Archive for January, 2011

Seorang anggota polis hari ini mohon dibicarakan berhubung pertuduhan membuat laporan palsu dengan niat mencederakan seorang ahli perniagaan, Chia Buang Hing pada 18 Disember lalu.

Konstabel Norzali Rosle, 25, dari Balai Polis Kota Damansara didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 211 Kanun Keseksaan iaitu membuat tuduhan palsu sehingga mendatangkan bencana yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

NONENorzali mendakwa Chia (kiri) memiliki 0.01g heroin dan mempunyai sebilah parang.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan wang jaminan sebanyak RM2200 dan ia dijelaskan oleh ibu tertuduh.

Timbalan pendakwa raya Amirah Mohamed Yusof pada mula mahu jaminan dikenakan pada RM3000 tetapi peguam bela, Suresh Singh merayu supaya jumlah ditetapkan pada RM1500, kerana tertuduh, sekrang digantung jawatan dan ibunya hanya seorang suri rumah.

Suresh juga berhujah tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Kota Damansara pada setiap Isnin dan Khamis.

Norzali adalah antara lima orang yang sebelum ini didakwa kerana memukul Chia.

Rabu lalu, waran tangkap dikeluarkan ke atas Norzali apabila beliau gagal muncul di mahkamah.

NONEHari ini, peguamnya berkata berkata waran tangkap itu dikeluarkan pada minit terakhir dan tertuduh ketika itu berada di luar Kuala Lumpur.

Chia sebelum ini, mendakwa dia dibelasah oleh beberapa anggota polis yang juga merompak ribuan ringgit daripadanya selepas mereka menahannya kerana memandu tanpa cukai jalan pada 18 Disember.

sumber malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/154716

Norzali kemudiannya dibenarkan meninggalkan mahkamah mengikut pintu laluan yang digunakan oleh majistret.

Menurut peguam Chia, – Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut, tindakan itu jelas membuktikan dwi standard terhadap sistem perundangan negara.

“Sepatutnya, jika jaminan dibenarkan, tertuduh mesti dibawa ke bilik lokap. Semua orang sepatutnya sama taraf mengikut undang-undang tetapi dia dibenarkan keluar melalui pintu majistret,” katanya.

Kasih seorang ibu

Posted: January 27, 2011 in fakta menarik

Kisah benar pengorbanan ibu semasa earthquake di China, 2008 lalu..





ibu dan ayahnya sebelom earthquake..

Terima kasih to Zavi, TKO V11

Doa Terhindar Dari Bencana

Posted: January 22, 2011 in Islam, Useful

ae2930cc.jpg

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan:
“Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: “Tidak, rumah saya tidak terbakar”. Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. “Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam”.

Abu Darda menjawab: “Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”

Baca pagi & petang….seperti disebut Nabi s.a.w.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitahu Abu Ad-Darda’ dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar.” Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Karena kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga sore. Dan barangsiapa membacanya di sore hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi”. Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda’ selamat.

sumber:
http://milkyway25.wordpress.com/2009/02/07/doa-abu-darda/

http://alivewire.wordpress.com/2007/06/26/doa-terhindar-dari-bencana/

http://laabwa.blogspot.com/2009/01/doa-abu-darda.html

The Amreican Dream

Posted: January 22, 2011 in fakta menarik

Keajaiban peta dunia. Ada gambaran manusia sedang solat menghadap ke arah kiblat dalam keadaan tahiyyat sedang bertashahud mengucapkan Lailahailallah terpapar pada peta dunia Timur Tengah.

Subhanallah.. Allah Maha Besar..

Cubic Meter to Gallon Conversion table

Posted: January 12, 2011 in Useful

Cubic Meters To Gallons [US, Fluid] Chart

Cubic Meter Gallon Cubic Meter Gallon Cubic Meter Gallon Cubic Meter Gallon
1 264.172052 26 6868.473352 51 13472.77465 76 20077.07595
2 528.344104 27 7132.645404 52 13736.9467 77 20341.248
3 792.516156 28 7396.817456 53 14001.11876 78 20605.42006
4 1056.688208 29 7660.989508 54 14265.29081 79 20869.59211
5 1320.86026 30 7925.16156 55 14529.46286 80 21133.76416
6 1585.032312 31 8189.333612 56 14793.63491 81 21397.93621
7 1849.204364 32 8453.505664 57 15057.80696 82 21662.10826
8 2113.376416 33 8717.677716 58 15321.97902 83 21926.28032
9 2377.548468 34 8981.849768 59 15586.15107 84 22190.45237
10 2641.72052 35 9246.02182 60 15850.32312 85 22454.62442
11 2905.892572 36 9510.193872 61 16114.49517 86 22718.79647
12 3170.064624 37 9774.365924 62 16378.66722 87 22982.96852
13 3434.236676 38 10038.53798 63 16642.83928 88 23247.14058
14 3698.408728 39 10302.71003 64 16907.01133 89 23511.31263
15 3962.58078 40 10566.88208 65 17171.18338 90 23775.48468
16 4226.752832 41 10831.05413 66 17435.35543 100 26417.2052
17 4490.924884 42 11095.22618 67 17699.52748 125 33021.5065
18 4755.096936 43 11359.39824 68 17963.69954 150 39625.8078
19 5019.268988 44 11623.57029 69 18227.87159 175 46230.1091
20 5283.44104 45 11887.74234 70 18492.04364 200 52834.4104
21 5547.613092 46 12151.91439 71 18756.21569 250 66043.013
22 5811.785144 47 12416.08644 72 19020.38774 300 79251.6156
23 6075.957196 48 12680.2585 73 19284.5598 500 132086.026
24 6340.129248 49 12944.43055 74 19548.73185 750 198129.039
25 6604.3013 50 13208.6026 75 19812.9039 1000 264172.052

conversion calculator

http://www.metric-conversions.org/volume/cubic-meters-to-uk-gallons.htm

other conversion

http://www.aquatechnology.net/conversions.html

Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM

GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=555600

Pukul’ jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan
Jan 10, 11 6:15pm
Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama. 

