Ibu Aminulrasyid cuba ‘bersihkan’ nama anaknya

Posted: April 29, 2011 in Berita Malaysia
Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.NONE“Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad (kanan).Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang “penjenayah”.

Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.

“Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

NONE“Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis,” kata Norsiah.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (kiri) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda.

http://www.malaysiakini.com/news/162781

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s