Archive for October, 2010

PINJAMAN KEDUA
Soalan:
Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000  lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.
Jawapan:
Tidak layak. Pinjaman perumahan Perbendaharaan kali kedua hanya boleh dinikmati sekali sahaja untuk pembelian harta kedua atau kerja-kerja ubahsuai rumah.
Soalan:
Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya.
Jawapan:
Tidak boleh.  Pinjaman kedua hanya boleh dipohon setelah pinjaman pertama selesai.
Soalan:
Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua.
Jawapan:
Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang   berpencen manakala bagi pencarum KWSP adalah 20 tahun atau terhad kepada tempoh perkhidmatan sehingga persaraan wajib mengikut mana yang terdahulu.
Amaun kelayakan pinjaman adalah baki kelayakan semasa setelah ditolak amaun   pinjaman pertama yang diambil tetapi tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% anggaran pencen yang akan diterima atau tidak melebihi 1/4 daripada gaji pokok (pencen berdasarkan baki semasa).
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut.
Jawapan:
Tidak layak.
Soalan:
Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut
Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan.
Jawapan:
Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan  bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman.
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.
Soalan:
Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100%  atau rumah masih belum siap.
Jawapan:
Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya memilih persaraan  pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya  belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan
Jawapan:
Suami yang bersara awal boleh meneruskan bayaran balik secara tunai sehingga pencen dilakukan, puan tidak perlu ambilalih pinjaman tersebut.
Soalan:
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Malangnya rumah masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai. Soalan saya:
Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru bagi pembelian rumah yang lain.
Jawapan:
Dibenarkan batal pinjaman dan boleh dipertimbangkan untuk pinjaman membeli harta baru dengan syarat menjelaskan baki hutang pinjaman asal  terlebih dahulu.

PANDUAN PINJAMAN > SYARAT-SYARAT PINJAMAN
1.
Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
2.
Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Pertama
Bayaran Wang Proses adalah RM 1.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 1.00)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP, tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan
Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan membina rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 12 tahun
3.
Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Kedua
(i)
Pegawai skim berpencen
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen berdasarkan gaji semasa
Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-
1 _     X   Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600
(ii)
Pegawai skim KWSP.
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama
(iii)
Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada  tiap-tiap ribu ringgit  yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
(iv)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen.  Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad  kepada baki tempoh perkhidmatan
(v)
Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah) kelayakan maksima  adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun
(vi)
Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
4.
Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang dibeli melalui Pinjaman Kerajaan
(i)
Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman Jenis I dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% bagi pinjaman Jenis II dan Jenis III
(ii)
Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
(iii)
Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.
(iv)
Amaun pinjaman adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.
(v)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan
(vi)
Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian)
(vii)
Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan
(viii)
Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.
(ix)
Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia
(x)
Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman pertama pemohon samaada SPPP atau SPPPI
(xi)
Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
(xii)
Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan
(xiii)
Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah.
5.
Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang tidak dibeli melalui Pinjaman Kerajaan
(i)
Surat persetujuan daripada bank atau institusi kewangan menjadi pemegang gadaian kedua jika harta masih dicagar kepada bank atau institusi kewangan
(ii)
Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap sepenuhnya
(iii)
Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah dengan syarat mereka adalah pemilik bersama
(iv)
Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama perlu menyelesaikan pinjaman tersebut dan amaun pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa
(v)
Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa
(vi)
Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan
(vii)
Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
(viii)
Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami atau isteri)
(ix)
Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan
(x)
Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah
(xi)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan.
(xii)
Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam.
6.
Syarat-Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Individu/Strata Di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua)
(i)
Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
(ii)
Rumah telah siap 100%
(iii)
Permohonan hanya dibenarkan bagi skim SPPP sahaja
(iv)
Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama
(v)
Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli
(vi)
Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5B)
(vii)
Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)
(viii)
Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)
(ix)
Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian
(x)
Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)
Nota:
Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman Jenis I.
7.
Syarat-Syarat Pinjaman Harta yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua)
(i)
Hakmilik Individu/strata telah dikeluarkan atas nama pemaju (penjual pertama) tetapi belum dipindahmilik kepada nama penjual kedua sebagai pemilik berdaftar
(ii)
Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau jika dikecualikan lesen hendaklah mengemukakan surat pengecualian daripada pihak berkuasa yang berkenaan
(iii)
Rumah telah siap 100% dan Sijil Layak Menduduki telah dikeluarkan
(iv)
Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan berserta Akujanji Bank akan melepaskan wang tebusan jika gadaian tidak dapat dibuat
(v)
Salinan Borang Pindahmilik (14A) yang telah disempurnakan
(vi)
Surat Kebenaran Pindahmilik oleh Pejabat Tanah daripada pemaju kepada pembeli
(vii)
Akujanji pemegang pertaruhan untuk pindah milik terus kepada nama pemohon (Borang 3B)
(viii)
Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)
8.
Syarat-Syarat Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
(i)
Pemohon masih dalam perkhidmatan/belum bersara
(ii)
Permohonan hanya dibenarkan kepada peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009
(iii)
Bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju/kontraktor/penjual
(iv)
Tempoh minimum adalah lima (5) tahun
(v)
Permohonan dibenarkan sekali sahaja
(vi)
Permohonan perlu dikemukakan lima (5) tahun sebelum tamat tempoh bayaran balik pinjaman
(vii)
Tidak dibenarkan ke atas pinjaman Jenis IV
(viii)
Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman (insurans) RM30,000 dan keatas (seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran baru),peminjam perlu melantik peguam untuk urusan gadaian/cagaran semula.Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggung oleh peminjam
(ix)
Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman ( insurans) kurang daripada RM30,000, peminjam perlu menyempurnakan akunjanji
(x)
Salinan Borang opsyen lanjut tempoh perkhimatan daripada 56 kepada 58 tahun bagi skim KWSP yang diakui sah oleh ketua Jabatan
(xi)
Salinan surat pengesahan pertukaran dari skim KWSP ke skim berpencen daripada SPA, SPP Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Pentadbiran Negeri dan Badan Berkanun yang diakui sah oleh ketua Jabatan
(xii)
Salinan Surat penambahan tempoh perkhidmatan (Tentera sahaja) yang diakui sah oleh ketua Jabatan
(xiii)
Jika peminjam telah diluluskan Pinjaman Jenis VII, permohonan lanjut tempoh hanya dibenarkan ke atas Pinjaman Jenis VII sahaja
(xiv)
Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman pinjaman
9.
Jenis-Jenis Pinjaman
JENIS I: PEMBELIAN RUMAH TELAH SIAP
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK INDIVIDU/STRATA)
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK ASSIGNMENT)
JENIS II: PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
JENIS III: PEMBELIAN RUMAH DALAM PEMBINAAN
JENIS IV: PEMBELIAN TANAH
JENIS V: PENYELESAIAN HUTANG (AMBILALIH PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN)
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH PINJAMAN KERAJAAN
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH BUKAN PINJAMAN KERAJAAN
10.
Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada   GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
Tarikh Dikemaskini ( Selasa, 29 Jun 2010 10:23 )

