Bahasa rokok

Posted: November 9, 2010 in Lawak

Pada hari ini, PETER STUYVESANT adalah peniaga dan pengembara tersohor yang sentiasa mengelilingi dunia bersama-sama ABDULLA, rakan kongsinya dari AFRICA, lelaki MAGREB yang sentiasa membawa bersama-samanya TORCH LIGHT. Mereka pernah bersama-sama menunggang CAMEL semasa merentasi Gurun SAHARA, melawat PYRAMID dan melancong ke GIZA.

Balik pada cerita asal beliau. Keluarga PETER STUYVESANT sebenarnya berasal dari KANSAS, dari keluarga COWBOY yang lasak, digelar ROUGH RIDER. Keluarganya juga terkenal dengan tradisi legenda sebagai penunggang WHITE HORSE yang hebat. Mereka berpindah dari KANSAS ke MARLBORO, kemudian ke WINSTON dan pindah lagi ke HOUSTON.

Semasa di HOUSTON, dia ikut mencari GOLD LEAF iaitu sebuah legenda kuno tempatan di PALL MALL, berhampiran TEXAS. GOLD LEAF itu juga disebut OLD GOLD oleh penduduk setempat, terutamanya di CHESTERFIELD. Tetapi dia sangat terkejut kerana yang dia jumpai ialah beberapa batang DJARUM emas dan sejumlah GOLD FLAKE, sesuatu yang dia sendiri tidak pernah duga. Jumlahnya ialah 555 (TIGA LIMA) keping. Hasil jualan DJARUM emas dan GOLD FLAKE itu menjadikan keluarga PETER STUYVESANT kaya-raya dan masyhur serta-merta.

DJARUM emas dan GOLD FLAKE itu dijual kepada SAN LUIS REY, yang kemudian mengadunnya menjadi SAMPLE 18 yang lebih SAMPOERNA A. Emas tadi dilebur dan diukir menjadi patung MERMAID emas yang eksotik. Patung itu dibeli oleh jutawan KNIGHT dari SILVER CITY dengan harga yang mahal.

Kenangan manisnya ketika itu ialah dia dapat mendaki hingga ke puncak MATTERHORN bersama-sama MENEDZHER, pencari MAWAR PUTIH dan MAWAR KUNING 123 yang terkenal di MAUI, Hawaii, bekas SHERIFF di MIAMI. Manakala di MIAMI pula, MENEDZHER lebih dikenali dengan panggilan MR.MENTHOL dan MY OWN, kerana sikap tamaknya terhadap GOLD FLAKE.

Keluarga PETER STUYVESANT berpindah ke SALEM selepas penemuan daun emas itu. Dia sendiri berhijrah ke MANHATTAN, dan menceburi bidang perniagaan, dengan membina sebuah GUDANG GARAM yang besar, dan menjadi usahawan yang berjaya. Dia menjadi MANAGER dan CHAIRMAN bagi syarikatnya sendiri.

Dia membuka langkah besar dalam perniagaan ini apabila membuka cawangan di EUROPA, iaitu di England, di pinggir sebuah bukit bernama DUNHILL. Di situ dia berkenalan dengan dua beradik yang berniaga di GOLD & BLACK bernama BENSON & HEDGES, yang juga berasal dari Amerika, iaitu dari ARIZONA. Di England, mereka berdua menetap di KENT.

Semasa di England, PETER STUYVESANT didedahkan dengan kegilaan terhadap liga BARCLAY dan ikut meminati MANCHESTER. Pada setiap HALF TIME 5, dia akan menemui PLAYERS dan memberi mereka semangat untuk bermain dengan lebih gigih. Kerana itu, dia juga sering digelar MASTER VIP. Dia sukakan permainan yang LIGHT & MILD (L&M) dan KOOL. Manakala BENSON & HEDGES lebih berminat dengan ARSENAL.

Kerana minatnya yang amat mendalam, PETER STUYVESANT pernah menaja WORLD CUP dan beliau sangat puas hati, kerana dapat muncul di televisyen pada PRIME TIME buat pertama kali. Kenangan terindahnya ialah semasa melancong ke MACEDONIA dan CASABLANCA.

Selepas itu dia mengembara lagi ke AFRICA dan berkenalan dengan ABDULLA. Sekarang, ABDULLA inilah kawan baiknya. Melalui ABDULLA, dia berkenalan pula dengan SAAT, seorang CAPSTAN dari ASIA yang berjaya, yang lebih dikenali dengan panggilan CAPTAIN BLACK. Beliau adalah ADMIRAL bersara yang tinggal di laut, di atas kapal miliknya bernama ALAM AGUNG, iaitu kapal pesiaran mewah yang amat terkenal.

Kapal ini pernah membawa ahli-ahli PARLIAMENT, para MINISTERS dan golongan ELITE ke beberapa tempat peranginan terkenal seperti HAWAII dan HONOLULU.

PETER STUYVESANT juga berkawan dengan KAREEM, rakyat KAZAKSTAN yang pernah menjadi KOMMANDO bagi askar GURKHA, yang kini menetap di MIAMI, mengusahakan tanaman KOPI KEBUN, menjualnya ke KUTA KRETEK menggunakan KERETA API dan mengeksportnya ke luar negeri melalui pelabuhan.

PETER STUYVESANT dan ABDULLA pernah mengembara ke India, dapat melihat sendiri cara penduduk tempatan menangkap sang COBRA yang besar dan belajar beberapa MANTRA sehingga dapat melakukan aksi MARVEL secara sendirian. Dia pernah diserang demam kuat kerana terdedah kepada cahaya MATAHARI semasa di INDIA.

Hampir segala impian utama beliau sekarang ini sudah tercapai dan banyak tempat sudah disinggahinya, melainkan bersantai di HOLLYWOOD dan bermain salji di ALPINE pada musim WINTER bersama-sama keluarganya. MORE (lebih banyak) impian lain akan cuba dilaksanakannya dalam masa yang terdekat.

Nota:
1. Yang berhuruf besar adalah jenama2 rokok yang pernah ada dan yang sedia ada. Yang berhuruf kecil adalah jalan ceritanya.
2. Ini bukanlah iklan rokok atau galakan untuk merokok. Hanyalah sebuah cerita semata-mata.
3. Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan individu.
4. Pengajarannya, jika boleh, janganlah hisap rokok atau, bagi yang telah sedia merokok, berhentilah dari merokok, jika boleh. Jika tidak boleh berhenti juga, hisaplah selagi boleh, sebab ia kebiasaan yang sukar dibuang.
5. Cerita ini hanyalah untuk liburan dan hiburan, tidak perlulah dipandang serius atau dipertikaikan dari mana-mana sudut pun.
6. Jalan cerita di atas tiada kaitan dengan nama tempat yang realiti, hanyalah sebuah permainan bahasa. Tidak ada kaitan dengan individu atau tempat yang ada pada realitinya.
7. Tidak semua jenama rokok dimasukkan dalam esei di atas, hanya sebahagian saja. Sebahagian jenama terdapat di Malaysia, manakala sebahagian lagi terdapat di luar Malaysia. Jenama yang telah lupus, tiada lagi dijual di mana-mana negara pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s