Archive for September, 2010

Harga sebenar kereta import anda

Posted: September 30, 2010 in Uncategorized

Kiraan berdasarkan kadar pada tahun 2009 (Julai):

Pengiraan cukai kastam boleh dibuat di halaman ini:
http://www.floristhut.com/taxkastam.htm

Nilai “depreciation” berdasarkan bulan boleh dilihat di sini:
http://www.floristhut.com/taxkastam2.htm

Harga doket kastam bagi model-model utama kereta Import Pasang Siap (CBU) boleh diperoleh daripada webmaster halaman tersebut. Dokumen tersebut tidak boleh disiarkan disini kerana diklasifikan sebagai sulit oleh Kastam Diraja Malaysia.

MENGIMPORT KENDERAAN PERSENDIRIAN

Disediakan oleh KDRM
(Sumber: http://www.kastamselangor.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&…)

Soalan: Saya bekerja / belajar di luar negara dan telah membeli sebuah kereta di sana. Saya bercadang untuk membawa balik kereta tersebut ke Malaysia. Apakah prosedur berkaitan untuk saya ikuti?

Jawapan: Rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara boleh mengimport kenderaan bagi maksud kegunaan persendirian dengan syarat mendapat kelulusan atau permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi mendapatkan kelulusan tersebut pemohon hendaklah memperoleh dan mengisi Borang Kastam JK69. Borang tersebut terdiri daripada tiga salinan berkarbon dan oleh itu tidak boleh dimuat turun dari laman web. Borang berkenaan boleh dibeli daripada Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax :03-92220690). Kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara adalah seperti berikut :

1. Pemohon berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;

2. Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;

3. Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnnya 9 bulan di luar negara;

4. Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai);

5. Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara.

Orang perseorangan yang tidak memenuhi syarat-syarat di perenggan 2, dinasihatkan supaya tidak membawa balik kenderaan tersebut. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, MITI tidak bertanggungjawab untuk meluluskan lesen import berkemungkinan kenderaan yang diimport tanpa AP akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Peraturan ini merangkumi :

1. Pegawai Kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara;

2. Penuntut Malaysia di luar negara;

3. Warganegara Malaysia yang bekerja atau bermastautin di luar negara;

4. Suami, isteri dan anak kepada pegawai dan kakitangan Home based yang berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Pemohon perlu memohon dengan mengisi Borang J.K. 69 yang boleh dibeli dari Percetakan Nasional Malaysia Bhd., Kuala Lumpur atau cawangannya. Borang yang siap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:

Trade Services Division
Ministry of International Trade and Industry
2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex
50622 Jalan Duta
Kuala Lumpur
Tel : 603-62034819
Fax: 603-62013012

MITI Cawangan Sabah
Tingkat 3, blok D&E
Bangunan KWSP
49,Jalan Karamunsing
88622 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-239061
Fax : 088-235645

MITI Cawangan Sarawak
Tingkat 3, Bangunan Bank Negara
93400 Kuching Sarawak
Tel : 082-257164
Fax : 082-417835

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laman Web :www.miti.gov.my

Setelah mendapat permit, bolehlah mengimport kenderaan tersebut dengan membuat pengikraran kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di stesen/ pejabat Kastam di tempat kenderaan itu diimport dengan menggunakan Borang Kastam No.1 yang boleh diperolehi atau dibeli di Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax : 03-92220690) atau pejabat agen-agen penghantaran (beberapa Pejabat Kastam ada juga menjual borang tersebut tetapi sebaik-baiknya hubungi pejabat Kastam terdekat untuk mendapatkan kepastian) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan utama seperti permit (AP) dan kad pendaftaran asal kenderaan.

Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Terpakai (Individu)

Jenis Kenderaan : BMW Model 735iAL/ 2003

Kapasiti injin : 4,999 cc

Harga belian : Euro 36,277.84 (Euro 36,277.84 x RM 4.5562 = RM 165,289.09)

Tambang Kapal : RM 1,500.00

Insuran : RM 826.45

Nilai Kastam = RM 165,289.09 + RM 1,500.00 + 826.45 = RM167,615.53

Duti Import = Nilai Kastam x Kadar Duti Import (berubah mengikut Bajet)

RM167,615.53 x 200 = RM335,231.06

Duti Eksais = Nilai Kastam x Kadar Duti Eksais (berubah mengikut Bajet)

RM167,615.53 x 100 % = RM167,615.53

Cukai Jualan = Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais

RM167,615.53 + RM335,231.06 + RM167,615.53 = RM670,462.12

&nb sp; Jumlah = RM670,462.12 x 10% & = RM67,046.21

Jumlah Duti/ Cukai yang perlu Dibayar kepada

Kastam Diraja Malaysia BMW Model 735iAL /2003; = RM569,892.80

Nota: Harga belian kereta boleh diambilkira untuk tujuan kiraan nilai kastam dan pengiraan duti/cukai adalah anggaran sahaja. Walaubagaimanapun, Kastam Diraja Malaysia ada mempunyai doket harga kenderaan tersendiri untuk menentukan kiraan nilai kastam yang sebenar. Pengiraan duti/cukai juga ditentukan oleh tarikh pendaftaran asal kereta, model, kapasiti enjin dan tarikh pengimportan.

———–C—-O—-N—-T—-O—-H—————–

AP Kereta Import Harga Doket: UK to Malaysia
(Source: http://m4j1h4.fotopages.com/?entry=1098193)

Jenama Kereta: Mercedes
Jenis Kereta: C200K Elegance Auto
CC: 1998
Tahun: 2000
Usia Kereta: 84 bulan

Harga Asal (DOCKET): 17700.00
Harga Aksesori: 0.00
Pedagang 15%: 15045.00
Susutnilai 70%: 4513.50
Tahun ke-7 10%: 4062.15
Tahun ke-8 0%: 4062.15
Diskaun individu 20%: 3249.72
Diskaun 10% rayuan (ibu pejabat) 10%: 2924.75
Pertukaran wang 4.6044: 13466.71
Tambang:1500.00
Insurans:0.5% 67.33
Nilai Kastam (NK): 15034.04
Duit impot: (DI) 30% 4510.21
Duit eksais: (DE) 80% 12027.23
Jumlah (NK+DI+DE): 31571.49
Cukai jualan 10%: 3157.15

Jumlah duti perlu dibayar: RM 19694.60
JUMLAH KESELURUHAN: RM 65, 194.60

———–C—-O—-N—-T—-O—-H—————–

Jenama Kereta: Mercedes
Jenis Kereta: E200K Avantgarde Auto
CC: 1796
Tahun: 2003
Usia Kereta: 48 bulan

Harga Doket (EURO): 22275.00
Harga Aksesori: 0.00
Pedagang 15%: 18933.75
Susutnilai 40%: 11360.25
Tahun ke-7 0%: 11360.25
Tahun ke-8 0%: 11360.25
Diskaun individu 20%: 9088.20
Diskaun 10% rayuan (ibu pejabat) 10%: 8179.38
Pertukaran wang 4.6044: 37661.14
Tambang: 1500.00
Insurans 0.5%: 188.31
Nilai Kastam (NK): 39349.44
Duit impot (DI) 30%: 11804.83
Duit eksais (DE) 75%: 29512.08
Jumlah (NK+DI+DE): 80666.36
Cukai jualan 10%: 8066.64

Jumlah duti perlu dibayar: RM 49383.55
JUMLAH KESELURUHAN: RM 145, 983.55

CBU = Completely Built Unit (Kereta yang masuk adalah fully imported,sudah dipasang siap di negara pengeluar dan datang ke Malaysia hanya tunggu nak jalan.Cukai dikenakan lagi tinggi)

CKD = Completely knock down (Kereta akan masuk dalam bentuk parts dan akan dipasang balik dalam Malaysia.Tax yang dikenakan lebih rendah.)

CIF = Cost,Insurance and Freight (kos pengangkutan penghantaran masuk ke Malaysia yang perlu dibayar kepada penjual termasuk insurans) Please correct me if I am wrong

Sumber  :  Komuniti Rakyat Malays Di Nagoya, Jepun dan Kastam Di Raja malaysia, keri3534 carigold forum & paultan,org

Bini kita pun lawa aaiihhh…

Posted: September 30, 2010 in Uncategorized

Suami   : Ayang… siap ler cepat

Isteri    : Kenapa bang.. kita nak ke mana?