http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=140&lang=ms

http://bpp.treasury.gov.my/web/PDF/akta/pindaanKe8.pdf

Coconut (Cocos nucifera)

Posted: October 25, 2010 in fakta menarik

The Tree of Life

The scientific name for coconut is Cocos nucifera. Early Spanish explorers called it coco, which means “monkey face” because the three indentations (eyes) on the hairy nut resembles the head and face of a monkey. Nucifera means “nut-bearing.”

The coconut provides a nutritious source of meat, juice, milk, and oil that has fed and nourished populations around the world for generations. On many islands coconut is a staple in the diet and provides the majority of the food eaten. Nearly one third of the world’s population depends on coconut to some degree for their food and their economy. Among these cultures the coconut has a long and respected history.

Coconut is highly nutritious and rich in fiber, vitamins, and minerals. It is classified as a “functional food” because it provides many health benefits beyond its nutritional content. Coconut oil is of special interest because it possesses healing properties far beyond that of any other dietary oil and is extensively used in traditional medicine among Asian and Pacific populations. Pacific Islanders consider coconut oil to be the cure for all illness. The coconut palm is so highly valued by them as both a source of food and medicine that it is called “The Tree of Life.” Only recently has modern medical science unlocked the secrets to coconut’s amazing healing powers.

Coconut In Traditional Medicine

People from many diverse cultures, languages, religions, and races scattered around the globe have revered the coconut as a valuable source of both food and medicine. Wherever the coconut palm grows the people have learned of its importance as a effective medicine. For thousands of years coconut products have held a respected and valuable place in local folk medicine.

In traditional medicine around the world coconut is used to treat a wide variety of health problems including the following: abscesses, asthma, baldness, bronchitis, bruises, burns, colds, constipation, cough, dropsy, dysentery, earache, fever, flu, gingivitis, gonorrhea, irregular or painful menstruation, jaundice, kidney stones, lice, malnutrition, nausea, rash, scabies, scurvy, skin infections, sore throat, swelling, syphilis, toothache, tuberculosis, tumors, typhoid, ulcers, upset stomach, weakness, and wounds.

