Ramli akan fail saman ke atas Gani, Musa, SPRM

Posted: April 24, 2012 in police

Ramli akan fail saman ke atas Gani, Musa, SPRM

Hafiz Yatim
1:35PM Apr 22, 2012

Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.

Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.

Katanya, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya, ketika beliau berada di luar negara.

“Sesetengahnya tidak tepat,” katanya yang berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

“Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan,” katanya.

Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s