FDI 2009 merosot 81%

Posted: October 24, 2010 in Berita Malaysia

FDI -Foreign Direct Investment  -pelaburan langsung asing (jumlah pelaburan yang sykt2 dari negara luar buat dalam Malaysia seperti buka Tesco, buka kilang kereta, seagate atau lain-lain)  kejatuhan menunjukkan kekurangan pelabur atau mereka bergerak keluar ke negara lain

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir berkata, adalah tiba masanya Malaysia “maju ke hadapan” dari kejatuhan 81% dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2009.

Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Mukhriz mengakui laporan itu menunjukkan kejatuhan yang signifikan namun mempertahankannya dengan menyatakan ia juga melibatkan negara-negara lain di dunia, bukan sahaja Malaysia.

“Pengaliran keluar FDI adalah lebih signifikan tapi apa yang penting, apa yang berlaku selepas ini,” kata Mukhriz, sebagai menjawab soalan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam.


Menurut beliau, kerajaan telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

Para pelabur tiada masalah

Beliau juga menolak dakwaan bahawa para pelabur asing enggan datang ke negara ini kerana sentimen perkauman yang meningkat sepertimana yang dinyatakan oleh Lim.

“Saya melihat para pelabur yang berkualiti dan bernilai tinggi datang ke negara kita. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa yang berlaku di negara ini berbanding dengan negara-negara lain.

“Mereka masih melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka,” ujar beliau.

Namun demikian, Mukhriz mengakui bahawa jumlah DFI pada tahun ini semakin berkurangan pada tahun ini. Malaysia hanya mencatat FDI sebanyak RM9.6 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM22.1 bilion setahun penuh 2009.

“Sejumlah RM22.1 bilion FDI pada 2009 itu melibatkan sebanyak 390 projek pembuatan,” katanya ketika menjawab Ahli Parlimen BN-Mukah, Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Mukhriz, juga memberitahu tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s