Coconut In Modern Medicine

Modern medical science is now confirming the use of coconut in treating many of the above conditions. Published studies in medical journals show that coconut, in one form or another, may provide a wide range of health benefits. Some of these are summarized below:

  • Kills viruses that cause influenza, herpes, measles, hepatitis C, SARS, AIDS, and other illnesses.
  • Kills bacteria that cause ulcers, throat infections, urinary tract infections, gum disease and cavities, pneumonia, and gonorrhea, and other diseases.
  • Kills fungi and yeasts that cause candidiasis, ringworm, athlete’s foot, thrush, diaper rash, and other infections.
  • Expels or kills tapeworms, lice, giardia, and other parasites.
  • Provides a nutritional source of quick energy.
  • Boosts energy and endurance, enhancing physical and athletic performance.
  • Improves digestion and absorption of other nutrients including vitamins, minerals, and amino acids.
  • Improves insulin secretion and utilization of blood glucose.
  • Relieves stress on pancreas and enzyme systems of the body.
  • Reduces symptoms associated with pancreatitis.
  • Helps relieve symptoms and reduce health risks associated with diabetes.
  • Reduces problems associated with malabsorption syndrome and cystic fibrosis.
  • Improves calcium and magnesium absorption and supports the development of strong bones and teeth.
  • Helps protect against osteoporosis.
  • Helps relieve symptoms associated with gallbladder disease.
  • Relieves symptoms associated with Crohn’s disease, ulcerative colitis, and stomach ulcers.
  • Improves digestion and bowel function.
  • Relieves pain and irritation caused by hemorrhoids.
  • Reduces inflammation.
  • Supports tissue healing and repair.
  • Supports and aids immune system function.
  • Helps protect the body from breast, colon, and other cancers.
  • Is heart healthy; improves cholesterol ratio reducing risk of heart disease.
  • Protects arteries from injury that causes atherosclerosis and thus protects against heart disease.
  • Helps prevent periodontal disease and tooth decay.
  • Functions as a protective antioxidant.
  • Helps to protect the body from harmful free radicals that promote premature aging and degenerative disease.
  • Does not deplete the body’s antioxidant reserves like other oils do.
  • Improves utilization of essential fatty acids and protects them from oxidation.
  • Helps relieve symptoms associated with chronic fatigue syndrome.
  • Relieves symptoms associated with benign prostatic hyperplasia (prostate enlargement).
  • Reduces epileptic seizures.
  • Helps protect against kidney disease and bladder infections.
  • Dissolves kidney stones.
  • Helps prevent liver disease.
  • Is lower in calories than all other fats.
  • Supports thyroid function.
  • Promotes loss of excess weight by increasing metabolic rate.
  • Is utilized by the body to produce energy in preference to being stored as body fat like other dietary fats.
  • Helps prevent obesity and overweight problems.
  • Applied topically helps to form a chemical barrier on the skin to ward of infection.
  • Reduces symptoms associated the psoriasis, eczema, and dermatitis.
  • Supports the natural chemical balance of the skin.
  • Softens skin and helps relieve dryness and flaking.
  • Prevents wrinkles, sagging skin, and age spots.
  • Promotes healthy looking hair and complexion.
  • Provides protection form damaging effects of ultraviolet radiation form the sun.
  • Helps control dandruff.
  • Does not form harmful by-products when heated to normal cooking temperature like other vegetable oils do.
  • Has no harmful or discomforting side effects.
  • Is completely non-toxic to humans.

See Research to read some of the published studies regarding the above mentioned uses of coconut products.

Coconut Oil

While coconut possesses many health benefits due to its fiber and nutritional content, it’s the oil that makes it a truly remarkable food and medicine.

Once mistakenly believed to be unhealthy because of its high saturated fat content, it is now known that the fat in coconut oil is a unique and different from most all other fats and possesses many health giving properties. It is now gaining long overdue recognition as a nutritious health food.

Coconut oil has been described as “the healthiest oil on earth.” That’s quite a remarkable statement. What makes coconut oil so good? What makes it different from all other oils, especially other saturated fats?

