Pembunuhan beramai-ramai oleh Jepun

Posted: November 24, 2010 in Sejarah Malaysia

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.
Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untul lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.

Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk “menghapuskan” tahanan yang tercedera.
Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti “memindahkan mereka yang tercedera kebelakang” – tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro – yang tidak terselamat dalam perperangan – menambah; “Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu”. Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam lubang bom dijalan berhampiran.

Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, anataranya: Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata Russell Braddon) selepas “dibakar hangus� sebelum digelek kehadapan dan kebelakang (secara teratur) dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun.” (Braddon, p. 101) Kebanyakan mayat tersebut dijadikan pengisi lubang bom dijalan. Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungai Simpang Kiri dan lemas.
Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh.

Leftenan Jeneral Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung hingga mati pada 11 Jun 1951. Dia telah disabitkan oleh mahkamah British bagi penjara seumur hidup bagi Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching

[[i] Last edited by  Dimarmalam at 10-7-2007 04:58 PM [/i]]

Dimarmalam posted at 10-7-2007 16:52

Pertempuran di Kampar

Pertempuran Kampar (30 Disember 1941 – 2 Januari 1942) merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah di negeri Perak, Malaysia. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.

Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meter dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan – ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.

Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam. Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati. Di antara pasukan berikat yang bertahan di situ adalah Batalion Punjab dari Brigade India ke-16, Batalion Hyderabad ke-4 dan ke19 Hyderabad dan Batalion Punjab ke-2 dan ke-5 dari Brigade India ke-12 dan ke-18, Batalion Kedua Argyll dan Sutherland Highlanders dan unit Gurkha dari Brigade India ke-28.

Selama tujuh hari, seramai 2,000 tentera berkerja keras dari subuh sehingga maghrib, menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati yang sebahagiannya masih dapat dilihat di rabung Hijau.

[Sunting] Serangan Jepun
Pada subuh 30 Disember dua hari selepas tentera Jepun menawan Ipoh, pasukan meriam mereka mulai membedil rabung Kampar dari kedudukan di jalan Malim Nawar yang dibalas oleh pasukan meriam tentera British. Ini merupakan permulaan kepada pertempuran Kampar yang dengan sengitnya berlangsung selama empat hari. Sungguhpun tentera Jepun seramai 9,000 orang dengan sokongan 200 kereta kebal dan 100 meriam artileri, mereka gagal menembusi barisan pertahanan British pada mulanya. Bagaimanapun dengan kelebihan yang mereka ada, tentera Jepun mampu menggantikan tentera barisan hadapan mereka setiap 48 jam berjuang, sementara pihak British terpaksa bertahan dengan semua anggota yang ada.

Ini disebabkan oleh periuk api yang telah ditanam ditempat strategik, pagar kawat duri padat dan tembakan mesingan dari kedudukan sarang mesingan yang strategik. Memandangkan tentera British hanya mempunyai masa selama tujuh hari dan hanya mempunyai peralatan ringan seperti penyodok, pertempuran Kampar menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh satu pasukan yang mempunyai kedudukan yang strategik berbanding pasukan yang lebih besar.

Pasukan Jepun cuba menguji barisan pertahanan British, dan mengalami jumlah korban yang tinggi, tetapi pada hari Tahun Baru 1942, pasukan pemerintah Jepun memutuskan serangan besar-besaran pada bahagian timur rabung Thompson. Mereka berjaya menumpaskan beberapa kedudukan British kerana senjata pasukan yang bertahan lekat apabila larasnya menjadi merah pijar tanpa gantian.

Pada sebelah petang pihak British memutuskan bagi menghantar Regimen Jat/Punjab di bawah pemerintahan Kapten John Graham dan timbalan pemerintahnya, Leftenan T. Lamb, untuk menyerbu dan mengundurkan Jepun. Kesemua mereka memasang boynet dan menyerbu dengan diketuai oleh Kapten Graham.

Ketika mereka menyerbu cerun terbelakang dirabung tersebut, mereka melaungkan 慡at Siri Akal�, laungan perang Punjabi bererti 慓lory to God�. Pakar sejarah British, Sir Compton MacKenzie merakamkan bahawa tentera Jepun membunuh ramai dari tentera tersebut, tetapi mereka tetap mara. Leftenan Lamb terbunuh dalam serbuan kedua. Hanya beberapa jam kemudian barulah pihak British mampu menawan kembali sebahagian daripada kedudukan tersebut, selepas korban jiwa yang besar dan dua kali serbuan.