Suami   : Awak siap ler, ada ler… nanti saya bagitau laa.

Isteri pun bersiaplah, pakai lawa-lawa, cantik-cantik, mungkin suami nak buat kejutan, ajak makan kat luar hari ni…   Bila dah siap

Isteri   : Laa yang abang tak siap lagi ni kenapa, ni kita nak ke mana                    ni?

Suami  : Haa… dah siap.  Amboi lawa aihh bini abang ni.. tak pi                                mana-mana laa, saja suruh awak siap, pakai elok-elok sikit                     dok kat umah, selalu selekeh jer.

Bini kita kalo kat umah, cam ni ler… ada bau udang sikit, plus bau blacan sikit, plus bau-bau bacang…  tapi kalo dia nak pi opis… huiihhh  hang tengok… bulu mata tu kena tune satu-satu, lengkung pun ikut darjah jer semua, selari jer nampak…. apa nak heran kalo, orang laki ni tergoda kat bini orang kat opis, esok dah nikah, wak balik umah… cam tu ler jugak

Orang pompuan jawab, org laki dok kat umah pun selekeh, pakai kain pelekat cap gajah duduk, dok kat umah baju pun tak pakai, yang kering nampak tulang cam x-ray, yang sihat nampak perut cam tong drum haa…haa…

Kita serupa jer laa…

725 760 jumlah yang pelik

Posted: September 30, 2010 in Uncategorized

Pernah seseorang bertanya kepada salah seorang dari sahabat Rasulullah (kalo tak silap Saidina Ali kot) tentang matematik, soalannya ialah apakah nombor yang boleh dibahagikan dengan semua no tunggal.

CUBA BUAT UJIKAJI NI

1) Days in a week / jumlah hari dalam 1 minggu   =  7

2) Months in a years / jumlah bulan dalam 1 tahun   = 12

3) Hours in a day / Jumlah jam dalam 1 hari (1 hari 1 malam) = 24

4)Days in a years / jumlah hari dalam 1 tahun   = 360

darabkan 7 x 12 x 24 x 360 = 725 760

No ini boleh dibahagikan kepada semua no tunggal (0 hingga 9) tanpa baki.

Please correct me if i am wrong

Aku teringat satu kisah tentang Saidina Ali.

Seseorang bertanya kepada beliau dengan tujuan untuk mengutuk keadaan pemerintahan beliau  “kenapa di zaman pemerintahan engkau, keadaan teruk, tidak seperti semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dulu”

Saidina Ali menjawab  “Semasa pemerintahan Abu bakar, rakyatnya seperti aku, semasa pemerintahan aku rakyatnya seperti engkau”


Jangkamasa merompak bank

Posted: September 29, 2010 in Uncategorized

-penah dengar orang rompak bank ke? kedai mas ker?

-tau berapa lama?  1 atau 2 minit saja

-Merompakni memang kerja haram dan berdosa tapi ada beberapa perkara yang aku kagum dengan mereka ni

1)ketepan masa.  1 atau 2 minit je tu.  Strategi mesti mantap.

2)Kerjasama berpasukan, mesti kerja meraka dirancang dengan sangat rapi dan setiap orang ada peranannya, kalo tak masakan dapat siap dalam masa 2 minit

3)berani sungguh buat jahat, tak ingat nak mati ker…

4)cekap beroperasi hingga sukat dikenalpasti atau dikesan.

5)teliti -tentu dia dah risik dulu, study dulu, buat research dah, mengkaji waktu yang terbaik, mungkin waktu polis buat rondaan, balai polis tedekat, bepe pengawal bersenjata, silent alarm, kamera etcetera.