The difference is in the fat molecule. All fats and oils are composed of molecules called fatty acids. There are two methods of classifying fatty acids. The first you are probably familiar with, is based on saturation. You have saturated fats, monounsaturated fats, and polyunsaturated fats. Another system of classification is based on molecular size or length of the carbon chain within each fatty acid. Fatty acids consist of long chains of carbon atoms with hydrogen atoms attached. In this system you have short-chain fatty acids (SCFA), medium-chain fatty acids (MCFA), and long-chain fatty acids (LCFA). Coconut oil is composed predominately of medium-chain fatty acids (MCFA), also known as medium-chain triglycerides (MCT).

The vast majority of fats and oils in our diets, whether they are saturated or unsaturated or come from animals or plants, are composed of long-chain fatty acids (LCFA). Some 98 to 100% of all the fatty acids you consume are LCFA.

The size of the fatty acid is extremely important. Why? Because our bodies respond to and metabolize each fatty acid differently depending on its size. So the physiological effects of MCFA in coconut oil are distinctly different from those of LCFA more commonly found in our foods. The saturated fatty acids in coconut oil are predominately medium-chain fatty acids. Both the saturated and unsaturated fat found in meat, milk, eggs, and plants (including most all vegetable oils) are composed of LCFA.

MCFA are very different from LCFA. They do not have a negative effect on cholesterol and help to protect against heart disease. MCFA help to lower the risk of both atherosclerosis and heart disease. It is primarily due to the MCFA in coconut oil that makes it so special and so beneficial.

There are only a very few good dietary sources of MCFA. By far the best sources are from coconut and palm kernel oils.

Copyright © 2004 Coconut Research Center

This website is for educational purposes only. The information supplied here comes from a variety of sources and authors and not every statement made has been evaluated by the FDA. This information is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

http://www.coconutresearchcenter.org/

http://books.google.com.my/books?id=Lt3EiRdJPIMC&printsec=frontcover&dq=virgin+coconut+oil&source=bl&ots=TwlUpEwPIy&sig=-38AHAEwhdo7ZtY1kRsYxVTOgOE&hl=en&ei=8g3FTNOKFoSycaDLpdgL&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=8&ved=0CDQQ6AEwBw#v=onepage&q&f=false

http://www.thevirgincoconutoil.com/

Oleh Jamilah Kamarudin 

SHAH ALAM: Saksi pendakwa hari ini memberitahu mahkamah tertuduh kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah, memulangkan semula senjata dengan kekurangan sebanyak 21 butir peluru.

Penjaga Stor Bahagian Senjata Balai Polis Seksyen 11 Lans Koperal Ismail Daud dalam keterangannya berkata, mengikut prosedur yang ditetapkan setiap anggota peronda bertugas dibekalkan senjata api sub-mesingan Heckler&Koch MP5 (HKMP5) beserta empat kelopak yang mengandungi 100 butir peluru.

Namun beliau mendapati 21 butir peluru telah digunakan Koperal Jenain Subi ketika proses penyerahan semula senjata api sejurus selepas waktu bertugas pada 26 April lalu.

“Setiap kelopak mengandungi 25 butir peluru. Semasa proses penyerahan saya kira balik jumlah peluru yang diserahkan adakah ianya sama dengan jumlah peluru yang dikeluarkan sebelum bertugas.


“Saya dapati peluru dalam tiga kelopak masih penuh, manakala satu kelopak lagi hanya mengandungi empat butir sahaja iaitu kurang 21 butir.

“Kelopak yang mengandungi baki empat butir peluru itu adalah peluru yang terdapat dalam senjata HKMP5,” katanya.

Beliau turut memberitahu ,mahkamah ada bertanya kepada Jenain adakah beliau ada melepaskan sebarang tembakan dan berapa jumlahnya.

“Jenain mengaku kepada saya ada melepaskan tembakan tapi tak tahu berapa butir yang dilepaskann” katanya.

Ismail dalam keterangannya juga memberitahu mahkamah tugasnya dalam Bahagian Senjata adalah memastikan setiap pengeluaran senjata selamat diterima dan digunakan, serta memastikan senjata kosong dan tidak berpeluru sebelum diserahkan kepada penerima.

“Setiap rekod penyerahan dan penerimaan senjata serta jumlah peluru yang digunakan dicatatkan dalam buku harian balai.

Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid,15, antara pukul 1.10 hingga 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian, Seksyen 11 disini.

Jenain yang ketika itu bertigas di Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alama dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan didenda jika sabit kesalahan.

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya. 

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.


Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.

Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.

Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.

Tertuduh diberi 100 peluru

Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.

Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.

