Liwat II: IPU kecam, mahu kes Anwar dihentikan

Posted: October 22, 2010 in Uncategorized

Hafiz Yatim
Okt 21, 10
2:44pm

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktber lalu.

IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.

Menurut resolusi yang diluluskan pada sesi ke-187 badan itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketidak-yakinan terhadap aspek ketelusan berkaitan kes itu termasuk Anwar disabitkan dengan pertuduhan hanya ketika beliau aktif semula dalam arena politik.

“Fakta yang menunjukkan pihak yang menuduh (Mohd Saiful Bukhari Azlan) berkunjung ke kediaman timbalan perdana menteri ketika itu serta bertemu seorang pegawai polis berpangkat assisten pesuruhjaya polis menguatkan lagi persepsi kes tersebut bermotifkan politik.

“Juga pembabitan peguam negara dalam kes pertama yang dihadapi Anwar serta penglibatan beliau dalam kes yang sama bagi kali kedua serta penolakan semua permohonan mendapatkan dokumen dan bukti secara sistematik dan dakwaan hubungan intim antara pengadu utama dan pendakwa raya menjadi faktor kuat kes ini timbul atas pertimbangan politik,” kata kenyataan IPU hari ini.

Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British – Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU.

Menurut IPU, pasukan pendakwaan juga dicemari dengan hubungan romantis yang terjalin sehingga ke tahap perbicaraan harus dihentikan.

Badan itu juga berpendapat prosiding yang telah terjejas tidak harus diteruskan kerana ia tidak akan menegakkan prinsip keadilan.

“Walaupun pihak pembelaan telah berkali-kali meminta kes terhadap Anwar digugurkan atas alasan yang diberikan, (namun) mahkamah tetap mahu meneruskan perbicaraan. Oleh itu IPU akan memastikan pemerhati akan memantau perjalanan kes sekurang-kurang semasa prosoding yang penting,” kata IPU lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s