Biasanya polis kalo dpt tangkap pun dia akan cakap, “hasil dari tangkapan ini pihak polis telah berjaya menyelesaikan25 kes rombakan sebelum ini”  Kalo sekli dua bukan senang nak kesan.  Polis ngan penyamun akan bersaing siapa cekap dia akan menang.  Walau polis dengan segala kelengkapan, tapi…

According to statistics gathered in 2001, a bank robbery occurs every fifty minutes in the United States.  Approximately $70 million is lost in bank robberies in the United States annually.  Between 1996 and 2000, the average amount of money taken during a bank robbery is approximately $5,000

-Statistik 2001    -Rompakan bank di US berlaku purata setiap 50 minit.     – anggaran USD70 million(RM238j) dirompak setiap tahun    -kalo tak silap purata satu rompakan dalam USD5,000.00 (  RM17000.00)

ok laa tu kat US Camry Hybrid baru USD26,575.00 (RM90,355.00), upah kapal sampai kat malaysia + cukai 5 atau 60 peratus dah jadi RM144,568.00).  pastu masuk keuntungan pengedar dah pi sampai RM180,000.00  Aku agak laaa…

Khabornyer dah ada enjin pakai magnet yang meggerakkan motor, free energy magnet motor, so tak yah isi minyak atau charge bateri, charge positif negatif magnet menggerakkan motor secara otomatik, lehh jimat tu

Ader brani? tinggi tu…

Posted: September 29, 2010 in Uncategorized

Apa laa koo ni, mengaji tinggi-tinggi, qeja besau-besau, alih-alih penakut, buat malu jerr laa…  Aku pun tak brani kalo camni punya tinggi?

Mungkin kita tak sedar tapi itulah sumbangan mereka…. Di sebalik tersergamnya bangunan-bangunan tinggi

sian.. kenapa tak semua orang boleh hidup senang macam kita

Masing-masing ada kelemahan, tapi itulah kelebihan mereka.

SENYUM…. OK,.. Gambo aku takde sebab aku laa yang ambik gambar ni semua he…he..he..

Bila tengok gambo camni teingat kat Allahyarham Pak Tih (Mohd Noor bin Harun).  Penah aku mimpi melawat dia, dia kata terima kasih kat aku, katanya lagi kat sini banyak makanan, bila bukak kitab tafsir mimpi karangan Imam Ibnu Sirin katanya kalo mimpi seseorang yang dah meninggal, walau dia cuma senyum maknanya segala bacaan Yaasin, Al-Fatihah atau apa-apa pahala yang kita hadiahkan sampai kepadanya.  Amin…

Ayah pernah ajar aku… kalo rindukan orang yang telah pergi, bacakan Al-Fatihah dan 3x Surah Al-Ikhlas = jumlah pahalanya sama seperti khatam sebuah Al-Quran.  Kemudian niat dihadiahkan kepada sesiapa sahaja.  Pernah orang bertanya kepada Ustaz adakah cukup pahala bacaan itu untuk ramai orang yang meninggal (kalau dihadiahkan kepada ramai orang dengan sekali baca), jawabnya ia seperti api, bila kita nyalakan pelita orang, api pada pelita kita tidak akan surut atau mengecil dan akhir semua orang akan dapat sama banyak.

Lagi satu Ustaz Ismai Kamus ada cakap, jangan sebut Arwah.  Arwah tu nama sejenis jin yang mengganggu budak-budak kecil.  Sebut Allahyarham(Lelaki & perempuan) & Allahyarhamha (Perempuan) (bermaksud semoga Allah Merahmatinya)


Kuasa magnet menggerakkan motor

Posted: September 29, 2010 in Uncategorized

Mayat bagitau masa kematiannya

Posted: September 29, 2010 in Uncategorized

TIME SINCE DEATH

anggaran masa kematian berdasarkan keadaan mayat

SUHU

-kiraan dari 37.5 darjah celcius

-suhu menurun 1.5 darjah celcius setiap sejam

-Kiraan sehingga suhunya sama dengan suhu persekitaran

-Tapi suhu akan turun lebih lambat jika mayat dalam keadaan sejuk / terendam dalam air/ais.

TUBUH MENGERAS (rigor Mortis)

-kerana kurang oksigen dan darah

-Tidak berlaku jika suhu persekitaran amat rendah

-Berlaku cepat pada otot yang aktif sebelum kematian

-Kurang tepat jika kematian telah lama


30 minit hingga 3 jam

-kekuan pada kelopak mata dan rahang

6 jam hingga 12 jam

-kekuan seluruh tubuh

13 jam hingga 19 jam

-Jasad mula melembut

MATA

-bola mata berselaput dalam tempoh 3 jam selepas kematian

-Bola mata menjadi lembut akibat kekurangan tekanan bendalir di belakang mata

-Kurang tepat jika kematian selepas 3-4 hari

WARNA KULIT

-Menunjukkan 48 jam ke atas

-Kulit kehijauan kerana pembiakan bekteria

-Ketara di bawah perut seterusnya ke tangan dan kaki

-Kira-kira 4 hingaa 7 hari warna kulit seakan-akan marmar, kerana pembuluh darah lebih dekat dengan permukaan kulit

TOMBOKAN DARAH (Hypostasis)

-proses ini lengkap selepas 6 jam kematian

-Warna pink dan kemerah-merahan

-Kerana darah berhenti mengalir dan bertakung di bahagian bawah badan.