FDI 2009 merosot 81%

Posted: October 24, 2010 in Berita Malaysia

FDI -Foreign Direct Investment  -pelaburan langsung asing (jumlah pelaburan yang sykt2 dari negara luar buat dalam Malaysia seperti buka Tesco, buka kilang kereta, seagate atau lain-lain)  kejatuhan menunjukkan kekurangan pelabur atau mereka bergerak keluar ke negara lain

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir berkata, adalah tiba masanya Malaysia “maju ke hadapan” dari kejatuhan 81% dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2009.

Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Mukhriz mengakui laporan itu menunjukkan kejatuhan yang signifikan namun mempertahankannya dengan menyatakan ia juga melibatkan negara-negara lain di dunia, bukan sahaja Malaysia.

“Pengaliran keluar FDI adalah lebih signifikan tapi apa yang penting, apa yang berlaku selepas ini,” kata Mukhriz, sebagai menjawab soalan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam.


Menurut beliau, kerajaan telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

Para pelabur tiada masalah

Beliau juga menolak dakwaan bahawa para pelabur asing enggan datang ke negara ini kerana sentimen perkauman yang meningkat sepertimana yang dinyatakan oleh Lim.

“Saya melihat para pelabur yang berkualiti dan bernilai tinggi datang ke negara kita. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa yang berlaku di negara ini berbanding dengan negara-negara lain.

“Mereka masih melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka,” ujar beliau.

Namun demikian, Mukhriz mengakui bahawa jumlah DFI pada tahun ini semakin berkurangan pada tahun ini. Malaysia hanya mencatat FDI sebanyak RM9.6 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM22.1 bilion setahun penuh 2009.

“Sejumlah RM22.1 bilion FDI pada 2009 itu melibatkan sebanyak 390 projek pembuatan,” katanya ketika menjawab Ahli Parlimen BN-Mukah, Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Mukhriz, juga memberitahu tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri.

Allahyarham Tun Abdul Razak

-PM ke 2

-Beliau amat cermat dalam menggunakan dana negara

-Pernah orang  JKR datang untuk buat kolam air terjun di kediaman rasmi beliau,  akhirnya bila dapat tau kosnya yang tinggi, beliau membatalkan projek tersebut dan digantikan dengan kolam air pancutan dari pam biasa yang murah harganya

-Rumahnya cuma menggunakan dinding papan lapis

-Kusyen dirumah beliau dibuat dari rotan   -hasil kraftangan penjara

-Isteri beliau adalah isteri perdana menteri yang paling sedikit menggunakan dana negara, beliau jarang membawa isteri ke luar negara demi menjimatkan perbelanjaan negara

-Beliau jarang menggunakan siren ketika dalam perjalanan dikuatiri mengganggu orang ramai dengan bunyi bising.

-SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII, juga tidak suka menggunakan siren ketika kenderaan rasmi baginda bergerak

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah juga tidak suka menggunakan siren dalam perjalan.  Pernah aku lihat baginda berangkat tanpa disedari kenderaan rasmi baginda telah bergerak pergi seperti tidak ada-apa upacara.  Baginda juga sangat ramah dengan rakyat, malah telah sudi mencemar duli bersalaman dengan setiap rakyat yang menghulurkan tangan disepanjang laluan karpet merah baginda, miskipun baginda terpaksa solat di atas kerusi kerana khabarnya jatuh dari kuda, tetapi waktu bersalaman dengan rakyat yang menanti disepanjang karpet merah laluan baginda, baginda masih mampu meluangkan masa yang lama dan menyambut setiap tangan yang dihulurkan dan memastikan tiada tangan yang tidak disambut.  Baginda adalah Sultan yang hebat dan berjiwa rakyar.


Rumah Menteri Besar Kelantan

Rumah bekas Menteri Besar Terangganu

bekas Menteri Besar Terangganu Tuan Guru Hadi Awang.  Orang kata Sultan Mizan Sultan Terangganu adalah bekas anak murid Hadi Awang


07november 2006 – Selamat Pengantin Baru.. DR FAZLEY YAAKOB & AZRENE SORAYA Pernikahan pada 2.30 ptg di masjid saidina abu bakar,bukit damansara,KL.

Tahniah Buat Dr Fazley & Azrin..Selamat Pengantin Baru..Moga Berbahagia Hingga Ke Hujung Nyawa..Amin..

Ini dia nak kongsi satu keping gambar nikah fazley..

