Archive for May, 2012

Musa Hassan: ‘Anwar minta saya lapor kepada dia’
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:26PM Mei 31 2012

WAWANCARA Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba campur tangan dalam siasatan kes Liwat 1.

Musa mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu mengarahkannya beliau supaya melapor hasil siasatan kepadanya walaupun Anwar merupakan tertuduh dalam kes itu.

NONE“(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya “membantu” Anwar dalam kes itu.

“Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. ‘Kalau you (Fuad) terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.’ Saya profesional,” katanya.

Fuad pada masa itu adalah ADUN Hulu Klang dan kini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA).

Musa berkata perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberinya amaran agar menyiasat kes itu dengan telus.

“Dia panggil saya tanya ‘betul ke kamu siasat?’ Dia kata ‘you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you masuk jail’,” katanya.

Tukar tarikh kejadian

Mengulas lanjut mengenai perjalanan perbicaraan kes itu, Musa berkata Peguam Negara bertanggungjawab ke atas keputusan meminda tarikh kejadian yang didakwa berlaku dalam pertuduhan tersebut sehingga tiga kali.

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 2Namun, beliau menegaskan bahawa siasatan yang dijalankannya pada masa itu sudahpun lengkap untuk membolehkan Anwar didakwa di mahkamah.

“(Tarikh berubah-ubah) itu dakwaan punya side-lah (perlu jawab). Saya tak boleh nak jawab. Siasatan sudah lengkap tapi boleh jadi tarikh (berubah-ubah) kerana kejadian dah lama.

“Bila benda dah lama orang tak ingat tarikh,” katanya yang tetap percaya bahawa Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa kerana terdapat bukti mencukupi pada masa itu.

Peguam Negara pada masa itu adalah Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah sementara Peguam Negara sekarang, Tan Sri Gani Patail mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Individu yang mendakwa diliwat Anwar dalam kes berkenaan, Azizan Abu Bakar mendakwa kejadian tersebut berlaku di Tivoli Villa, Bangsar.

Namun, ketika tarikh kejadian yang didakwanya itu, kondominium berkenaan masih belum disiapkan.

Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari pertuduhan itu dengan keputusan majoriti pada tahun 2004.

Ambil spesimen darah

Musa turut mengaku bahawa polis mengambil sampel darah Anwar selepas insiden ‘mata lebam’ – kerana ditumbuk ketua polis negara pada waktu itu, Tan Sri Rahim Noor.

Sampel darah itu digunakannya untuk siasatan dalam kes Liwat 1.

anwar ibrahim black eye small 080206“Darah itu saya ambil kerana masa dia ditangkap (isteri Anwar) Datin Wan Azizah kata polis nak suntik dia dengan darah AIDS. Apabila dia cakap begitu saya kena buat report.

“Kalau betul dia ada AIDS, saya takut polis yang kena tohmah,” kata Musa yang mempertahankan bahawa tindakannya itu dibuat mengikut menurut undang-undang dan prosedur.

“Saya pernah gunakan untuk ujian DNA untuk tilam. Saya kena siasat menyeluruh sebab tuduhannya menyeluruh,” katanya.

Mahkamah menolak bukti DNA pada tilam tersebut.

Ditanya mengenai siasatan dalam kes mata lebam Anwar, Musa berkata pegawai penyiasat untuk kes tersebut ialah mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain dalam beberapa siri surat terbukanya akhir-akhir ini giat menimbulkan dakwaan bahawa Musa dan Abdul Gani terlibat menyalahguna kuasa dan memalsukan bukti dalam insiden mata lebam.

Seorang saksi dalam kes tersebut, Dr Abdul Rahman Yusof – yang mengesahkan bahawa mata lebam Anwar mungkin berpunca akibat dipukul diri sendiri – dilantik oleh peguam negara pada masa itu, kata Musa lagi.

Tambahnya, mustahil untuk beliau memalsukan bukti kerana terdapat ramai pegawai polis dalam lokap pada malam kejadian didakwa berlaku.

“Bukan Rahim Noor seorang. Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) pun ada di situ di dalam lokap itu,” katanya.

Perbicaraan melibatkan dakwaan pemalsuan bukti dalam kes itu akan berlangsung pada Oktober.


http://www.malaysiakini.com/news/199540



Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

Advertisements

WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap “serius.”

