Ramli kecewa k’jaan tolak tribunal siasat AG

Posted: November 19, 2012 in Berita Malaysia, police
  • Hafiz Yatim
  • 11:34AM Mac 25 2012
Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal ‘copgate’.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.

“Pihak polis dan tentera sepatutnya neutral dan mengambil berat keselamatan negara tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Mereka kini berfikir dua kali untuk membuat keputusan atau menggunakan budi bicara walaupun arahannya datang daripada pihak atasan.

“Kenapa mereka perlu ikut arahan bos jika akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat?

“Stigma ini akan menjejaskan agensi ini. Saya dan budak-budak saya sudah habiskan banyak masa untuk membersihkan nama kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s