Derang nikah pada hari selasa,di Masjid Bukit Damansara
Nama Pengantin lelaki – Fazley
Nama Pengantin perempuan – Azrin (Lawyer)

 

Pengantin perempuan ini adalah Anak Datin Rosmah Mansor (kira anak tiri Najib Tun Razak).
Azrin adalah anak Datin Rosmah Mansor dr perkongsian hidup dengan suaminya pertama.



Penyakita darah tinggi

Posted: October 23, 2010 in Kesihatan

Apa sebenarnya Tekanan Darah tinggi?

Dalam badan kita ada urat (kita boleh tengok pada lengan, kaki contohnya)

Urat ini mengandungi darah

Sistem urat ini sama seperti tiub motosikal

Ia ada tekanan yang stabil, tidak boleh terlalu tegang atau terlalu kendur (macam tiub motosikal ada tekanan yang tertentu, tidak boleh terlalu tegang atau kendur)

Bacaan ketengan urat ialah 180/80 mm/hg (yang sihat)

180mm/hg adalah Systolic -bacaan ketika jantung sedang mengepam darah  -bila jantung menguncup ia akan mengepam darah, darah mengalir masuk ke urat, urat jadi tegang

80mm/hg adalah diastolic – bacaan ketika jantung tidak mengepam darah  -bila jantung mengembang ia akan berhenti mengepam -tekanan lebih rendah

Circulatory System en.svg

Darah dihantar ke seluruh badan -jantung pam ke nadi (contoh dipergelangan tangan, leher) -nadi menyambung ke urat ke penghujung organ sepeti kaki atau tangan, jari dan lain-lain

Panjang urat darah di seluruh badan  -2.5 kali jarak mengelilingi dunia  -60,000 batu atau  96,500 km

Urat darah ada 2    -1 menghantar dari jantung ke organ   – 1 lagi arah bertentangan / berpatah balik ke jantung dari organ

Urat paling kecil adalah di otak   -saiz sekitar 2mm atau sehalus seurat benang

Jika urat ini terlalu tegang/cekang  -ia mungkin pecah  = Stroke -urat darah pecah  -pecah mungkin menyebabkan darah beku di otak

Biasanya keadaan menyebabkan seseorang lumpuh sebelah badan atau lumpuh dari pinggang ke bawah atau mungkin meninggal dunia

Urat darah boleh cekang pada bila-bila masa dan boleh menurun pada bila bila masa dalam jangkamasa yang cepat

apabila kita makan benda bergaram  -kita rasa masin -bila darah masin -kita dahaga -kita dahaga kerana badan meminta air untuk mengurangkan keadaan masin dalam darah  -air akan ditambah dalam darah  -bila air bertambah dalam darah, urat akan jadi lebih cekang kerana kehadiran darah+air tadi  -cekang inilah darah tinggi — sebabtu orang darah tinggi diminta kurangkan makan garam

Maha Suci Allah Yang Lebih Mengetahui keajaiban ciptaannya

by Mohd Shahrizan Mohd Saad

Blood Pressure Chart

Blood Pressure Range Chart Notes 

NORMAL BLOOD PRESSURE
BP READINGS RANGE

HIGH Blood Pressure Symptoms –
Stressed, Sedentary, Bloated, Weak, Failing
 

Systolic – Diastolic
210 – 120 – Stage 4 High Blood Pressure
180 – 110 – Stage 3 High Blood Pressure

160 – 100 – Stage 2 High Blood Pressure
140 –   90 – Stage 1 High Blood Pressure

140 – 90 – BORDERLINE HIGH
130 – 85 – High Normal
120 – 80 – NORMAL Blood Pressure
110 – 75 – Low Normal
90 – 60 – BORDERLINE LOW

60 – 40 – TOO LOW Blood Pressure
50 – 33 – DANGER Blood Pressure

LOW Blood Pressure Symptoms –
Weak, Tired, Dizzy, Fainting, Coma

.
Blood Pressure Levels Table
Here is essentially the same information
presented above, in tabular format,
with notes at the bottom.
Comment Systolic Diastolic S – D Delta MAP
Far, Far, Far
TOO HIGH 

Medication Is
ABSOLUTELY
NECESSARY

To Prevent
Heart Attack
and Stroke

230 135 95 167
225 130 95 162
220 130 90 160
215 125 90 155
210 125 85 153
205 120 85 148
200 120 80 147
195 115 80 142
190 115 75 140
185 110 75 135
Way Too High –
Medication Is
STRONGLY ADVISED
180 110 70 133
175 105 70 128
170 105 65 127
165 100 65 122
Too High –
Most Doctors
Will Prescribe Meds
160 100 60 120
155 95 60 115
150 95 55 113
Borderline –
Some Doctors
Will Prescribe Meds
145 90 55 108
140 90 50 107
135 85 50 102
Good 

