Serangan Jepun di Tanah Melayu

Posted: November 24, 2010 in Sejarah Malaysia, Uncategorized

Kamikaze calar ego BritishOleh Nasron Sira Rahim ([email]nasron@bharian.com.my[/email])

[b]Tentera Jepun berbasikal paksa askar Punjabi, Inggeris berundur[/b]

[table=98%][tr][td]
[/td][/tr][/table][table=98%][tr][td]
[/td][/tr][/table]
[img]http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8dimen11a.jpg[/img]
揂SKAR Jepun menyerang! Askar Jepun menyerang!� jeritan lantang seorang askar Punjabi yang menjadi pengawal British di Pantai Padang Pak Amat, Kelantan menyebabkan penduduk kampung di sepanjang pantai itu panik dan kelam-kabut berlari menyelamatkan diri.

Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Askar upahan British itu mula sedar yang peperangan antara Jepun dengan British di negara ini sudah bermula, Jepun datang untuk menjajah Tanah Melayu.

Sebaik tiba di gigi pantai, segerombolan askar Jepun meluru sambil melepaskan tembakan, tanpa menyedari yang banyak jerangkap samar sudah ditanam di sekitar pantai itu. Kegelojohan memulakan serangan menyebabkan sekelip mata saja nyawa askar asing itu melayang terpijak jerangkap samar.

Bagaimanapun, dengan semangat juang 慿amikaze�, askar Jepun terus mengasak askar Punjabi dan penduduk kampung sehingga mereka berjaya menakluk kawasan berkenaan.

Ketika askar Punjabi di ambang kekalahan, mereka meminta bantuan batalion tentera British yang berkubu di Pangkalan Chepa. Bantuan yang diminta segera dikerahkan ke kawasan itu sehingga berlaku pertempuran terbuka sehingga mengorbankan ramai mangsa, termasuk askar Jepun, British dan penduduk kampung.

Bagaimanapun, peperangan sengit berakhir dengan kemenangan kepada Jepun.

Seterusnya dari kawasan pantai itu, tentera Jepun membina angkatan yang kuat dengan berbekalkan strategi terancang serta slogan 慉sia Untuk Orang Asia� bagi menarik sokongan penduduk tempatan.

Bangsa yang mula mengenal erti kemajuan di bawah pemerintahan Maharaja Meiji itu terus mara ke pusat pentadbiran British di Kota Bharu dengan menunggang basikal dan mereka berjaya menguasai bandar berkenaan dalam masa sehari.

[img]http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8dimen11c.jpg[/img]Semangat untuk menjulang nama bangsa, negara dan keperluan sumber ekonomi sebagai bahan mentah industri pekilangan mendorong tentera Jepun semakin agresif sehingga menawan seluruh Kelantan selepas 10 hari Jepun mendarat di Tanah Melayu.

Maruah tentera British yang sebelum itu mendabik dada mengaku kononnya mereka bangsa hebat dan berpengaruh serta memiliki kekuatan tentera, tercalar teruk diperlakukan Jepun sepanjang tempoh itu.

Dalam tempoh 10 hari itu juga, Jepun yang dikenali sebagai Nippon mula melebarkan jajahannya. Selain Kelantan, mereka menyeberang sempadan Thailand-Tanah Malaya untuk masuk ke Kedah dan Perak.

Mereka berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941 dan pada hari seterusnya, pesawat Jepun menyerang dan menenggelamkan kapal tempur British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di perairan Pahang.

Jitra dan Alor Star dikuasai Jepun pada 12 Disember dan empat hari kemudian, British yang berpangkalan di Pulau Pinang melarikan diri meninggalkan pulau itu selepas menghadapi kebangkitan Jepun yang mengebom pangkalan berkenaan hampir setiap hari.

Senjata, bot, bekalan dan alat penghubungan radio ditinggalkan begitu saja dalam tergesa-gesa dan akhirnya jatuh ke tangan tentera Jepun. Nippon terus membawa masuk tambahan kereta kebal, pesawat dan kelengkapan perang bagi mempergiatkan serangan untuk menduduki Tanah Melayu.