SISTEM PENGHADAMAN

-Untuk mengetahui kali terakhir mayat makan (masih hidup)

-1) suap – kunyah -masuk ke kerongkong – sampai ke perut

-2)Lepas 3 jam makanan meninggalkan perut menuju ke usus kecil

-3)selepas 6 jam makan separuh jalan di usus kecil (menuju ke usus besar)

-Jika usus kecil mayat kosong bermakna si mati makan lebih kurang lapan jam sebelum kematiannya

-Proses pencernaan biasalah lebih dari 1 hari

-Namun kesan mungkin berbeza jika si mati berpenyakit, mengambil cecair, rasa takut atau makan ubat.




Serangga bagitau masa kematian

Posted: September 29, 2010 in Uncategorized

TIME OF DEATH

kerja forensic

-jika jumpa mayat, jangkamasa kematian dianggarkan berdasarkan serangga seperti berikut :-

0 – 3 hari

Blowflies or bluebottle flies

Syrphidae or syrphid flies

4-7 hari

rove beetles

fly larvae

8 – 18 hari

cockroaches

flies and kumbang (beetles)

19-30 hari

mites

acari

Nematocera

Brachycera

springtail beetle

PRESIDEN URUGUAY HANYA ADA VOLKSWAGEN BEETLES (1987)

 

Jose Mujica and his dogs outside his home

– Sukar jumpa gambo dia pakai smart, tie lagi ler dhok jhompe…

-Uruguay President (1 Mac 2010)

-lahir 20 may 1935

-14 tahun dalam penjara       -Dibebaskan pada 1985

Pte. Mujica driving his old blue Fusca (Photo El Pais)Mujica

-Harta yang diistiharkan ketika menjadi presiden cuma sebuah kereta Volkswagen Beetle (1987) USD1,900.00(RM6,460)       -didapati gagal membayar road tax (anggaran USD1,500) dekat-dekat harga kereta dah.

-Tiada Kredit kad      -tiada akaun bank

 

 

-sebuah rumah dan sebidang kecil tanah (kebun bunga), traktor dan peralatan berkebun atas nama isterinya.  Dulu presiden bekerja menanam bunga, isterinya adalah majikan beliau.

-beliau masih tinggal di kebun bunga milik isterinya, masih menanam bunga jika ada masa lapang.  Rumah presiden telah diubahsuai untuk keselamatan.  Mereka menjual bunga di pasar berhampiran.

-Gaji President USD11,900 (RM40,460.00)    -70% derma kepada parti, pergerakan poitik dan dana kecemasan bantuan perumahan    -baki yang diambilnya USD1,500.00 (RM5,100.00)

-Beliau dan isteri sering kelihatan berjalan-jalan atau minum di kedai kopi berhampiran rumahnya tanpa kawalan keselamatan yang ketatbersama isteri

Isteri Lucía Topolansky juga pernah dipenjarakan

-tidak ada anak

-Timbalan beliau Danilo Astori mengistiharkan harta sebanyak USD250,000.00 (RM0.85 juta) dengan kereta yang bernilai hampir 10 kali ganda daripada nilai kereta Presiden.

-Mujica was born 20 May, 1935 to Demetrio Mujica, of Basque ancestry and Lucy Cordano of Italian descent

-former guerrilla leader

-has no bank accounts or other assets

-No credit card

-his small flower farm is in his wife’s name, First Lady who formally owns the farm, tractor and other equipment for growing flowers, which they sell at the local market.

-the 23 year old car is all he owns according to his sworn declaration but failed to pay tax on it until 2010, and when he did, the bill was some $1,500 – almost as much as the car is worth.

