Archive for November 9, 2013

 

 

 

 

Seorang sahabat mengadu pada Baginda Rasulullah saw tentang hatinya yang tidak tenang,

 

Kemudian Baginda Rasulullah saw bersabda:

 

“Berilah makan pada fakir miskin, tunaikan hajat orang yang memerlukan, bantu keperluan orang lain dan usap kepala anak yatim”

 

Hadis Riwayat Imam Ahmad

 
 

 

Begitulah cara untuk melembutkan hati dan mencari ketenangan.

 

Rasulullah saw bersabda:

“Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling banyak manafaat dan faedahnya kepada orang lain”

 

Jika kita menggembirakan hati orang lain, maka kita adalah orang yang Allah peluk dalam kasih sayangnya.

 

 

 

 

Rasulullah bersabda:

 

“sesiapa yang membantu orang lain, melangsaikan hutangnya atau mengatasi kesulitannya atau menyelesaikan masalahnya, maka itu lebih baik dari sebulan beriktikaf di Masjid Nabawi”

 

 

 

 Wallah hu aklam

Sources :Khutbah Jumaat Masjid UTM KL 8 Nov 2013

1 hari seorang lelaki masuk ke dalam masjid dalam keadaan berwuduk dengan janggut yang masih basah.

 

Apabila melihat lelaki ini Baginda Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat di sekeliling baginda dengan berkata :

 

“Telah masuk seorang Ahli Syurga”

 

 

Pada hari kedua lelaki tersebut sekali lagi masuk ke dalam masjid dalam keadaan berwuduk dengan janggut yang masih basah.

 

Apabila melihat lelaki ini Baginda Rasulullah saw sekali lagi bersabda kepada para sahabat yang sedang berada di sekeliling baginda dengan berkata :

 

“Telah masuk seorang Ahli Syurga”

 

 

Kali ketiga pun Rasulullah saw bersabda dengan kata-kata yang sama.

 

 

Kerana ingin mengetahui rahsia lelaki yang telah dijanjikan syurga ini, ada antara sahabat yang mengintip rahsia amalan lelaki ini dengan menumpang tidur dirumahnya.

 

Walaubagaimana didapati lelaki ini hanya beribadat seperti orang biasa sahaja, rupa-rupanya dia setiap kali hendak tidur akan berkata “dengan ini aku mengampun semua dosa-dosa orang Islam kepadaku kerana Allah swt”