Archive for January, 2014

https://www.facebook.com/photo.php?v=714732811904411

FANTASTIC! A MUST WATCH…Vinegar the magic potion. Watch and SAVE lots of money…

SHARE with Family and Friends and help them save a lot of money

Advertisements

Bila terjumpa ayat ni dalam Bible teringat pada pesan Baginda Rasulullah saw

Chapter (surah) of Mark-31 (ayat ke 31)

Jesus said:

‘Love your neighbor as yourself.’

Wang Riba, Yusuf Al_Qaradawi

Posted: January 11, 2014 in Islam
KE MANA NAK DISALURKAN
Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya: “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
Photo: Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya: “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

“antara dosa-dosa besar umat Islam zaman moden adalah membiarkan sekular memerintah” Yusuf Al-Qaradawi

Najis Khinzir

Posted: January 11, 2014 in Islam, Islam dan Sains, Kesihatan

NAJIS KHINZIR

Seseorang bimbang bekas atau pakaiannya terkena najis khinzir. Apakah yang harus dilakukannya?

Jawapan: Pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Sekadar rasa macam terkena belum wajib untuk dicuci. Jika dia ingin mencuci kerana sangkaan itu, itu pilihan sendiri.
Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air sehingga hilang kesan tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tiada dalil pun yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Apa yang ada dalil wajib basuh jilatan anjing sebanyak tujuh kali dan satunya dari air tanah. Mazhab al-Imam al-Syafii mengkiaskan babi seperti anjing dalam hal ini.

Namun pendapat yang menyatakan khinzir dibasuh seperti najis lain bukan seperti anjing, iaitu tidak memerlukan air tanah, hanya memadai sehingga hilang kesan sahaja, pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut.

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i (meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim.

sources: Dr MAZA

Question :

Adakah wajib basuh (samak) najis khinzir dengan air tanah?

Conclusion :

1. Sekadar rasa terkena (tidak yakin/was-was) tidak perlu samak

2. Tidak perlu samak, basuh hingga hilang najis sahaja                                                                                               – Pendapatan kebanyakan Ulamak                                                                                                                       – Pendapat Imam Al-Nawawi                                                                                                                                 – Menganggap saranan Baginda Rasulullah saw agar membasuh                                                                           7 kali termasuk 1 kali dengan air tanah hanya terpakai untuk                                                                               jilatan anjing

3. Wajib basuh 1 kali dengan air tanah dan 6 kali air biasa                                                                                         – Pendapat Mazhab Shafii                                                                                                                                     – Imam As-Shafii mengkiaskan khinzir sama taraf seperti jilatan anjing

Wallahu A’lam    

Was-Was

Posted: January 11, 2014 in Islam

Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.

Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.
Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan pandangan yang menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua yang membebankan, dan juga terlalu melayan gangguan perasaan. Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)

References: Dr MAZA’s Facebook

Non Muslim dan Azab Allah

Posted: January 11, 2014 in Uncategorized

[Masuk Neraka Walaupun Tak Sampai Mesej Islam?]

“…Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”
[Al-Israa’ 17:15]

Sheikh Abdurrahman Bin NAshir as-Sa’di ketika menjelaskan ayat ini mengatakan;

“Allah SWT adalah Dzat yang Maha Adil, Allah SWT tidak akan mengazab seorang pun sampai tegak hujahnya atasnya dengan risalah, namun ia menolaknya. Adapun orang yang berpegang dengan hujah tersebut, atau orang yang memang belum sampai hujah Allah SWT kepadanya, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengazabnya.”
(Tafsir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Sheikh Abdurrahman Bin Nashir as-Sa’di, cet I, Tahun 1432 H/202M, Muassasah ar-Risalah, Beirut, hlm. 455)

Maka janganlah nak ambil alih tugas Allah SWT mengatakan si fulan dan si fulan confirm neraka sedangkan diri kita belum confirm Jannah dan sampaikan risalah Islam yang bnar & jelas kepada mereka. Ayuh….