Archive for December, 2020

Abdul Hamid berkata langkah menukarkan anggota dan pegawai terlibat adalah tindakan pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah. –

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang diambil tindakan berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.Kes itu turut menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan polis, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan itu ditukarkan.Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika mengesahkan perkara itu semalam berkata langkah menukarkan anggota dan pegawai terlibat adalah tindakan pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah.Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pegawai PDRM yang akan dikenakan tindakan selepas ini berhubung perkara itu.

“Sudah diambil tindakan. Tindakan pertama ialah menukarkan mereka dari tempat sensitif. Tindakan kedua sekiranya ada bukti-bukti lain kita akan ambil tindakan selanjutnya.”Tidak silap saya ada 20 (orang). Akan keluar lagi (pertukaran). Tak ada apa yang sensasinya jika perkara seperti ini. Kalau berlaku, kita siasat. Bila ada faktanya, kita ambillah tindakan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.Beliau ditemui selepas melakukan kunjungan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini. Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan disaring oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuh di Bukit Aman bagi memastikan mereka yang bakal ditempatkan di bahagian ‘panas’, mempunyai integriti yang tinggi.Kes membabitkan pegawai kanan polis itu dikesan susulan penahanan beberapa selebriti dan usahawan kosmetik oleh SPRM bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengubah atau ‘mencuci wang haram’ daripada sindiket Macau Scam dan pengendali judi dalam talian.– BERNAMA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/disyaki-terlibat-macau-scam-judi-dalam-talian-20-anggota-dan-pegawai-polis-ditukar-268698

https://www.sinarharian.com.my/article/110483/BERITA/Nasional/20-polis-ditukar-disyaki-terlibat-Macau-Scam-judi-dalam-talian

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1901876

SHAFIEN MAMAT

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 8 Disember 2020, 2:47 pm

Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegram

KOTA BHARU: Dua anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan konstabel ditahan kerana disyaki memeras ugut dan menumbuk seorang pemuda serta mencabul kehormatan tunangnya dalam sebuah kereta dalam tiga kejadian di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat lalu.

Dua anggota terbabit yang berusia 30 tahun dan 35 tahun ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai, pukul 1.21 pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian bermula di kawasan Jambatan Pak Nik Lah selepas pasangan tunang tersebut ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kereta, kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat lalu.

Katanya, mangsa lelaki berusia 21 tahun ditumbuk di telinga dan dada oleh salah seorang suspek, sebelum dibawa ke mesin transaksi automatik (ATM) dengan menaiki kereta Peronda Polis (MPV) bagi membuat pengeluaran sejumlah wang yang diminta suspek.

“Pemuda itu meninggalkan tunangnya yang berusia 20 tahun bersama seorang lagi suspek di dalam kereta milik mangsa. Gadis itu dibawa ke kawasan sebuah masjid di Kemumin, Pengkalan Chepa. Di situ, dia mendakwa dicabul kehormatan dan dipaksa melakukan onani terhadap suspek.

“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke kawasan kilang terbiar di Padang Tembak. Di situ, mangsa lelaki menyerahkan wang RM1,250 kepada suspek bagi mengelak mereka diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheaik),” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini

Menurut Shafien, selepas menyerahkan wang tersebut, pasangan tunang terbabit diarah berbogel dan melakukan hubungan seks di dalam kereta, sambil aksi tersebut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

“Kita sudah merampas kedua-dua telefon bimbit milik anggota terbabit tetapi rakaman berkenaan tiada dalam simpanan,” katanya.

Menurutnya, dua anggota terbabit yang berasal dari Terengganu sudah lebih 10 tahun bertugas dan mereka kini ditahan reman sehingga 12 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 384 kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

sumber https://www.utusan.com.my/nasional/2020/12/anggota-polis-ugut-pasangan-tunang-cabul-gadis-dan-rakam-aksi-ghairah/