Baginda Rasulullah bercerite
Di Akhir zaman
Ada 2 pasukan tentera, di
1) Syam (Syria)
2) Yaman
Sahabat bertanya:
Dimanakah sebaik-baik tentera untuk kami sama-sama berjuang
Baginda menjawab :
Sebaik-baik tentera adalah di Syam, Malaikat melebarkan sayapnya kerana barakah bumi ini
Sesungguhnya Iman berkumpul di Syam di zaman fitnahnya
Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).”
by Syaikh Muhammad Arifi
Riwayat Abu Daud, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang!”, maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”.
by Syaikh Nabil Al-Wadhi
maksud 80 bendera = 80 negara.
Perang romawi dan Islam sangat dahsyat, daging di merata-rata tempat
Riwayat Abu Daud, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Iman dan keberanian jiwa bawa kemenangan pada mereka, lalu keluar pasukan tentera itu dari ‘Madinah’ (bukan Kota Madinah tetapi ditafsirkan sebagai Damascus (Damsyik, Syria)). Keluar mereka adalah sebaik-baik manusia pada zaman itu”
Riwayat Abu Darda, Baginda Rasulullah SAW bersabda tentang Kejadian di Dabiq :
“Benteng kaum muslimin di hari perang dahsyat (Malhamah) adalah Chuttah (Daerah dekat Damascus/Damsyik, kota terbaik di Syria).
Muncul seorang dari keturunan Nabi, namanya seperti Nabi (MUhammad), nama bapanya seperti nama bapa Nabi (Abdullah)
by Syeikh Abdul Nafi Rifai
Baginda Rasulullah SAW gambarkan perang Malhamah sebagai
– Amat dahsyat
– Daging di merata-rata
– 1/3 mukmin lari dari perang
– 1/3 syahid
– 1/3 menang sebagai sebaik-baik tentera
By Sheikh Muhammad Arifi
dari Imam Ahmad bin Hanbal, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Akan datang pada kalian
1) Zaman Nubuwwah, kemudian
2) Zaman Khalifah di atas Sunnah Nabi, kemudian
3) Zaman kerajaan menggigit (Daulah Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah), kemudian
4) Zaman kerajaan memaksa -penguasa berkuasa, paksaan guna tentera, senjata etc, dan
5) Kembalinya zaman Khalifah
By Dr Thariq Suwaidan