Rheda Ibubapa

Posted: November 17, 2013 in Uncategorized

REDHA IBU BAPA




Baginda Rasulullah saw bersabda;

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa“”



Rasulullah saw bersabda;

Celakalah, celakalah, celakalah.” Ditanyakann kepada beliau: “Siapakah yang celaka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Siapa saja yang menemui orang tuanya yang sudah tua, salah satunya atau keduanya kemudian tidak dapat masuk syurga.”  

 

 

Janji Allah bahawa makbul doa ibubapa

 

Redha ibubapa adalah kunci keberkatan dan kunci syurga bagi seorang anak

 

Sources:

Khutbah Jumaat Masjid UTM 15 Nov 2013

 

Keberkatan Dalam Berkhidmat Kepada Ibu Bapa

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama melihara ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Bangkitkan di dalam jiwa kita keazaman untuk menegakkan segala perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala laranganNya.

 

Saudara sekalian,

Ketika kita masih kecil, ibu dan bapa kita merupakan segala-galanya untuk kita. Merekalah insan yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita. Mereka jugalah merupakan wira atau jaguh kepada kita. Kita melihat bagaimana ibu dan bapa kita meskipun sibuk dengan pekerjaan namun mereka masih mempunyai tenaga untuk mendidik kita, bermain dengan kita, menghantar kita ke tempat-tempat menarik dan sebagainya. Merekalah yang telah dipilih Allah s.w.t. untuk merawat kita dalam kesakitan dan memelihara kita daripada segala bahaya dan ancaman.

 

Kita terpaksa bergantung kepada mereka untuk segala keperluan kita. Kemudian pada suatu masa kita dapati wira dan wirawati yang pernah mampu melakukan segala-galanya untuk kita mula berubah. Mereka sudah tidak sekuat dahulu. Kaki yang dahulunya mampu untuk membawa kita ke pelbagai tempat, tiba-tiba tidak lagi bermaya meskipun untuk memanjat beberapa anak tangga.

 

Mereka yang pernah suatu ketika selalu riang menjadi mudah tersinggung perasaannya tanpa kita sedari. Itulah sunnatullah dalam kehidupan ini. Manusia akan berubah bukan hanya daripada sudut fizikal tetapi juga daripada sudut emosinya dengan meningkatnya umur. Ini bukan suatu penyiksaan bahkan suatu kelebihan yang diberikan Allah s.w.t. kepada insan agar mereka ketika waktu senja mereka dapat lebih memberikan tumpuan kepada tempat pulang mereka yang abadi di sisi Allah.

 

Jika pada waktu mudanya manusia akan sibuk mengejar kemewahan material, sibuk dengan pekerjaan dan urusan hidup. Namun apabila mereka mula menua, semua nikmat itu dikurangkan agar mereka dapat lebih ingat akan ketibaan saat kematian yang pasti. Ia digantikan dengan kelebihan jiwa yang lebih sensitif dan lunak agar lebih mudah dekat pada Allah s.w.t.

 

Ketika perubahan ini berlakulah maka Allah s.w.t. mengingatkan kita sebagai anak didalam surah Al-Isra’ ayat 23:

 

Yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

 

Allah s.w.t. Maha Mengetahui keadaan emosi manusia pada waktu tua. Oleh itu, Dia mengingatkan manusia untuk amat berhati-hati dalam hubungan dengan ibu bapa dan jangan menuturkan sesuatu perkataan pun yang mungkin mempunyai nada yang menyinggung perasaan mereka.

 

Untuk mereka yang sudah menjadi ibu dan bapa di dalam masjid ini sekarang, mereka pasti mengetahui bahawa membesarkan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai pengorbanan kesenangan dan keselesaan serta kadang kala kesengsaraan yang perlu dilalui ibu dan bapa di dalam membesarkan anak-anak.

