Archive for October, 2013

SIHIR DAN SELUSUH

Posted: October 27, 2013 in fakta menarik, Islam, Kesihatan

TANDA-TANDA MUNGKIN SERANGAN PUKAU

1.  Bangun pagi, ada seliper, sebelah saja di rumah

2. Orang gantung organ binatang di pagar rumah seperti perut ayam, kaki etc.

3. Orang hisap rokok dan hembus pada muka kita

4. Orang salam, peluk dan tepuk belakang 2 atau 3 kali

NAMA-NAMA DISUKAI JIN

1.  Mengikut kajian ust Sharhan, hasil penilitian dari pesakit-pesakit yang datang kepadanya, kebanyakkan pesakit  yang datang untuk mendapatkan rawatan gangguan jin mempunyai nama seperti di bawah

1.  Qistina

2. Batrisa

3. Balqis

(6/10 mempunyai nama seperti di atas)

MINYAK SELUSUH

Baca Surah An-Nahl ayat 69 pada minyak zaitun

AYAT CERAI JIN DENGAN MANUSIA

Al-Tariq ayat 4

TANDA-TANDA KETIKA BERADA DI RUMAH

1.   Ada kelihat makhluk bermisai melintas

2.  Pengsan

3.  Bunyi

3.1 –  Tumbuk sambal

3.2 –  Guli jatuh dan bergerak atas lantai

3.3 – Meja terseret atas lantai

3.4 –

DALAM AL-QURAB

Perkataan sihir disebut 60 kali

Perkataan Jin dibsebut 82 kali

4.

Advertisements

Hutang

Posted: October 25, 2013 in Economy

Hadis:-

Orang yang mati syahid, tidak ada halangan padanya untuk masuk syurga kecuali hutang

 

 

Baginda Rasulullah saw bersabda:-

“Sesiapa yang berhutang dan tidak ada niat untuk menjelaskannya, dia akan bertemu Allah kelak sebagai seorang pencuri”

Hadis Riwayat Ibnu Majjah

 

 

Bukan sahaja harta dikira pusaka oleh Amanah Raya malah hutang juga diketogarikan sebagai pusaka.

 

 

Pengistiharan muflis hanya untuk hutang lebih dari RM 30 ribu ringgit, bawah darinya tidak boleh dikira muflis, walaubagaimana jika kadar interest dari hutang berlanjutan dan mencecah RM 30 ribu ke atas maka ia boleh diistihar bengkrap

 

 

Proses-proses Pengistaharan Muflis adalah

1.  Proses pembuktian tentang hutang dan nilainya di mahkamah

2. Pengistiharan muflis oleh mahkamah

 

 

Merancang Keluarga

Posted: October 24, 2013 in fakta menarik, Kesihatan, Useful

Dalam Quran disebutkan menyusu selama 2 tahun, selepas 2 tahun sudah sesuai untuk kehamilan seterusnya

Tempoh mengandung terbaik pada umur 20 tahun hingga 34 tahun

Maksimum umur 40 tahun, lebih dari itu perlu jagaan rapi dari aspek kesihatan

 

5 Persediaan sebelum mengandung 

Fizikal

Mental

Ekonomi

Masa

Sosial

Anak yang dipeluk setiap mempunyai IQ yang lebih baik dari anak yang jarang dipeluk

Prof Dr Harlina Halizah Siraj

UKM Medical Centre

Apricot for cancer

Posted: October 24, 2013 in fakta menarik, Kesihatan

Kebaikan Aprikot Kernel

Aprikot Kernel dan Vitamin B17

Pada suatu ketika dahulu, “Scabbies” adalah suatu penyakit wilayah Eropah yang dihidapi oleh ramai anak-anak kapal semasa di dalam tempoh pelayaran. Yang menjadi kebuntuan adalah penyakit itu tidak ada ubatnya.
Sehinggalah seorang yang berpengalaman perubatan pada ketika itu mengenalpasti bahawa penyakit itu adalah disebabkan kekurangan zat dalam diet pemakanan mereka, iaitu vitamin C. Dari hari itu, setiap kapal yang akan berlayar, akan disediakan dengan buah-buah limau yang banyak untuk mengelakkan dari berlaku penyakit “Scabbies” itu.
Pemerhatian ini digunapakai dalam kajian berkenaan penyakit kanser dan telah didapati persamaan dengan penyakit “Scabbies” dimana terdapat kemungkinan yang besar bahawa, penyakit kanser itu bukan sahaja disebabkan sesuatu pemakan atau pendedahan kepada unsur-unsur bahaya, malahan jika sel-sel badan tidak menerima cukup vitamin yang diperlukan, kanser boleh terjadi disebabkan kekurangan tersebut.
Satu kajian yang dijalan di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan Beruang liar yang mana, sebahagian dari kelompok itu di tempatkan di Zoo yang mendapat kemudahan pemakanan yang seimbang dan teratur serta nutrisi yang cukup, manakala sebahagian lagi dibiarkan besar di alam semulajadi.
Selepas beberapa tahun pemantauan, didapati kumpulan beruang di dalam jagaan Zoo satu demi satu mendapat tanda-tanda kewujudan kanser, manakala kelompok beruang dari kumpulan yang sama di habitat semulajadi, kekal sihat dan tiada tanda-tanda kanser.
Dari kajian yang dibuat ini, dirumuskan bahawa penyakit kanser yang dihidapi oleh beruang-beruang ini
bukanlah disebabkan oleh jenis diet yang dimakannya, tetapi diet apakah yang TIDAK terdapat di dalam
senarai pemakanan seimbangnya sepanjang di dalam kurungan.
Bertitik tolak dari kajian seumpama ini, maka kajian demi kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti apakah unsur yang hilang dari diet pemakan kita. Maka, timbullah hasil kajian berkenaan Vitamin B17 oleh Dr. Ernest Kreb Jr, Pakar Biochemist dari Amerika. Beliau adalah saintis berkenaan perawatan kanser yang tersohor dari 17 MAY 1911 – 8 SEPTEMBER 1997, dan banyak membuat penemuan-penemuan alternatif kepada rawatan kanser.

