Kes ‘belasah’ peniaga: Konstabel ‘hilang’ didakwa

Posted: January 28, 2011 in Uncategorized

Seorang anggota polis hari ini mohon dibicarakan berhubung pertuduhan membuat laporan palsu dengan niat mencederakan seorang ahli perniagaan, Chia Buang Hing pada 18 Disember lalu.

Konstabel Norzali Rosle, 25, dari Balai Polis Kota Damansara didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 211 Kanun Keseksaan iaitu membuat tuduhan palsu sehingga mendatangkan bencana yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

NONENorzali mendakwa Chia (kiri) memiliki 0.01g heroin dan mempunyai sebilah parang.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan wang jaminan sebanyak RM2200 dan ia dijelaskan oleh ibu tertuduh.

Timbalan pendakwa raya Amirah Mohamed Yusof pada mula mahu jaminan dikenakan pada RM3000 tetapi peguam bela, Suresh Singh merayu supaya jumlah ditetapkan pada RM1500, kerana tertuduh, sekrang digantung jawatan dan ibunya hanya seorang suri rumah.

Suresh juga berhujah tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Kota Damansara pada setiap Isnin dan Khamis.

Norzali adalah antara lima orang yang sebelum ini didakwa kerana memukul Chia.

Rabu lalu, waran tangkap dikeluarkan ke atas Norzali apabila beliau gagal muncul di mahkamah.

NONEHari ini, peguamnya berkata berkata waran tangkap itu dikeluarkan pada minit terakhir dan tertuduh ketika itu berada di luar Kuala Lumpur.

Chia sebelum ini, mendakwa dia dibelasah oleh beberapa anggota polis yang juga merompak ribuan ringgit daripadanya selepas mereka menahannya kerana memandu tanpa cukai jalan pada 18 Disember.

sumber malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/154716

Norzali kemudiannya dibenarkan meninggalkan mahkamah mengikut pintu laluan yang digunakan oleh majistret.

Menurut peguam Chia, – Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut, tindakan itu jelas membuktikan dwi standard terhadap sistem perundangan negara.

“Sepatutnya, jika jaminan dibenarkan, tertuduh mesti dibawa ke bilik lokap. Semua orang sepatutnya sama taraf mengikut undang-undang tetapi dia dibenarkan keluar melalui pintu majistret,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s