Archive for November 30, 2012

Bekas IGP gesa statistik jenayah disah secara bebas

Bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.

Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu.

NONE“Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya
minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan,” katanya.

Dalam kes Sentul, Musa (kanan) berkata, percanggahan dalam angka terbabit selepas siasatan dibuat ialah antara 20 dan 30 peratus.

Ditanya sama ada beliau percaya kesilapan mengklasifikasi laporan polis boleh berlaku, Musa menjawab: “Sudah tentulah, jika anda tidak menyemaknya.”

Sebelum persaraannya, Musa berkata, pentadbirannya mendapat geran kerajaan yang telah digunakan untuk membiayai kajian Universiti Sains Malaysia terhadap statistik jenayah, tetapi kini beliau tidak lagi tahu mengenainya.

Musa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai statistik jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch). Musa adalah penaung pertubuhan itu.

source : http://www.malaysiakini.com/news/215461

Bekas IGP tuduh Hisham campurtangan dalam PDRM
Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

“Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka,” kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: “Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan.”

Presiden Iran telah memanggil ke semua Ulama’ Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Ke semua Ulama’ Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama’ Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama’ Sunnah yang lain-lain.

Ulama’ Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama’ Syiah memandang kehairanan sambil berkata, “kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?”

Ulama’ Sunnah itu menjawab, “saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut.”

Ulama’ Syiah menjawab, “mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W.”

Ulama’ Sunnah seraya berkata, “jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?”