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun tercetus dalam Pertempuran Kampar yang berlangsung selama tiga hari tiga malam sebelum Jepun beroleh kemenangan pada 2 Januari 1942.

[img]http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8dimen11b.jpg[/img]Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberi tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Tanah Melayu.

Pada 9 Januari, kedudukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British dari Kuala Lumpur ke utara Johor. Kesempatan itu menyebabkan Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur dengan mudah tanpa tentangan pada 11 Januari.

Askar Jepun terus mara dalam asakan hebat daripada meriam dan tembakan senjata api tentera British dan tentera bantuan dari Australia.

Pertempuran sengit dengan tentera Australia di Jambatan Gemencheh pada 14 Januari menyebabkan Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya dan ia memberi tamparan hebat kepada Jepun kerana mengorbankan 600 askarnya.

Kalah dalam pertempuran di Gemencheh, Jepun semakin mengganas dalam pertempuran lain. Pertempuran sengit di Parit Sulong selama empat hari menyebabkan tentera Australia dan askar upahan British kalah teruk.

Melihat jumlah yang mati dan tercedera meningkat, Leftenan Kolonel Anderson yang mengetuai Pasukan Muar mengarahkan setiap orang bawahannya 憁enyelamatkan diri masing-masing�.

Mereka melarikan diri merentas hutan, paya dan ladang getah manakala mereka yang tercedera ditinggalkan. Seramai 133 askar disiksa dengan kejam dan sadis oleh tentera Jepun.

Pertempuran kamikaze oleh tentera Jepun menyebabkan British dan sekutunya diasak sehingga ke penghujung jalan. British mula menyedari yang mereka tiada lagi peluang untuk menang dan akhirnya mengarahkan pengunduran umum pihaknya menyeberangi Selat Johor ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942 iaitu selepas 55 hari, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Pada 15 Februari 1942, pemerintah tentera British di Tanah Melayu, Leftenan Jeneral Arthur Ernest Percival bersama-sama 60,000 tentera British menyerah diri secara rasmi kepada Pemerintah Tentera Jepun, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yama#a di Ford Plant Bukit Timah, Singapura.

Pengumuman kekalahan British itu menyebabkan bermula era penjajahan Jepun di negara kita.

Syd posted at 8-7-2007 12:17

Hidup sengsara di zaman Jepun

JEPUN menjajah Tanah Melayu selama hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu penduduk merasai kekejaman askar penjajah itu yang tidak teragak-agak untuk menyeksa dan membunuh sesiapa saja yang menentang mereka.

Penduduk mula merasai peritnya hidup di bawah pemerintahan kuku besi Jepun yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan berbanding British. Mereka diperlakukan bagai hamba abdi dan haiwan, jika masih hidup.

Askar Jepun pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yama#a yang digelar 慔arimau Malaya� dikatakan gemar melakukan 憉pacara� memotong kepala dan penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat tidak berdosa.

Malah, di Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, lebih 800 orang dibunuh dalam masa dua hari dengan pelbagai cara tidak berperikemanusiaan. Ada yang diseksa di hadapan ayah, ibu, anak-anak, isteri atau suami masing-masing.

Penduduk ditikam dengan bayonet, dipaksa minum air sabun, dicampak ke dalam perigi dan paling menyayat hati, seorang ibu hamil dilapah perut sehingga kaki bayi dikandungnya terjulur keluar.

Rakyat benar-benar sengsara dan hidup dalam ketakutan sepanjang penjajahan British. Ekonomi di Tanah Melayu merosot seterusnya lumpuh sepanjang pentadbiran tentera yang diamalkan Jepun di negara ini.

Jepun memperkenalkan mata wang mereka untuk digunakan di Tanah Melayu tetapi pengeluarannya yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang itu rendah manakala harga barang makanan menjadi mahal.