NONEMengulas insiden terhadap jurugambarBernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

“Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan,” kata Hata.

Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.

NONEHairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan “ganas” itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.

“Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh,” kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia.

http://www.malaysiakini.com/news/153018

Polis diminta perjelas kes tembak 3 remaja
Salhan K Ahmad
Jan 8, 11
1:06pm
Kongsi 114
Anggota keluarga kepada tiga remaja yang maut ditembak dalam satu kejadian pada 13 November lalu hari ini menuntut polis membuat penjelasan berhubung kes berkenaan. 

Anggota keluarga itu diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri yang turut menyerahkan satu memorandum kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, antara lainnya bagi menggesa supaya segera mendedahkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Tiga remaja berkenaan, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

NONEDalam memorandum berkenaan, peguam berkenaan turut menuntut supaya polis mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan jenayah terhadap anggota yang bertindak melepaskan tembakan tersebut.

Memorandum itu juga mempertikaikan kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berhubung kes berkenaan.

“Datuk A. Thaiveegan membuat dakwaan tak munasabah bahawa kesemua yang meninggal dunia merupakan ‘penjenayah tegar’.

“Polis mendakwa suspek yang meninggal dunia itu merupakan sebahagian daripada geng yang dikenali sebagai ‘Geng Minyak’.

“Mereka juga mendakwa bahawa suspek, apabila dikepung telah meluru ke arah polis dengan parang dan polis menembak mati kesemua mereka dalam mempertahankan diri (mereka).

“Kami dapati cerita daripada polis ini sangat tidak boleh dipercayai,” menurut memorandum tersebut yang diserahkan oleh peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Dalam memorandum itu juga, tuntutan dikemukakan supaya polis mendedahkan prosedur yang perlu diikuti oleh anggota polis sebelum melepaskan tembakan.

NONEIa turut mempertikaikan, sekiranya benar suspek berkenaan hanya bersenjatakan parang dan bukannya senjata api, mengapakah perlu menembak mati kesemua remaja berkenaan.

“Adakah apa-apa tembakan amaran dilepaskan? Ianya sangat dipercayai bahawa orang bersenjatakan parang akan meluru ke dalam hujan peluru,” memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman Cif Insp Saipul Anuar Razali kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Ketika bercakap kepada keluarga mangsa sebelum itu, Saipul Anuar memberi jaminan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara sendiri.

“Insya-Allah pada hari Isnin ini ketua polis negara sendiri akan beri jawapan,” kata Saipul Anuar lagi yang tidak dapat menjelaskan apakah status sebenar siasatan ke atas kes berkenaan.

Beliau sebelum itu diminta menjelaskan demikian oleh naib presiden parti itu N Surendran yang turut mengiringi keluarga mangsa berkenaan.

Turut mengiringi keluarga mangsa bagi menyerahkan memorandum itu ialah dua ahli parlimen PKR, R Sivarasa (Subang) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

sember :malaysiakini

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda saw yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’

‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’

‘Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’

Lalu baginda saw menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak

Kota Bharu:
Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.
Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Mohammad Rosadi Awang, 50, petang 3 Januari lalu dibawa ke Ibu Pejabat Oolis Kota Bharuekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.
Katanya sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.
“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundang gejala sosial.
“Sepatutnya anggota Polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku dan bukan melancarkan program hiburan dijalankan” katanya di sini.
Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataanya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikanya.
Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang di sampai.
“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang dan membawa saya ke balai untuk diambil kenyataan” ujarnya.
Bagaimana pun kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.
Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala ssosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.
“Namun, kerana tidak faham agama, mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah” katanya.
Penduduk Gong Dermin turut mempertikaikan tindakan polis membawa imam berkenaan dengan kenderaan polis sehingga boleh menimbulkan pelbagao persepsi buruk orang ramai.
Sahibul Anuar Mohammad Amin, 50, berkata, tindakan itu seolah-olah membayangkan imam berkenaan telah melakukan kesalahan besar sedangkan khutbah yang disampaikan tidak mengandungi unsur hasutan.
“Apa yang saya faham khutbah itu banyak berkisar kepada nasihat, amal makruf nahi mungkar” katanya ketika ditemui, disini.
Rakan nya Zawawi Idris, 65, berkata polis sepatutnya menunjukan sikap rasional bagi mengelak sebarang persepsi buruk terhadap seorang imam.
Kata beliau, polis boleh meminta imam datang ke balai polis meminta imam datang ke balai polis tanpa perlu membawanya menaiki kenderaan polis sehingga memperlihatkan beliau bersalah.
Ahli Jawatankuasa Masjid Gong Dermin, Mohd Nor Jusoh, 74, meminta polis juga menyiasat orang yang membuat laporan kerana didakwanya menyimpang dari isi khutbah. “Polis sepatutnya siasat orang yang buat fitnah” katanya

sumber http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6499#222834