Imam Hassan Al-Basri dan Istighfar

Posted: January 11, 2014 in Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

بسم الله الرحمن الرحيم 

 

KELEBIHAN ISTIGHFAR

أستغفر الله العظيم 

 

Dalam kitab مشكاة المصابيح ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang dtg kpd Imam Hasan Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu dijawab: “Beristighfarlah”. Datang yg lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang yg lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang pula yg lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Lalu ditanya mengapa jawapannya semua sama bagi soalan berbeza.

Katanya: “Ini bukan pendapatku, inilah yg Nabi Nuh a.s sebut”.
Lalu membaca ayat dari Surah Nuh: 9 -12.
Semoga kita dpt melazimkan diri dgn istighfar kpdNya sentiasa.

Surah Nooh, ayat 9 – 12:

ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

“Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

اللهم أنت ربّي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شرِّ ما صنعتُ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء بذنبي فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.

 

Sources: 

Ustaz Zahazan Mohamed

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s