Very Good

Excellent

130 85 45 100
125 80 45 95
120 80 40 93
115 75 40 88
110 70 40 83
105 70 35 82
Children and Athletes 100 65 35 77
95 65 30 75
90 60 30 70
Too Low –
Meds May Be
Required To
Prevent Fainting
(Syncope)
85 55 30 65
80 55 25 63
75 50 25 58
70 50 20 57
Far, Far, Far
Too Low –
MEDICATION
REQUIRED
65 45 20 52
60 45 15 50
55 40 15 45
50 35 15 43
270-510 60 60 60 60

Artikel mengenai tekanan darah tinggi

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)
• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy
• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).
• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
• tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
o Amalkan permakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman berkala
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
Pra Hypertensi• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
o Jantung
o Ginjal
o Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Al-Fatihah

JAKARTA – Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi semalam.

Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya pada pukul 5 pagi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, Inani merupakan pelajar tahun empat Universitas Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.

“Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematian pelajar itu,” kata beliau.

Menurut beliau, keluarga Inani yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu. Jenazah Inani akan dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Hafiz Yatim
Okt 21, 10
2:44pm

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktber lalu.

IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.

Menurut resolusi yang diluluskan pada sesi ke-187 badan itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketidak-yakinan terhadap aspek ketelusan berkaitan kes itu termasuk Anwar disabitkan dengan pertuduhan hanya ketika beliau aktif semula dalam arena politik.

“Fakta yang menunjukkan pihak yang menuduh (Mohd Saiful Bukhari Azlan) berkunjung ke kediaman timbalan perdana menteri ketika itu serta bertemu seorang pegawai polis berpangkat assisten pesuruhjaya polis menguatkan lagi persepsi kes tersebut bermotifkan politik.

“Juga pembabitan peguam negara dalam kes pertama yang dihadapi Anwar serta penglibatan beliau dalam kes yang sama bagi kali kedua serta penolakan semua permohonan mendapatkan dokumen dan bukti secara sistematik dan dakwaan hubungan intim antara pengadu utama dan pendakwa raya menjadi faktor kuat kes ini timbul atas pertimbangan politik,” kata kenyataan IPU hari ini.

Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British – Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU.

Menurut IPU, pasukan pendakwaan juga dicemari dengan hubungan romantis yang terjalin sehingga ke tahap perbicaraan harus dihentikan.

Badan itu juga berpendapat prosiding yang telah terjejas tidak harus diteruskan kerana ia tidak akan menegakkan prinsip keadilan.

“Walaupun pihak pembelaan telah berkali-kali meminta kes terhadap Anwar digugurkan atas alasan yang diberikan, (namun) mahkamah tetap mahu meneruskan perbicaraan. Oleh itu IPU akan memastikan pemerhati akan memantau perjalanan kes sekurang-kurang semasa prosoding yang penting,” kata IPU lagi.

KUALA LUMPUR: Umno and Barisan Nasional will collapse if they put party interest before that of the people, said Yale University senior fellow Kotaro Tamura.  

Tamura said Umno should take heed of the Liberal Democratic Party of Japan’s fall from grace last year, after being in power for half a century.

Like Umno, LDP enjoyed a landslide victory several years ago.

But, it suffered massive defeat in last year’s election,” he said at the international forum on “The Creation of Global Citizen: Media Liberali*sation And The New Political Realities” yesterday in conjunction with the Umno General Assembly.

Tamura, a former LDP minister, said the party became too arrogant after the landslide victory in 2004.

There were a lot of signals from the ground reflecting public unhappiness over certain policies.

“People were anxious because the economy remained stagnant for two decades. But the party did not address the concerns,” he said.

The regime change last year posed a painful lesson for LDP, said Tamura who later joined the Democratic Party of Japan.

Similarly, people in Malaysia had expressed their dissatisfaction in the 2008 general election. The future of Umno is at stake if it did not address the root causes of the people’s frustration, he said.