Pengeluaran barang utama juga dikawal dan permit dikenakan untuk sebarang jenis pengangkutan dan perdagangan. Harta benda penduduk dirampas. Catuan makanan diwujudkan dengan penduduk perlu mendapatkan kupon untuk membeli beras. Setiap keluarga dibenarkan mendapat kira-kira tujuh kilogram beras saja sebulan menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain antaranya ubi kayu sebagai makanan.

Penduduk juga dipaksa bekerja untuk kepentingan Jepun. Mereka dipaksa memanjat pokok kelapa untuk memetik buahnya, menjadi buruh binaan dalam pelbagai projek antaranya pembinaan Jalan Kereta Api Maut sepanjang 415 kilometer dari Thailand ke Myanmar.

Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 penduduk menjadi buruh paksa bagi membina landasan itu, namun hanya kira-kira 30,000 orang saja selamat pulang manakala selebihnya hilang dipercayai mati.

Jepun juga menubuhkan pelbagai pasukan bagi merekrut penduduk tempatan menjadi sekutu atau bekerja dengan mereka antaranya Pasukan Khas Tempatan (Giyugun), Pasukan Pertahanan Awam (Jikeidan) dan Pasukan Sukarelawan Tambahan (Heiho).

Pendidikan Jepun diperkenalkan bagi memastikan budaya Nippon diamalkan penduduk dan budaya Inggeris yang diperkenalkan British sebelum itu dihapuskan. Penduduk diajar menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo, menundukkan kepala apabila bertemu dan mempelajari bahasa Jepun. Penggunaan Bahasa Inggeris pula diharamkan.

Penjajahan dan penindasan Jepun menyebabkan terdapat beberapa penduduk bangkit menentang terutama secara gerila. Orang Cina paling dahsyat ditindas berikutan permusuhan tradisi Jepun dengan China. Penindasan itu menyebabkan beribu penduduk Cina melarikan diri ke pinggir hutan, seterusnya hasutan Parti Komunis Malaya (PKM) menyebabkan penduduk Cina itu menubuhkan Malayan People抯 Anti Japaness Army (MPAJA).

Orang Melayu pula menyertai askar gerila Melayu iaitu Force 136 yang ditubuhkan British bagi mengumpulkan penduduk tempatan untuk menentang penjajah itu.

Pagi 6 Ogos 1945, pesawat Superfotress Amerika Syarikat terbang memasuki ruang udara Jepun. Sebaik mendapati sasaran dan masa yang ditunggu sesuai, juruterbang menggugurkan bom atom di Hiroshima, sebagai serangan balas terhadap pangkalan Pearl Harbour yang dilakukan Jepun pada 8 Disember 1941.

Letupan atomik menggegarkan bumi wilayah Jepun itu pada hari berkenaan. Api yang teramat panas membakar bandar Hiroshima dan merentungkan penduduknya. Kegemparan kemusnahan Hiroshima masih belum reda apabila bom atom kedua, digugurkan ke Nagasaki, tiga hari kemudian.

Kemusnahan besar yang dialami di negara mereka menyebabkan pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua kepada Tentera Berikat. Seterusnya pada 12 September 1945, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri sebagai tanda berakhirnya penjajahan kuasa itu di negara kita.

FAKTA:
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Jepun bersama Nazi Jerman, Austria dan Itali membentuk Kuasa Paksi menentang Kuasa Berikat (Britain, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat) dalam Perang Dunia Kedua (1 September 1939 hingga 2 September 1945).

Penjajahan di Asia Tenggara meliputi Tanah Melayu, Borneo dan Kepulauan Indonesia dilakukan Jepun bagi membentuk 慞emerintahan Baru Asia Timur Raya�.

Tanah Melayu digelar Jepun sebagai 慛ew Malai� (Malaya Baru) manakala Singapura digelar Syonan (Cahaya Timur).

Pada Ogos 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Siam sebagai membalas budi Siam membantu mereka dalam kempen menawan Tanah Melayu.

Tentera British di Tanah Melayu tersilap percaturan apabila menjangka Jepun akan menyerang dari Singapura dan bukannya Siam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s