-Mr Mujica earns 227,800 pesos ($11,900) a month as president, but donates 70 per cent of it to his party, political movement and Uruguay’s housing emergency fund which leaves him with 1.500 US dollars approximately

-his release from jail in 1985 after 14 years in jail

-Once elected president in November 2009 he anticipated he would remain living at the farm which had to undergo some reforms for securityreasons.

-They have no children and live on an austere farm in the outskirts of Montevideo, the country’s capital

-Whenever he has free time Mujica loves to get back on the tractor and de-stress himself as he likes to refer to his farm life.

-Vice President Danilo Astori declared assets of 250.000 US dollars which include a house in one of Montevideo’s middle class quarters, a Volkwagen Confort model and two bank accounts.

-The president’s home is in his the name of his wife, Lucía Topolansky who was also imprisoned

-He and his wife have reluctantly had to curtail their walks near their home since Mr Mujica became president, but still his down-home style persists. He has been seen eating and drinking a coffee in Montevideo cafes without heavy security and his foreign minister goes to work on the bus.

-“Just tell the world we’re different,” he told AFP in March, shortly after taking office, when he was spotted having lunch in a local bar.

Klik untuk melihat salinan dokumen pengistiharan harta presiden / copy of declaration document

President Mujica's VW Beetle


http://www.jutep.gub.uy/adjuntos.php?documentoid=2008&articleid=320

Mahmoud Ahmadinejad is a simple man

Posted: September 28, 2010 in Uncategorized

Fahaman syiah.  Namun sifat rendah diri beliau… memang hebat

-masa mola-mola dia masuk opis, leh sbb kapet tebal sgt kat pejabat, presiden suruh bukak antaq ke masjid terdekat, pastu beli karpet yang morah sbgai ganti

-Presiden mengistiharkan hartanya bermula dengan sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah berusia 40 tahun yang diwarisai dari bapanya di suatu perkampung miskin di Tehran dan akaun bank berbaki RM 0.00 (akaun bank dia macam akaun bank aku ujung2 bulan.  kira aku pun cam president gak laa)

-Presiden menetap di suatu perkampungan miskin di Tehran. Tiap-tiap pagi perdana menteri ni cuci longkang depan rumah dia, tapi atas nasihat pegawai keselamatannya dia akhirnya berpindah ke kediaman rasmi Perdana Menteri atas faktor keselamatan.

-bila staf majlis perbandaran kutip sampah depan rumah atau opis, biasanya presiden Iran ni akan joint sekali kutip ngan mereka

-Dia juga suruh ubahsuai kapal terbang peribadi presiden jadi kapal kargo, leh bawak barang, jimat duit.  dia nak pi mana-mana beli tiket kelas ekonomi, katanya takyah membazir.

-dia tak penah pun ambik gajinya sebagai pendana menteri, dia cuma guna gajinya sebagai pensyarah (USD250.00 sebulan).  Gajinya didermakan kepada Perbendaharaan negara.  Katanya hak rakyat dia cuma penjaga.

-tak pernah pakai tie pun, ker tak reti nak ikat.

-President ke 6 pada 24 Jun 2005

-lahir pada 28 Oktober 1956

-Bapanya Ahmad  adalah tukang besi, pekedai runcit, tukang cukur dan mengajar al-Quran

-Khanom -Ibunya dikatakan berketurunan Nabi Muhammad saw

-Phd dalam bidang Kej Awam dan perancangan sistem lalulintas dan pengankutan -Universiti Teknologi & Sains Iran di Tehran

-kalo tak silap gambo ni diambik curi-curi oleh adiknya

-Presiden tidur atas lantai.  Kalo kat hotel dia tak minta tilam yang empuk.

-Anak ke 4 dari 7

-berkahwin -mempunyai 3 anak -2 lelaki

-sidang akhbar

-Setiap hari dia bawak 1 beg ke opis, rhope-rhopenya dalam briefcase dia ada bekal.  Dia telah membatalkan semua makanan rasmi yang dijadualkan untuk Perdana Menteri

-tak rhoper perdana menteri pun

-lantang mengkritik dasar Amerika, Britain dan israel.

-Presiden menutup pejabat pengurusnya, katanya “takyahlah pakai manager, nak jumpa masuk jer terus bila-bila pun.”