Apabila mereka tiba ke barisan terakhir, Kapten Graham kudung kedua belah kakinya akibat letupan motar Jepun, sungguhpun begitu, beliau tetap berdiri dan meneriakkan kata-kata semangat kepada orang-orangnya. Mereka akhirnya berjaya merampas kubu perparitan tersebut dari tentera Jepun dan membawa Kapten Graham ke pos rawatan. Bagaimanapun Kapten Graham meninggal di hospital tentera di Tanjung Malim.

Dalam pertempuran tersebut yang berlangsung antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, keberkesanan pasukan meriam British, kemungkinannya termasuk meriam 25 paun pasukan Leftenan Hartley, mengakibatkan jumlah korban yang tinggi dikalangan tentera Jepun.

Pasukan Ghurka turut berjuang dalam pertempuran jarak dekat secara berhadapan dangan menggunakan kukri. Pasukan Argyll mematahkan beberapa serangan sengit tentera Jepun. Pasukan Punjab turut melakukan serbuan bayonet melalui tembakan mesingan dan motar.

[Sunting] Pengunduran
Pertempuran di Kampar merupakan salah satu dari pertempuran yang paling sengit semasa Kempen Tanah Melayu, tetapi pada 2 Januari mereka dipintas dan laluan ke Singapura terputus dibelakang mereka. Dengan perlindungan oleh tembakan meriam, kemungkinannya membabitkan Bateri ke 501, tentera British berundur sepanjang jalan utama ke kedudukan yang telah disediakan di Trolak, sekitar lima batu di utara Slim River. Di situ mereka dikejutkan dan dimusnahkan oleh kereta kebal tentera Jepun dalam Pertempuran di Slim River.

WIKIPEDIA- merakam kekajaman Jepun

 

 

setiap kali aku tido kt umah opah aku, tiap2 mlm kitorg slalu tido lmbt sbb dia selalu bercerita ttg masa zaman dia kecik2 dlu…
aku nk kongsi cter dia dgn korg plak sbb nk korg bygkan sendiri betapa peritnya hidup di bawah pemerintahan jepun…

dia bilang masa dia kecik2 dulu, dia duk kt johor..
tetiba suatu hari tu, abg opah aku ni dtg berlari balik ke umah….
dia jerit kt arwah moyang pompuan aku kasitau tentera jepun menyerang….
masa tu mmg panik abis…

opah aku ckp, arwah moyang laki aku xnk tinggalkan umah…
dia suwuh moyang pompuan bawak anak2 dorg lari ke hutan slmtkan diri…
moyang perempuan aku terus bawak sumer anak2 dia termasuk opah aku lari ikut pintu blakg umah terus ke hutan… tinggalkan umah & moyang laki aku mcm tu jer…

pastu dorg lari smpai la ke 1 pokok yg besar & rimbun..
kt bwh pokok tuh ada lubang besar…
opah aku ckp lubang tu moyang perempuan aku yg korek awal2 dulu sbb dh agak tentera jepun nk menyerang…
dorg 1 kuarga masuk ke dlm lubang tu…
pastu tutup dgn atap zink & duduk la diam2 kt dlm tuh…

masa tu opah aku ckp bunyi bom jatuh mmg kuat & bertalu2…
dia bleh rasa bom tu meletup dkt2 pokok tu je…
pastu bila dh mlm, dh sunyi x der bunyi bom gugur lg…
baru la dorg kuar & moyang pompuan aku bawak dorg balik ke umah senyap2…

bila dh sampai umah, opah aku tgk ayah dia (moyang laki aku) masih slmt & duduk bertakafur baca doa…
opah aku ckp masa tentera jepun menyerang kg dia, ayah dia cuma duk diam2, bertakafur & berdoa jer…
masa moyang laki aku tinggal sorg2 kt umah, tentera jepun ada masuk ke dlm umah & ckp bahasa jepun dgn dia…
moyang laki aku tu x melawan tp dia cuma angguk je… (sbb x phm apa jepun tu ckp)..
pastu tentera jepun tinggalkan dia mcm tu je kt umah tu…
x pulak dibunuhnya…. mayb sbb dia org tua kot…
tp opah aku ada ckp, moyang laki aku nih pandai dlm ilmu2 tertentu…. sbb tu dia selamat….

