Ilmu Tuhanku

Posted: February 14, 2012 in fakta menarik, Fakta pelik, Islam dan Sains

Askm,

Saya perlukan maklumat berbentuk fakta untuk persoalan berikut yang di ajukan oleh kawan saya seorang ateis, bukan melayu. Beliau dalam pngajian PHD di universiti tempatan. Beliau hanya mahukan fakta yang boleh dibuktikan. Harap ada yg apat membantu. Sama-sama kita berdoa semoga dia beroleh hidayah dari Allah.

If god make this world, then why he make it as a unhappy one?
Why disaster happening in this world, is it to reduce the population or what ?
what a small kids do, they also been killed or born with disabilities why ?
If god knows everything then why cant he stop the terrorism or killing or raping happening?
What god did for the people who believe him ? he also make troubles for them too? if you said giving trouble for the believer is to make them shine or he want to make the believer worst?
what if they get lose of any family person who loved once?

Salam,

(Pendapat peribadi aku laa)

Cuba tanya dia, kalo tak ada sedih, bolehkah ada gembira?
kalo tak ada org yg kalah, bolehkah ada org yg menang?
kalo dia tak hidup, bolehkah dia mati?
no pain, no gain.
kalo dia seorg diri, bolehkah dia mempunyai anak?
kalo tak ada negatif, macammana nak ada positif.

itu kelemahan manusia, fikir hanya sebelah,
sedangkan kebijaksanaan tuhan, mencipta sesuatu lengkap agar alam ini boleh wujud/bergerak

Pendapat aku,
Allah = kuasa mutlak
Allah = ciptakan hukum (agar alam ini wujud/bergerak)

contoh : permainan bolasepak
Hukum : bola masuk ke jaring, dikira 1 , sebelah pihak lagi dikira 0.
bayangkan kalo hukum ini tiada. (masuk gol atau tidak tetap dikira 0)
maknanya : permainan bola tak akan wujud,
kerana ; – pemain tak mengejar bola utk jaringkan gol,
– penjaga gol tak perlu tangkap bola
– penonton tak terhibur, kedai kopi tak meriah, astro tak ada saluran
sport, stadium kosong, penyokong tiada, EPL tak wujud, byk lg
berjuta-juta kesannya

kalau ada hukum kesannya: ada yg kalah, ada yg bersedih, ada yg menang,
ada yg gembira,
kenapa tak buang hukum ini : agar tak ada org yg kalah, tak ada org yg
sedih,
Kesannya: tak ada org yg menang, tak ada org yg gembira,
Kesan yg lebih besar : permainan bolasepak tidak akan wujud.

Sekarang, balik kepada alam,
Tolak 1 hukum iaitu : graviti menyebabkan semua makluk dibumi jatuh ke tanah, cuba bayangkan apa yg terjadi.

adakah tuhan patut hilangkan hukum graviti semata2 nak jaga penumpang dalam kapal terbang yg terhempas, kesanya lebih teruk dr yg apa yg kita jangkakan.

Hukum yg diciptakan, mahu tidak mahu mesti ada negetif, supaya wujudnya positif,
mahu tidak mahu mesti ada yg kalah, supaya ada yg menang,
mesti ada yg sedih, supaya wujudnya gembira,
bencana alam wujud kerana hukum alam ciptaan tuhan, tujuan untuk elak bencana yg lebih besar,

contoh: bencana kapal terbang terhempas mesti wujud,
Tujuan: agar manusia boleh hidup dibumi dgn adanya graviti

bayangkan kalau tuhan hilangkan rasa lapar dari diri kita, mgkin ada yg mati terlupa makan.

Ilmu Allah itu amat luas, tak hairan jika semua pokok dijadikan pen, semua air laut dijadikan dakwat, tak akan habis menulis ilmu Allah. kerana…
setiap ciptaanya punya hukum,
setiap hukum memberi berjuta-juta kesan kepada alam,
dari sekecil-kecil hati kuman hingga ke sebesar-besar matahari
semua punya hukum yg sempurna, agar alam ini seimbang
semua ini adalah ilmu Allah yg sgt luas utk difikirkan oleh manusia

Kesimpullah
Setiap benda mesti berpasangan
Tujuan : agar wujud keseimbangan

contoh:
Hidup pasangannya mati
sedih pasangannya gembira
siang pasangannya malam

bayangkan kalau tidak berpasangan, apa akan jadi?
jika anda hidup tidak berpasangan, apa akan jadi?
jika ayah anda dulu hidup tidak berpasangan, apa akan jadi?

dan pasangan pada semua makhluk yg ada di alam ini adalah Allah penciptanya.

Tapi Allah tidak boleh dilihat,
sama sperti elektrik, tidak boleh dilihat, tetapi ia wujud, tak caya cuba pegang..

Allah menciptakan kuman denggi, di dalam sekecil-kecil tubuh seekor nyamuk,
tetapi manusia yg besar gedabak yg mati kerana kuman tersebut. Nyamuk rileks jer,

bila Allah menciptakan buah pinggang, ia hanya sebesar penumbuk yg duduk didalam tubuh manusia,
tatapi bila manusia menggantikannya dgn mesin dialisis, ia hampir sebesar manusia.

Dia yg menciptakan hati kuman, adalah zat yang menciptakan matahari

nukilan,
hamba lemah,
(sekadar pandangan peribadi, segala yg baik dari Allah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s