-presiden juga memberhentikan semua jenis majlis seperti red kapet, sesi bergambar dan iklan-iklan sbb nak jimatkan duit negara.

-born 28 October 1956

-Father – Ahmad

-Mother – Khanom (believed to be direct bloodline descendants of the Nabi Muhammad)

-4th son of an ironworker who had 7 children

-Iran sixth president since 24 June 2005

-as an undergraduate student of civil engineering (IUST)

-He took his PhD (1997) in Civil engineering and traffic transportation planning from Iran University Of Science and Technology located at Tehran

-An engineer and teacher from a poor background

-He is an outspoken critic of the Us, Uk and Israel

-His father, Ahmad, was an ironworker, grocer, barber, blacksmith, who taught the Al-Quran

-Ahmadinejad is married with two sons and a daughter

-As president, he wanted to continue living in the same house in Tehran his family had been living in, until his security advisers insisted that he move

-1st of all he declared himself all the big wealth and property he owned was a Peugeot 504 car model 1977 an old small house inherited from his father forty years ago in one of the poorest zone in Tehran.

-his account with a zero balance and the only money comes in to his account was from his salary from the university as a lecturer with amoun USD250 only.

-He even doesn’t take his personal salary with argument that the wealth belongs to the nation and he is safeguard over it.

-changed the president aircraft to a cargo in order to save the spending money from public treasury and he ordered that he will be flying with the ordinary airline in the econ0mic class.

-He closed down the office of the manager of the president and any minister can enter to his office without any permission.

-He also stopped the welcome ceremonies like the red carpet the photo session or any personal advertisement.

Udang kering

Posted: September 27, 2010 in Uncategorized



Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”

Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.

Rasulullah SAW ada bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram…” (H.Riwayat Bukhari dan Muslim).

Daftar sekarang

Posted: September 27, 2010 in Uncategorized



“City of Entertainment”

Posted: September 27, 2010 in Uncategorized

Top-10 casinos by number of employees

This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.

Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.

As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.

The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.

The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.

Top-10 largest casinos by number of employees
kedudukan 10 kasino berdasarkan bilangan kakitangan
1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
7.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Genting Group
Genting Group logo.gif
Type Public
Industry TourismResortsGamingPlantationsPower GenerationOilGas
Founded 1965
Headquarters Kuala LumpurMalaysia
Key people Tan Sri Lim Goh Tong (Founder),Tan Sri Lim Kok Thay (CEO), 

Tun Mohammed Hanif bin Omar (Deputy Chairman)

(Bekas Ketua Polis Negara ke 4  dari 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994)

Revenue 85.4 billion MYR (December 2009) US$25.1 billion
Employees 58 000 globally
Parent Kien Huat Realty Sdn Bhd
Website http://www.genting.com

Kumpulan Genting (Genting Group) (MYX3182) ialah sebuah perbadanan multinasional yang terkenal di Malaysia. Ia terdiri daripada Genting Berhad dan syarikat subsidiarinya. Kumpulan ini merupakan syarikat utama yang bertanggungjawab membangunkan Genting Highlands.

Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Kini, anak Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berha

-6,000 kaki di atas paras laut

-29 restaurants

-Taman tema seluas 200,000 kaki persegi

-6 hotel dengan jumlah bilik terbanyak di dunia 6000 unit

Source: Casino City, Wikipedia, Tranungkite forum

Penyamun pun tau camna susahnya nak dapatkan duit.

so dia menasihatkan supaya jangan kita dok buang duit kat kedai game

penyamun pun tak jimat cermat dan bagi ceramah

hebat penyamun ni, dan lagi spent 15 minit berceramah sebelum melarikan diri

Aku agak laa penyamun sekarang pun kena kursus dulu kot baru dapat lesan, pas tu daftar ngan Persatuan penyamun cawangan berdekatan

mengkin tazkirah lepas ni pasal jangan bazirkan duit ngan rokok.

2010/09/27

ALOR SETAR: Seorang penyamun sempat ‘berceramah’ mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Setar.

seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan. Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu.

“Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar.

“Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

Kalkulator perbelanjaan untuk rokok

Posted: September 24, 2010 in Uncategorized

calculate your smoking cost

Klik dan kira perbelanjaan rokok anda dari mula hingga sekarang

budget_calc.asp