Vitamin B17 adalah suatu unsur perubatan yang mana mampu merawat dan mencegah kanser. Terdapat  pelbagai tumbuhan yang dikenalpasti mempunyai unsur B17 seperti ubi kayu, tumbuh-tumbuhan dan kekacang seperti biji Aprikot.

Di kawasan pergunungan Pakistan, kajian telah dibuat kepada suatu puak dimana biji aprikot menjadi antara makanan utama di dalam diet seharian mereka. Didapati, puak ini, yang dinamakan puak HUNZA, mempunyai purata umur tua sehingga 120 tahun. Malah, didapati juga, tiada sesiapa di dalam kelompok puak ini yang pernah mengidap penyakit kanser.

Pakar dalam bidang penyakit Kanser dari Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata:
“Di Bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.”

source :http://www.shifa.com.my/p/kebaikan-aprikot-kernel.html

Psikologist mengatakan

Posted: October 24, 2013 in fakta menarik, Islam

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu….

Ibadah Qurban

Posted: October 14, 2013 in Islam

Hukum bertakbir ketika sembelih

Ada riwayat mengatakan Baginda Rasulullah saw bertakbir ketika menyembelih kibas

(tetapi jangan bertakbir sambil menunjukkan pisau di depan mata binatang yang hendak disebelih)

 

Waktu bertabir pada 9 Zulhijjah hari arafah atau pada malam hari raya Aidiladha

dua-dua boleh, pilihlah mana-mana pun

Ibadah korban tak boleh dibuat ke atas orang meninggal, buat atas nama orang hidup, tetapi pahalanya hadiahkan kepada si mati

Ibadah korban mesti diniatkan (ke atas orang hidup yang Islam sahaja)

Aqiqah atau Kurban wajib (sebab nazar)  tidak boleh diberikan kepada bukan Islam

Aqiqah diberi dalam bentuk masakan manis.

Tulang mentah tak boleh buang kena tanam tapi yang dah masak boleh

Kurban disyaratkan diberi mentah (walaupun hanya sedikit) kepada fakir miskin, kaedah nabi 1/3

Fakir miskin boleh jual, orang kaya tak boleh, wajib makan saja

Kurban wajib (nazar) pemilik tak boleh makan, kalau nak makan kena beli ganti

Sunat orang yang berkorban hadir pada waktu sembelihan (tidak wajib)

Baginda Rasullah saw bila buat kurban ambil daging tu cuma setadah tangan untuk makan sendiri, yang lain di sedekahkan

Seelok 1/3 untuk Fakir miskin, 1/3 orang kaya dan 1/3 sendiri

Syarat binatang untuk kurban

1. Boleh ditunggang

2. 4 kaki

3. ternakan

burung unta tak boleh (sebab 2 kaki sahaja), rusa tak boleh (bukan tungangan)

Biasa Kibas, Lembu, Unta, Kambing

Mula-mula dulu unta nabi bahagikan kepada 10 bahagian, kemudian Baginda ubah kepada 7 tujuh bahagian hingga sekarang

Abdullah bin Umar

Posted: October 14, 2013 in Islam

Digelar bayang-bayang nabi

kerana semua perkara nabi buat, dia buat

 

 

Suatu hari Abdullah bin Umar berjalan dengan para sahabat, pada jalan yang lurus, lapang dan terbentang kemudian dia tiba-tiba bergerak ke sebelah dan berjalan dengan hati-hati seperti melalui satu lorong yang sempit, di akhirnya dia telah menundukkan kepalanya

Setelah ditanya oleh para sahabat tentang tindakannya itu, dia berkata “dulu ketika aku lalu dengan nabi, laluan ni sempit, cuma ada 1 lorong di sebelah sini, di hujung lorong sempit itu pula ada dahan kayu yang menghalang perjalanan, lalu untuk melaluinya aku dan Baginda kena tundukkan kepala, oleh sebab itu perbuatan nabi satu ketika dulu, aku tetap mengikuti kelakuan nabi itu walaupun hari ini jalan ini sudah lapang, luas terbentang dan lorong itu sudah hilang manakala dahan kayu yang menghalang itu pun sudah tiada lagi

 

begitulah cintanya beliau pada sunah dan amalan Baginda Rasulullah saw