Pilot India peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama Malaysia dilindungi awan

Posted: February 18, 2011 in Fakta pelik, Islam
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT
Oleh husamjr
source :
 

Sekadar perkongsian cerita… 

—————————————————————–

Seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian aneh empat tahun lalu.

menurut beliau,kejadian itu berlaku semasa beliau ditugaskan untuk membuat 1 penerbangan ihsan bagi menghantar jenazah seorang ulamak terkenal tanahair dari Kuala Lumpur ke sebuah negeri di Utara tanahair.

dari penceritaan,beliau amat takjub kerana sepanjang perjalanan,pesawat itu dipayungi oleh awan sedangkan pada waktu itu cuaca panas terik dan ini disaksikan juga oleh krew-krew lain dalam pesawat itu.

“itulah ana paling takjub.Ana anya kawan2 ana,mereka juga kata tak pernah alami kejadian sepertu itu.Masya Allah! awan sentiasa payungi pesawat yang bawa allahyarham daripada terkena terik matahari ” kata beliau.

“ana tahu,jenazah yang ada dalam pesawat itu seorang ulama.Ulama ini membuat kerja2 dakwah,suruh orang berbuat baik,jauhi mungkar…tiba2 hati ana terdetik,ulama ini seorang Islam.Ana lihat ada kebenaran dalam Islam.” katanya lagi

“selepas tengok awan pelik dari mula sampai akhir penerbangan,ana beritahu rakan Muslim dalam pesawat,ana nak masuk Islam,ana betul2 kagum dengan kebesaran Allah ujar bekas pilot itu lagi yang sebelumnya tidak pernah terfikir untuk menukar agama nenek moyangnya.

Menurut wartawan yang menulis artikel ini,sebenarnya beliau juga merupakan seorang sukarelawan dan turut membantu menguruskan jenazah ulama terkenal itu sebelum dibawa menaiki pesawat.

wartawan tersebut menceritakan kepada bekas pilot itu yang dia turut menyembahyangkan jenazah almarhum yang meninggal akibat serangan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Jenazah dimandi dan di kapankan di hospital sebelum dibawa ke Surau Al Mustaqimah,Bandar Tun Razak untuk disembahyangkan.

Ketika itu beliau melihat ribuan orang datang dari setiap pelusuk negara dan sama2 memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.Beliau juga memberitahu kepada bekas pilot itu yang beliau amat takjub apabila melihat bilangan orang yang hadir sangat ramai sehingga terpaksa bersesak sesak berdiri.

Wartawan itu juga mengatakan yang beliau amat terasa bangga a[abila melihat jenazah turut di iringi anggota polis ke pangkalan TUDM Subang.

Mengikut wasiat ,almarhum mahu jasadnya disemadikan di madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahirannya..

(dapatkan berita penuh dalam majalah Mastika keluaran Julai 2008)

# siapakah Almarhum?

kalau tak salah tok dari penceritaan tersebut  beliau adalah Almarhum Ustaz Haji Fadhil Noor (bekas Presiden PAS dan ABIM) yang disemadikan di sebelah Madrasah Darul Ulum ,Pokok Sena,Kedah

AL- FATIHAH….

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR!


100,000 ziarahi jenazah Presiden PAS di Darul Ulum
ALOR SETAR, 24 Jun (Hrkh)– Lebih 100,000 membanjiri kawasan Muassasah Darul Ulum Pokok Sena bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden PAS Allahyarham Dato� Haji Fadzil Mohd. Noor malam tadi.

Orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk negara mula membanjiri Muassasah Darul Ulum pada jam 12 tengahari sebaik sahaja mendapat berita yang menyedihkan itu dan jalan yang menuju ke Muassasah dari Alor Setar mulasesak pada jam 3 petang. Selepas itu jalan duahala sejauh kira-kira 20 km itu penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke situ dan beribu-ribu kenderaan terkandas sehingga jam 11 malam malam.
Menurut penduduk sekitar Pokok Sena, inilah kali pertama berlaku dalam sejarah jalanraya menuju ke pekan itu sesak.

Akibat dari kesesakan itu beberapa pimpinan PAS termasuk Mussyidul Am PAS Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Dato� Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Ustaz Nasaruddin Md. Isa terpaksa dibawa dengan motosikal sejauh kira-kira 6 km ke Muassasah Darul Ulum.

Sementara itu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas kira-kira lima ribu orang telah mula menunggu ketibaan jenazah Ustaz Fadzil sejak jam 1 tengahari.

Pemimpin PAS yang menunggu ketibaan jenazah beliau di sini ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Awang dan Ustaz Idris Omar yang tiba pada jam 4.30 petang dengan pesawat MAS, Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Tuan Haji Mustafa Long, Timbalan Pesuruhjaya Dato� Haji Mohd. Muslim Othman, Ketua Penerangan Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Azmin Ali.

Manakala antara pemimpin Umno yang turut berada di situ ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato� Zainal Abidjn Zain, Menteri Besar Perlis Dato� Seri Shahidan Kasim dan Exco Kedah Rosnah Majid.
Jenazah Ustaz Fadzil yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba bersama pimpinan PAS pada jam kira-kira 5.30 dan terus dibawa ke Muassah Darul Ulum dengan ambulan milik Pusat Khidmat Wakil Rakyat PAS Kawasan Pendang.

Jenazah beliau yang diiringi kereta peronda polis telah tiba di Muassasah di bawa ke rumah beliau untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum di usung ke dalam musolla yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Di dalam musolla tersebut, jenazahnya di tempatkan ditengah-tengah musolla untuk memberi peluang kepada ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin PAS itu.

Pada jam 9.00 malam jenazah beliau telah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan bacaan talkin disempurnakan oleh Sheikh Mohammad Abdullah.


Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

——————–

Senyum itu penawar duka….

source :http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12265.0

Comments
  1. ALLAH MAHA BERKUASA…

  2. Kim Lam-jyo says:

    I wonder apa reaksi pelancau2 Umngok.

    Huhuhu

Leave a comment