 

Di atas pengorbanan inilah maka kedua ibu dan bapa kita diberikan oleh Allah s.w.t. darjat yang tinggi. Oleh itulah, kita dapati hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Shahihnya yang bermaksud:

“Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan orang tua dan kemurkaan Allah itu juga terletak pada kemurkaan orang tua.”

 

Kadang kala kita keluar mengembara mencari doa orang-orang yang soleh beribu batu jauhnya. Tetapi kita lupa kemuliaan yang ada pada kedua ibu bapa di rumah serta makbulnya doa mereka untuk kita saudara. Santunilah mereka selagi ada peluang saudara. Jangan kita sia-siakan mereka kerana pada mereka terletak kunci keberkatan dan syurga.

 

Semestinya di dalam menyantuni dan menjaga ibu bapa yang sudah berumur terdapat cabaran-cabaran tersendiri, sepertimana kita membesarkan anak. Namun beberapa perkara dapat diperhatikan agar ia tidak terlalu menyulitkan.

 

Pertama: Tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah amanah yang dipikul sama di antara anak lelaki dan perempuan. Hanya kerana ada di antara adik beradik kita telah menjaga ibu dan bapa, itu tidak bermakna kita boleh berlepas tangan. Kita wajib berkongsi sama dan menjaga mereka dengan adil. Kita harus memberi sokongan emosi, kewangan dan tenaga kepada mereka yang menjaga ibu bapa kita sepenuh masa. Jika saudara kita sudah kepenatan merawat mereka maka kita pula perlu memain peranan membantu agar mereka dapat juga berehat dan bersama keluarga mereka.

 

Kedua: Kita perlu membetulkan pandangan bahawa menjaga ibu dan bapa meskipun ada kalanya mencabar, adalah bukan suatu bebanan bahkan ia membawa keberkatan. Saudara, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Muslim:

“Celakalah, celakalah, celakalah.” Ditanyakann kepada beliau: “Siapakah yang celaka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Siapa saja yang menemui orang tuanya yang sudah tua, salah satunya atau keduanya kemudian tidak dapat masuk syurga.”  

 

Janganlah sampai kita terlepas peluang meraih syurga. Pastikan kita berusaha berkhidmat kepada ibu bapa sehingga apabila ajal datang menjemput mereka kita tidak merasa terkilan dan menyesal. Ingatlah saudara apabila mereka sudah diundang Allah s.w.t., maka hilang satu keberkatan yang tidak ternilai daripada kehidupan kita. Tanamkan di dalam anak-anak kita nilai dan cinta kepada orang tua dengan kita sendiri mengasihi dan menjaga mereka.

 

Adalah amat membimbangkan apabila baru-baru ini saudara, akhbar telah melaporkan bahawa jumlah kes anak mendera dan menyakiti ibu bapa yang tua semakin meningkat di Singapura. Tren ini tidak boleh kita biarkan berleluasa. Maka kita perlu memulakan dengan keluarga kita sendiri.

Ketiga: Pastikan kita mengenang ibu dan bapa selalu di dalam doa kita setiap masa. Saudara, sama ada ibu dan bapa kita masih bersama ataupun sudah tiada jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kebaikan mereka. Sekurang-kurangnya ingatlah apa yang diajarkan oleh Allah s.w.t. di dalam surah Al-Isra’ ayat 24:

 

Yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

 

Saudara sekalian,

Ibu bapa kita tidak pernah bakhil di dalam mencurahkan kasih sayang kepada kita sehingga kita ini dapat hidup dengan baik. Oleh itu, sekiranya mereka ada melakukan kesilapan hendaklah kita berusaha memaafkan kelemahan itu. Jangan biarkan syaitan menguasai dan menghasut kita ini menjadi anak yang kemudian durhaka dan gagal meraih syurga.

Semoga Allah s.w.t. memberi kita keikhlasan dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada orang tua kita sama ada mereka masih di dunia mahupun telah meninggalkannya. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa dan noda ibu dan bapa kita dan mencurahkan rahmahNya ke atas kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

 sources:

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

15 November 2013 / 11 Muharram 1435

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s