Anak meninggal dunia, bapa dakwa diugut

Posted: November 26, 2014 in police

Anak meninggal dunia, bapa dakwa diugut

Kira-kira tiga jam selepas polis menyerbu rumahnya untuk mencari senjata api, seorang penganggur 25 tahun, yang ditangkap sebelumnya, meninggal dunia dalam tahanan di Johor.

Bapanya kemudian mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Tubuh Syed Mohd Azlan Syed Mohamad Nur, menurut bapanya, terdapat tanda lebam, termasuk “tanda tusukan berlubang”.

Dalam sidang media hari ini, peguam keluarga itu Gobind Singh Deo menunjukkan gambar-gambar berkaitan, tetapi tidak mengedarkan salinannya.

“Undang-undang kita jelas, kalau seseorang itu dipukul, itu adalah kesalahan jenayah. Undang-undang yang sama juga terpakai pada polis,” kata Gobind.

Beliau juga berkata, pihak keluarga akan menimbangkan memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian arwah.

Sementara itu, Syed Mohamad Nur Ali berkata, beliau boleh menerima pemergian anaknya tetapi cara ia berlaku yang menyedihkannya.

“Tentang kematian saya tak kisah, tetapi cara kematian itu yang saya sedih. Anak saya tak sakit, tak apa (kalau) dia hilang serta-merta,” katanya.

Sidang media itu juga diselubungi suram apabila Syed Mohamad Nur bergenang air mata menceritakan perkara itu dan ketika peguam menunjuk gambar anaknya pada pemberita.

Sidang media itu diadakan di pejabat peguamnya di Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya yang lain.

Ceria bertukar duka

Menceritakan keadaan sebelum polis menyerbu rumah mereka, beliau berkata pagi itu ceria apabila arwah “bersuka ria dengan abang-abang dia ”.

Syed Mohamad Nur berkata, arwah juga bercadang untuk keluar membeli seluar ‘bundle’ (terpakai) pada hari itu.

Bagaimanapun semuanya berubah selepas polis datang ke rumahnya dan didakwa memaksanya mengaku mempunyai senjata api haram.

“Kemudian polis hempas pistol depan saya, hempas gari, menakutkan saya, minta saya mengaku (ada senjata api haram).

“Tapi sebenarnya saya punya senjata api, saya hanya ada yang berdaftar.

See more http://www.malaysiakini.com/news/281464

Polis: Kematian tahanan mati mengejut

Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu, yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.

“Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas.

“Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail. Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut,” katanya.

Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek Syed Mohamed Nur Ali, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada.

Syed Mohamed Nur menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai
Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan.

Hasnan berkata pihak polis sedang menyiasat laporan polis yang dibuat oleh bapa suspek dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan kimia untuk melengkapkan siasatan kes ini sebelum dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya.

Katanya, suspek merupakan salah seorang dari lapan suspek terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di daerah Kota Tinggi pada 19 September tahun ini.

Menurutnya suspek juga merupakan penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah sekatan.

Sementara itu, Syed Mohamed Nur pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata sekumpulan anggota polis telah menyerbu rumahnya kira-kira jam 5 pagi di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Pengerang dan hanya menyatakan mencari senjata api.

“Mereka menyatakan anak saya telah ditahan dan ingin mencari senjata api di rumah berkenaan. Saya beritahu mereka saya hanya ada sepucuk senapang patah dan mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Beliau berkata setelah pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata, salah seorang pegawai memintanya untuk datang ke balai untuk membantu siasatan dan mendakwa beliau dikasari oleh beberapa anggota polis semasa ke balai polis tersebut.

Syed Mohd Azlan merupakan anak bongsu daripada lima beradik, katanya.

– Bernama

see more at:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s