Archive for April, 2012

Ramli akan fail saman ke atas Gani, Musa, SPRM

Hafiz Yatim
1:35PM Apr 22, 2012

Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.

Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.

Katanya, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya, ketika beliau berada di luar negara.

“Sesetengahnya tidak tepat,” katanya yang berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

“Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan,” katanya.

Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi.

PM: Tribunal siasat AG tak akan ditubuhkan

Abdul Rahim Sabri
12:26AM Mac 24, 2012
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

“Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan,” katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan

3:49PM Apr 22, 2012
Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di Alor Setar tidak mempunyai lesen sah perniagaan.

Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira pukul 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen.

Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu.

Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis.

“Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam (kenderaan) Pajero sampai ke balai,” kata Lay kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja.

“Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan,” katanya.

– Bernama

Kes polis tembak pemandu teksi selesai

4:25PM Apr 17, 2012
Satu kes saman cuai yang difailkan seorang pemandu teksi yang cedera di kedua-dua kaki akibat ditembak anggota polis terhadap kerajaan, hari ini selesai selepas kedua-dua pihak mencapai
persetujuan penghakiman.

Dalam kes itu, pihak defendan bersetuju membayar RM33,000 kepada Yeow Leong Kang, 43, sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

Pada 9 November 2011, Yeow memfailkan saman itu terhadap detektif L/Kpl Norhesham Mohd Nor daripada bahagian siasatan jenayah narkotik, ibu pejabat polis daerah Cheras dan kerajaan Malaysia memohon ganti rugi berjumlah RM214,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Unaizah Mohd merekodkan persetujuan penghakiman itu ketika kes itu disebut di hadapannya.

Unaizah berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penyelesaian dengan terma-terma persetujuan tanpa pengakuan liabiliti daripada kedua-dua defendan.

Yeow diwakili peguam Lim Lip Eng yang juga anggota Parlimen Segambut, manakala defendan diwakili peguam persekutuan Nur Aqilah Ishak.

Yeow memberitahu media bahawa beliau tidak mempunyai kecederaan kekal tetapi mempunyai parut kekal di kedua-kedua kaki dan masih memandu teksi.

Dalam pernyataannya, lelaki itu mendakwa pada 4.30 petang, 23 September 2010, ketika beliau berada di dalam teksinya yang berhenti berhampiran Pejabat Pos Jalan Pudu, anggota polis terbabit telah melepaskan tembakan ke arah kakinya tanpa sebarang amaran dan alasan.

Yeow berkata beliau dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia selama tiga hari dan akibat tembakan itu, beliau telah mengalami kesakitan di kedua-dua kakinya serta pergerakannya terjejas.

– Bernama

Bekas polis kanan dakwa AG perguna SPRM

Hafiz Yatim
6:39PM Mac 1, 2012
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

ramli yusuff asset declare case 120310 04Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan ‘Along’, loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

“Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap “rahsia tertinggi” dan kes yang amat sulit.

“Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan,” katanya dalam ucapan tersebut.

“Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

NONE“Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat,” kata Ramli.

“Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

“Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi,” kata Ramli lagi

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

Hafiz Yatim
7:35AM Mac 12, 2012
Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor – telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu “menyusunkan semula” beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung” dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar “Cicero”) dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail ‘Cicero’ apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

Sin Chan berdialog dengan cikgunya

Posted: April 24, 2012 in Lawak

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, “Sekolah di hadapan, jalan perlahan.”

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan “BUAYA”?
Sin Chan: “B-O-O-W-A-Y- A”
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: “HIJKLMNO”!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika
Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika
Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: “Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?”
Sin Chan: “Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.”

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh. Saya pun hairan kerana
terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama di rumah!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak “Anjing saya” adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!