Polis: Tak salah tembak kereta dipandu Aminulrasyid

Posted: December 30, 2010 in Uncategorized

Pendakwaan hari ini menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun selesai memberi keterangan.

Latifah kemudian menetapkan 28 Jan depan untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pendakwaan.

Di kandang tertuduh ialah Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Zainon, seorang detektif yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau diarahkan pegawal penyiasat awal kes itu, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin, untuk mencari penunda bagi membawa kereta yang dipandu Aminulrasyid ke IPD berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat nama syarikat yang menunda kenderaan tersebut.

Mahkamah turut mendengar keterangan pegawai penyiasat kes ASP Abdul Halim Ismail yang menyambung keterangannya hari ini bahawa dari segi perundangan, tidak salah bagi anggota peronda menembak belakang kereta yang dipandu Aminulrasyid sewaktu kejadian, jika tidak ada cara lain bagi menghentikan kereta tersebut.

Beliau berkata dalam kes ini, mangsa telah melakukan banyak kesalahan, antaranya memandu secara laju serta berbahaya, dan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara D22, anggota polis trafik dibenarkan menggunakan senjata api jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, jika kereta yang dikejar atau dipintas tidak berhenti, polis akan menganggap kenderaan itu dipandu penjenayah.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s