Ringkasan:

* Kerajaan BN akan tumbang sekiranya membelakangkan tuntutan rakyat dan mengketengahkan tuntutan parti
* UMNO patut mencontohi kejatuhan empayar LDP (Liberal Democratic Party) yg memerintah Jepun untuk setengah abad
* Kekecewaan rakyat yang dicerminkan dalam PRU 2008 merujuk kepada penolakkan Kerajaan BN
* Masa depan UMNO dalam bahaya jika masalah akar umbi rakyat tidak ditangani

***The Star

Isu pertemuan Pas dan Umno

Posted: October 22, 2010 in Berita Malaysia

Usaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menemukan dua parti iaitu UMNO dan PAS dalam muzakarah terbuka berhubung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar parti dan mengisytiharkan sebagai bebas – pecah amanah pengundi dari perspektif Islam tidak mendapat sokongan menggalakkan dari satu pihak lagi.

Kami mendapati, hanya wakil Pas dan parti komponen Pakatan Rakyat sahaja hadir membincangkan isu berkenaan, manakala kelibat wakil UMNO tidak kelihatan, lapur akhbar sinar harian kelmarin.

Difahamkan surat jemputan rasmi berhubung muzakarah itu sudah dihantarkan kepada beberapa pihak untuk menjadi panel dan pemerhati, antaranya wakil Barisan Nasional (BN), PR dan mufti, termasuk beberapa duta luar negara.

Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, beliau bertindak mengadakan muzakarah itu untuk mendapatkan pandangan isu lompat parti dari perspektif Islam.

“Saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang beragama Islam dan tidak dimanipulasikan atau diberi tekanan daripada mana-mana pihak bertindak sedemikian,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Ketiga Kedutaan Republik Indonesia, Inke Hilarie Dinesia; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain; Timbalan Pesuruhjaya Pas I, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Dr Khairuddin Datuk Abdul Malik; ADUN Tronoh, V Sivakumar dan ADUN Lubuk Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Beliau turut berhubung dengan mufti luar negara untuk mendapatkan gambaran sebenar isu lompat parti dari sudut pandangan Islam dan kebanyakan mereka bersetuju ia sama seperti perlakuan pecah amanah.

“Ini kerana ahli politik yang dipilih rakyat untuk memikul tanggungjawab diamanahkan gagal menunaikan kepercayaan yang diberikan kepada mereka,” katanya.

Katanya, sepanjang muzakarah itu ada beberapa petikan hadis dan al-Quran yang boleh dikaitkan dengan isu lompat parti.

“Sesi muzakarah yang diadakan hari ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi bagi memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan berlaku dalam kalangan parti politik itu sendiri,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Mohammad Nizar yang mahu muzakarah seperti itu diadakan dari semasa ke semasa.

“Mungkin saya akan mengemukakan cadangan meminta kebenaran memilih dua pertiga mufti dari luar negara dijemput, malah seorang daripada mufti di Amerika Syarikat sudah bersetuju menjadi ahli panel dalam muzakarah yang akan diadakan terdekat ini,” katanya.

-s/harian

Wartawan Kita KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula. Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan. Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai. Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam. Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu. Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS. Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta. Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas. Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok. Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang. “Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik. “Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan. Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.

Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.

“Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.

“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Md. Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh menegaskan, orang Melayu tidak harus mempercayai dakwaan pakatan pembangkang bahawa mereka diketuai oleh orang Islam dan turut memperjuangkan agama itu.

“Pas sebenarnya adalah rakan kongsi ‘junior’, begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pakatan ini sebenarnya dipelopori oleh DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP (People Action Party).

“Satu kemungkinan saya cuba hendak bayangkan kepada orang Melayu adalah sekiranya pakatan yang turut didokong pembelot dan pengkhianat Islam ini dibiarkan, mungkin satu masa nanti negara yang kita sayangi ini akan menjadi Malaysiapura,” ujarnya.

Tambah beliau, jika itu berlaku orang Melayu pasti akan terus ketinggalan dan ditindas kerana dasar yang bakal digunakan akan diimport dari negara seberang iaitu ‘sama rata dan sama rasa’.

“Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, orang Melayu perlu bersatu untuk menolak pakatan ini yang mahu memusnahkan kegemilangan Islam yang dipelopori UMNO,” katanya.

Tambah beliau, setiap ahli UMNO perlu sama-sama berdoa bagi memohon pertolongan Allah untuk menewaskan pakatan berkenaan sama seperti Rasulullah memohon pertolongan Allah ketika Perang Ahzab iaitu:

“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya.

siapa sebenarnya di dalam gambar ini.

Ini bukan hantu, tapi seseorang yang sedang berada di dalam masjid ketika khutbah Jumaat, cuma posisi duduknya nampak sepeti tiada kepala, mungkin kerana dia terlalu mengantuk hingga duduk sedemikian rupa

ini pula gambar persidangan UMNO 2010 di PWTC KL