Digelar bayang-bayang nabi
kerana semua perkara nabi buat, dia buat
Suatu hari Abdullah bin Umar berjalan dengan para sahabat, pada jalan yang lurus, lapang dan terbentang kemudian dia tiba-tiba bergerak ke sebelah dan berjalan dengan hati-hati seperti melalui satu lorong yang sempit, di akhirnya dia telah menundukkan kepalanya
Setelah ditanya oleh para sahabat tentang tindakannya itu, dia berkata “dulu ketika aku lalu dengan nabi, laluan ni sempit, cuma ada 1 lorong di sebelah sini, di hujung lorong sempit itu pula ada dahan kayu yang menghalang perjalanan, lalu untuk melaluinya aku dan Baginda kena tundukkan kepala, oleh sebab itu perbuatan nabi satu ketika dulu, aku tetap mengikuti kelakuan nabi itu walaupun hari ini jalan ini sudah lapang, luas terbentang dan lorong itu sudah hilang manakala dahan kayu yang menghalang itu pun sudah tiada lagi
begitulah cintanya beliau pada sunah dan amalan Baginda Rasulullah saw