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep “menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain,” seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

“Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan “mengawal” ahli politik.

“Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik,” katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

“Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya ‘Kenapa you ambil tindakan sebegini?’ dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. 

“Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka,” katanya.

Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

“Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras),” katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu,” katanya.

ex-igp musa hassan on a motorbike 2Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

“Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan,” katanya.

“Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini,” katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan “reaksi balas” dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan “restu” kumpulan kongsi gelap terbabit.

“Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

“Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik,” katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah “kuasa ketiga” yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

“Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik,” katanya.


Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

Isi dari khutbah Jumaat di Masjid UTM KL 11 Mei 2012, sempena hari pekerja

Umumnya, Abdullah bin al-Mubarak (118H-181H) sangat dikenali oleh para penuntut ilmu dalam bidang pengajian al-Hadith, dek kata-katanya yang masyhur :
 ”.الإسناد من الدين، ولو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء”
Tetapi mungkin ramai yang masih tidak mengenali siapakah tokoh ini, dan kisah asal-usul keluarganya.
Ayahandanya Mubarak, orang Turki. Ibunya orang Khurasan. Semasa muda, Mubarak adalah seorang pekerja bawahan, seorang hamba yang bekerja menjaga kebun buah-buahan milik majikannya, seorang usahawan muslim yang kaya raya.
Pada suatu hari, seorang tetamu telah datang ke kebun tuannya  (pemilik kebun tempat Al-Mubarak bekerja).   Dia memanggil Mubarak, pekerjanya itu. “Wahai Mubarak, ambilkan saya sebiji buah delima manis.”
Mubarak berlalu dan pergi mengambilnya di pohon. Dia membawakan sebiji buah delima. Tuan kebun pun membelah dan menjamahnya. Masam!
 Majikannya kecewa. “Saya minta delima manis, tetapi kamu bawa delima masam. Ambilkan yang manis!”
Mubarak berlalu pergi sekali lagi. Kali ini dia memetik dari pohon yang lain pula. Apabila dibelah dan dijamah oleh majikannya, ternyata delima yang satu lagi itupun masam juga.
Begitulah berulang, sampai tiga kali.
Majikannya pun dengan penuh hairan bertanya kepada Mubarak, “Kamu tidak tahu yang mana delima manis, dan yang mana delima masam?, sedangkan kamu bukannya baru bekerja di sini, kamu telah menjaga dan mengawasi kebun ini bertahun-tahun lamanya, kamulah yang melaksanakan segala-galanya untuk kebun ini”
“Tidak, saya tidak dapat mengenalpasti buah yang manakah manis dan buah yang manakah masam.” jawab Abdullah
 ”Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku?”
“Sebab selama saya berkerja dengan tuan menguruskan kebun  ini,  saya tidak pernah  merasa walau sebiji pun buah Delima di Kebun ini, bagaimana mungkin saya hendak tahu yang mana manis dan yang mana masam”
“Mengapa pula kamu tidak makan?”
“Sebab Selama saya berkerja di sini, tuan hanya beri izin untuk saya menguruskan kebun ini, dan tidak pernah saya diberi izin dari tuan untuk makan walau sebiji buah pun dari kebun ini.”
Kagum tuan kebun mendengarnya. Apabila tersingkap kejujuran hambanya itu, dia bertambah hormat kepada Mubarak.
 Tuan kebun mempunyai seorang anak gadis, yang sudah beberapa kali dilamar orang. Dia bertanya kepada Mubarak, “Wahai Mubarak, pada pandangan kamu, siapa yang patut mengahwini anak perempuan saya?”
Jawab Mubarak, “Orang jahiliyah berkahwin berdasarkan keturunan, orang Yahudi berdasarkan harta, orang Nasrani berdasarkan paras rupa, manakala umat Islam memilih berdasarkan agama.”
Tuan kebun kagum dengan kebijaksanaan Mubarak. Apabila pulang, dia menceritakan hal itu kepada isterinya, dan berkata, “Saya tidak nampak orang lain lagi yang patut menjadi suami anakanda kita, melainkan Mubarak.” (Al-Rizq Asbabuhu wa Mafatihuhu, halaman 27-28)
Demikian bermula kisah ibu dan ayah kepada Abdullah bin al-Mubarak, seorang yang alim, ahli hadith,  ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.

MAHRAM

Posted: May 23, 2012 in Islam, Useful

Image