Kes Altantuya: Rahsia Siapa, apa dan mengapa??

Posted: January 16, 2015 in fakta menarik, Fakta pelik, police

Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.

Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:

  • Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.

Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.

Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

  • Mengapa dan siapa Azilah telefon?

Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?

  • Mengapa motif tidak dijelaskan?

Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluankepada kes pembunuhan itu.

  • Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?

Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media.

Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.

  • Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai“kambing hitam” untuk melindungi “rancangan mereka” dan siapa yang dia maksudkan?
  • Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri?
  • Apakah peranan DSP Musa Safri – bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak – hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?
  • Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?

(Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan)

  • Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?

Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasatoleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara.

Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.

Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas.

sources ;
3333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333333

Sabitan buka seribu persoalan, kata peguam

Sabitan kesalahan terhadap bekas polis elit  Sirul Azhar Umar “membuka seribu persoalan” berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

Walaupun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, Kamarul membangkitkan masalah berhubung motif pembunuhan itu.

“Motifnya tidak dikenal pasti terhadap anak guam sama (sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Perkara itu, katanya antara perkara yang dibahaskan orang ramai.

Kamarul (kiri), salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis politik Abdul Razak Bagind, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah Hadri.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” untuk “melindungi rancangan mereka”.

Kamarul kemudian mencadangkan bahawa anak guamnya diperangkap dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia itu.

sources :
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ratapan ayah: Kenapa anak saya dibunuh?

“Kenapa anak saya dibunuh?”

Inilah apa yang masih cuba difahami oleh Setev Shaariibuu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota polis kerana membunuh anak perempuannya, Altantuya.

Bagaimanapun, Setev berkata isteri dan dua anak lelaki Altantuya gembira mengetahui bahawa pesalah, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, akan digantung bagi jenayah yang mereka lakukan.

Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan  Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ketika  dihubungi melalui peguamnya di Ulanbataar, Setev bagaimanapun, terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan bahan letupan di sebuah kawasan lapang hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 19 Oktober 2006.

“Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh,” katanya, merujuk kepada mahkamah yang tidak menjelaskan tentang motif pembunuhan itu.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan bahawa tertuduh kedua Sirul hilang.

“Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya,” katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.

Setev telah memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.

Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/286223
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sirul tak cukup wang pulang ke M’sia

Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana dipercayai berada di Austalia, laporBernama yang memetik sumber.

Menurut sumber, beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata “Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara.”

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan pukul 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

– Bernama

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Kes Altantuya: Inikah penghujungnya?

Dia dibunuh kejam pada 2006.

Kini, selepas hampir sedekad, dua bekas anggota polis dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, sekali gus menjadikan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Altantuya Shaariibuu sampai ke penghujungnya.

Tetapi adakah kes melibatkan warganegara Mongolia itu benar-benar berakhir?

Daripada kes di Mahkamah Tingi Shah Alam yang mendapati Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bersalah, kemudian keputusan sebaliknya di Mahkamah Rayuan kepada hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, terdapat satu perkara yang sukar difahami – motifnya.

Mahkamah tidak menyatakan alasan berhubung tindakan mereka, yang bertugas dengan unit khas ketika itu, membawa Altantuya ke dalam hutan dan meletupkannya.

Sebuah lagi persoalan penting berhubung panggilan telefon yang dilapor dibuat oleh Azilah daripada tapak kejadian. Dengan siapa sebenarnya beliau bercakap?

Dan sekarang Sirul sendiri hilang dan dikatakan berada di luar negeri.

Selain itu, kes berbelit-belit itu juga mencipta kejutan apabila dikaitkan dengan kes pembelian kapal selam ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Polis telah membersihkan nama Najib manakala orang kepercayaannya Abdul Razak Baginda, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Ketidakhadiran Sirul di mahkamah hari ini membuka sebuah lagi ‘teori konspirasi’, dengan ada yang percaya bahawa dia mungkin akan membongkar sesuatu.

sources : http://www.malaysiakini.com/news/286206

Polis: Sirul ke Australia Oktober tahun lepas

Polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober tahun lepas.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh selepas menyemak rekod dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Setakat ini memang Imigresen sahkan dia ke luar negara iaitu Australia dan dia ke sana bulan sepuluh tahun lepas.

“Kita akan bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia kalau dia berada di sana, tetapi kalau dia dah keluar ke mana-mana destinasi lain, kita akan bekerjasama dengan Interpol…untuk melaksanakan tangkapan terhadapnya, kita memang akan minta kerjasama polis antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan polis akan mengeluarkan ‘Notis Merah’ kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu mengesan Sirul Azhar dan permohonan ekstradisi akan dibuat kepada negara berkenaan, sebelum membawanya pulang mengikut prosedur undang-undang sedia ada.

Mengikut portal Jabatan Peguam Negara Malaysia, Malaysia telah memuktamadkan triti ekstradisi dengan Australia yang berkuatkuasa sejak 28 Disember 2006.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah semalam kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya

Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Bernama

sources : http://www.malaysiakini.com/news/286324
…………………………………………………………
read more at

Interpol buru pembunuh Altantuya

http://www.malaysiakini.com/news/286891

……………………………..

Imigresen Australia tahan Sirul di Brisbane

http://www.malaysiakini.com/news/286925

…………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s