moyang perempuan aku cpt2 suwuh anak2 dia tutup sumer pintu & tingkap…
lubang2 yg ada sumer ditutup/disumbat….
utk pengetahuan korg, umah opah aku tu bukan umah kg tp umah batu…
kiranya umah tu mmg kukuh la…. tentera jepun nk masuk pon susah….
opah aku ckp umah dia dulu mmg besar giler…
bleh kata umah terbesar kt kg tu la…
mayb tok nenek aku dulu2 org kaya kt kg tu, aku pon x pasti…

pastu bila dh abis sumer, dorg duk senyap2 kt dlm umah tu & x buat bising pon…
pelita & lampu x pasang langsung…
biar org jepun anggap umah tu dh kosong x der org…
pastu 1 ari dorg terdgr ada bunyi bising kt luar umah…
rupa2nya trak tentera jepun dtg….
dorg berkhemah kt halaman umah opah aku sbb halaman tu luas…
tiap2 mlm opah aku bleh dgr tentera jepun menyanyi, minum sake, buat bising….
opah aku kekadg intai gak dari celah2 tingkap tp bila tentera jepun tu tgk ke arah dia, dia cpt2 sorokkan muka..
opah aku xtau samada org jepun tu nmpk muka dia atau x…

pastu 1 pagi tuh, tentera jepun ketuk pintu umah dgn kuat…
moyang pompuan aku cpt2 bwk anak2 dia lari ikut pintu blakg & tinggalkan moyang laki aku camtu je…
dorg lari menyorok kt hutan….
pastu bila dh mlm, dorg balik semula ke umah & tgk arwah moyang laki aku masih selamat… (tgh baca doa masa tuh)..
mcm biasa la… moyang laki aku cuma angguk je bila tentera jepun tu ckp dgn dia… nasib la x dibunuhnya….
mmg aku pecaya moyang laki aku tu bukan calang2 org… dia ni mmg ada ilmu2 tertentu yg buat tentera jepun tu x bunuh dia…

opah aku cter lg, 1 ari tu dia beranikan diri kuar dri umah & pegi ke khemah tentera jepun kt halaman umah…
dia tgk byk giler botol sake, duit2 jepun (duit pisang/banana money), segala harta org jepun la….
masa tu tentera jepun tgh bertugas ke mana ntah….
opah aku ckp masa dia kecik2 dulu , dia mmg nakal….. hehehehe… ;P

sbnrnya aku ada byk lg kisah psl opah aku nk cter kt korg tp masa x mengizinkan…
nanti2 je la aku smbg lg k… sekian…

.kampung aku di penang, arwah datuk aku ex wataniah, dah nak masuk lineup nak kena pancung dah selepas bertugas dari port spore. Nenek aku lak (yg skrg sudah umor antara 84-90, sbb selepas merdeka je, baru nak dibuat surat beranak, so dorang biasanya main teka je bila tahun lahir masing2) yg tak reti english pun leh lafaz pekataan “machine gun”. Nak tau camne nenek aku leh hafal? Takut nye pasal sbb machine gun dorang lah digunakan utk tembak mati org malaya yg berbaris tutup mata, mananya tak hafal pekataan tuh. Adik pd nenek aku lak, mmg putih cun, suami lak soh lari sembunyi ke sebelah perak, tau sajalah kalau dapat dkt askar jepun.

ni bukan citer reka yer (kpd sesapa yg asik ingat mende ni propaganda), aku ni 1st hand dgr drpd nenek aku sendiri nye story since 80an sampai la skrg pun masih citer. The same story on and on.

Arwah datuk aku salamat pasal few day sebelum turn kena pancung, US dah bomb hiro dgn nagasaki. Kdg2 aku pun tak tahu skrg ni camne prinsip kita dgn US ek. Kalo takde US, jahanam dah malaya, plak tu skrg ni, kalo ade US, jahanam lak muslim….hai mcm2 lah dunia manusia nih…

Kampung nenek aku utilize sepenuhnya perigi buta…khas utk nyorok drpd scout jepun dan juga nak cover drpd shrapnel @ bomb dr kapal terbang @ apa2 saja term yg sesuai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s