/

==================================================================================

Paul Phua tak bantu kami, kata sumber polis kepada Malaysiakini

paul phua raja judi


Membangkitkan perihal Akta Rahsia Rasmi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bantuan Paul Phua atau nama asal Wei Seng dalam isu keselamatan negara berstatus rahsia.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa warganegara Malaysia yang dikatakan seorang ‘raja judi’ itu tidak bekerjasama dengan polis dalam isu itu.

Mengesahkan perkara itu, sumber polis berkata mungkin Phua sebenarnya terlibat dengan agensi lain dalam negara ini.

“Dia tidak bekerja dengan polis, tetapi mungkin membantu jabatan lain.

“Perkara ini hanya menteri yang tahu,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung agensi yang memerlukan bantuan pemain poker terkenal itu, yang kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).

Ketika dihubungi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga enggan mengulasnya.

Sebelum ini, sumber-sumber juga memaklumkan bahawa Zahid tidak berunding terlebih dahulu sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan Phua.

Dalam surat itu, yang mencetuskan kontroversi itu, menteri dalam negeri dilaporkan berkata Phua membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan. Baca lanjut di Malaysiakini

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

http://malaysianreview.com/98465/paul-phua-tak-bantu-kami-kata-sumber-polis-kepada-malaysiakini/

Shafee: Laporan isu raja judi ‘silap’

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menangkis dakwaan bahawa laporan oleh pihak polis berhubung anak guamnya, raja judi warga Malaysia, Paul Phua, merupakan laporan yang tepat.

“Saya tidak percaya begitu, saya berpegang pada apa yang dikatakan oleh ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar).

“Kenapa berpegang pada laporan pegawai polis rendah lain?,” katanya sebelum berlalu.

Khalid sebelum ini tidak mengesahkan dakwaan Shafee bahawa terdapat kesilapan di pihaknya.

Kenyataannya berhubung isu tersebut juga dianggap sebagai “penolakan secara lembut” ke atas kenyataan peguam yang dikaitkan dengan Umno itu.

Shafee mendakwa, Phua yang kini menghadapi perbicaraan di Amerima Syarikat, dinamakan secara salah sebagai anggota kongsi gelap 14K dan juga mendakwa organisasi jenayah itu tidak wujud di Malaysia.

Mengulas perkara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa rakyat Malaysia diketahui sebagai anggota pertubuhan tersebut, walau ia tidak beroperasi di negara ini.


Shafee, ketika ditemui selepas satu perbicaraan mahkamah petang ini juga enggan menjawab soalan mengenai perkara itu.

Beliau mendakwa, media membuat tafsiran salah ke atas kenyataannya dalam sidang media hari Sabtu lalu.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak merujuk kepada polis sebelum mengutus surat yang mempertahankan Phua kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Sumber polis juga mempertahankan bahawa laporan mereka tepat dalam isu tersebut.

Khalid bagaimanapun enggan menjawab dakwaan tersebut dan meminta soalan berkenaan diajukan kepada menteri terbabit.

Zahid pula tetap mengunci mulut dalam isu berkaitan surat berkenaan.

Shafee memberitahu media bahawa Zahid mengutus surat tersebut untuk membetulkan keadaan disebabkan laporan yang salah oleh polis.

Surat itu juga mendakwa Phua membantu kerajaan Malaysia dalam soal keselamatan negara.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/285656

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Surat bukan untuk pertahan Phua, kata Zahid

Selepas hampir dua minggu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid membuka mulut mengenai suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Selain mempertahankan tindakannnya, beliau turut menyelar pihak digelar “portal berita propembangkang” yang didakwa “memutarbelit” isu tersebut.

Zahid menegaskan bahawa surat tersebut tidak bertujuan untuk mempertahankan warga Malaysia yang didakwa raja judi haram, Paul Phua yang kini menghadapi perbicaraan di AS.

Katanya, surat kontroversi bertarikh 18 Disember 2014 itu hanya untuk menjelaskan status Phua dan juga mengenai dakwaan kewujudan kongsi gelap 14K di Malaysia.

“Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI.

“(Ia) bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

sources: http://www.malaysiakini.com/news/286388
##############################################################################

Rangkaian ‘raja judi’ dikesan di pelbagai negara

Paul Phua yang mempunyai “surat penjelasan” daripada menteri dalam negeri berhubung kesnya di Amerika Syarikat (AS) dikesan memperoleh pasport diplomatik dari Republik San Marino.

Phua dikesan memiliki pasport itu hasil hubungan rapatnya dengan seorang bekas menteri republik tersebut yang kini disiasat atas tuduhan penggubahan wang haram dan rasuah.

Phua pula kini menghadapi tuduhan menjalankan rangkaian perjudian sukan dalam talian secara haram di Las Vegas.

Phua dicekup Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di hotel Caesars Palace Las Vegas pada tahun lepas dan kini dihadapkan ke mahkamah Nevada.

Beliau dikesan memiliki pasport diplomatik berstatus ‘duta bukan pemastautin’ ke Montenegro sewaktu ditahan.

Namun, kerajaan San Marino melucutkan status dutanya beberapa hari kemudian.

Phua dilantik pada 1 Februari, 2011 dan pelucutan statusnya dibuat pada 16 Julai 2014.

Maklumat itu berdasarkan surat lantikan rasmi dan surat pelucutan dari kerajaan San Marino yang diperoleh Malaysiakini.

Status duta bukan pemastautin itu memberikan Paul status orang kenamaan (VIP) dan penggunaan pasport diplomatik yang dimanfaatkannya untuk mengelilingi dunia sehinggalah beliau dicekup di Las Vegas.

Ketika dihubungi Malaysiakini atas alasan mahu memeriksa pasport diplomatik haram, seorang pegawai Wisma Putra berkata “sangat mencurigakan” apabila rakyat Malaysia boleh mewakili negara lain.

Ini kerana, katanya, undang-undang Malaysia tidak membenarkan dua kenegaraan.

“Undang-undang sebut, jika rakyat Malaysia menerima pasport negara lain, pasport Malaysia yang dipegangnya secara automatik batal.

“Bagaimanapun, terpulanglah kepada budi bicara Jabatan Imigresen, yang berada bawah Kementerian Dalam Negeri,” kata pegawai itu.

AS enggan dedah status

Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat yang mendakwa kes Phua di Nevada enggan mendedahkan sama ada tertuduh memiliki dua pasport supaya tidak mengganggu kes itu.

Pejabat itu juga enggan mengulas sama ada Phua didakwa sebagai rakyat Malaysia.

Persoalan itu timbul apabila dia juga memegang pasport diplomatik San Marino ketika ditahan di Las Vegas.

“Kerajaan (AS) tidak boleh mengulas berhubung pasport yang digunakan oleh Paul Phua,” kata jurucakap pejabat peguam negara AS Natalie Collins kepada Malaysiakini melalui e-mel.

Pua kini berada dalam jaminan dan menunggu pendengaran yang dijadual pada 22 Januari.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/286419

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s