Mimpi ngeri ibu bapa yang anak ditahan EO

Posted: April 29, 2011 in Berita Malaysia

Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka diheret dan ditangkap ketika keheningan suboh tanpa peluang membela diri di mahkamah. Pengalaman seumpama itu parti meretakkan seluruh keluarga yang terbabit.

Lebih-lebih lagi apabila mendapati mereka yang dipertanggungjawab menegakkan undang-undang membelasah anak-anak mereka semasa dalam tahanan bagi memaksa mereka mengaku jenayah yang tidak dilakukan mereka.

Keperitan ini yang didakwa dilalui oleh tiga pasangan ibu bapa apabila polis mengetuk pintu rumah mereka dan mencekup anak-anak mereka yang berusia 19 dan 21 tahun mengikut Ordinans Darurat (Ketenteraman Awam dan Pembasmian Jenayah) 1969, yang membenarkan tahan tanpa dibicarakan.

NONEMalah pelajar terbaik Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang yang mencatatkan keputusan CGPA 3.53 tidak terkecuali. Mohd Faiz Sarparim, 21, dicekup di depan ibunya, Hamizai Ismail, pada hari pertama bulan Ramadan tahun lalu dari rumah mereka di Kemaman.

Seorang lagi pasangan ibu bapa, Tuan Wok Badariah Tuan Mat (kanan) juga dari Kemaman, menyaksikan anak lelakinya yang berusia 20 tahun diheret dari rumah mereka pada awal pagi pada Ramadan yang lalu. Alasan yang diberikan adalah beliau merupakan saksi dalam ke mencuri motosikal tetapi kemudiannya ditahan mengikut EO.

Pasangan ketiga, pemandu lori Abu Samah Ab Rahim (bawah, kiri), 49, dan Maznah Yusof, 41, dari Selayang juga mengalami nasib yang sama apabila anak kedua mereka Muhamad Arif Abu Samah ditahan dari rumah mereka pada 8 Mac tahun ini dalam keadaan yang hampir sama.

NONEKetiga-tiga pasangan ibu bapa itu menceritakan pengalaman mereka kepada pertubuhan Lawyers for Liberty dan Suaram pada sidang media yang diaturkan hari ini.

Menurut mereka pihak berkuasa tidak sewajarnya menggunakan taktik seumpama itu untuk menahan anak-anak mereka tanpa dibicarakan dan mendakwa semua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

Semua ketiga-tiga pasangan sepakat, bahawa jika anak mereka bersalah, mereka sepatutnya didakwa didakwa di mahkamah dan bukannya direman oleh polis dan apabila gagal mendapatkan bukti menggunakan EO untuk melanjutkan tahanan mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/162735

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s