Isu pertemuan Pas dan Umno

Posted: October 22, 2010 in Berita Malaysia

Usaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menemukan dua parti iaitu UMNO dan PAS dalam muzakarah terbuka berhubung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar parti dan mengisytiharkan sebagai bebas – pecah amanah pengundi dari perspektif Islam tidak mendapat sokongan menggalakkan dari satu pihak lagi.

Kami mendapati, hanya wakil Pas dan parti komponen Pakatan Rakyat sahaja hadir membincangkan isu berkenaan, manakala kelibat wakil UMNO tidak kelihatan, lapur akhbar sinar harian kelmarin.

Difahamkan surat jemputan rasmi berhubung muzakarah itu sudah dihantarkan kepada beberapa pihak untuk menjadi panel dan pemerhati, antaranya wakil Barisan Nasional (BN), PR dan mufti, termasuk beberapa duta luar negara.

Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, beliau bertindak mengadakan muzakarah itu untuk mendapatkan pandangan isu lompat parti dari perspektif Islam.

“Saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang beragama Islam dan tidak dimanipulasikan atau diberi tekanan daripada mana-mana pihak bertindak sedemikian,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Ketiga Kedutaan Republik Indonesia, Inke Hilarie Dinesia; Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain; Timbalan Pesuruhjaya Pas I, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Dr Khairuddin Datuk Abdul Malik; ADUN Tronoh, V Sivakumar dan ADUN Lubuk Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Beliau turut berhubung dengan mufti luar negara untuk mendapatkan gambaran sebenar isu lompat parti dari sudut pandangan Islam dan kebanyakan mereka bersetuju ia sama seperti perlakuan pecah amanah.

“Ini kerana ahli politik yang dipilih rakyat untuk memikul tanggungjawab diamanahkan gagal menunaikan kepercayaan yang diberikan kepada mereka,” katanya.

Katanya, sepanjang muzakarah itu ada beberapa petikan hadis dan al-Quran yang boleh dikaitkan dengan isu lompat parti.

“Sesi muzakarah yang diadakan hari ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi bagi memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan berlaku dalam kalangan parti politik itu sendiri,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Mohammad Nizar yang mahu muzakarah seperti itu diadakan dari semasa ke semasa.

“Mungkin saya akan mengemukakan cadangan meminta kebenaran memilih dua pertiga mufti dari luar negara dijemput, malah seorang daripada mufti di Amerika Syarikat sudah bersetuju menjadi ahli panel dalam muzakarah yang akan diadakan terdekat ini,” katanya.

-s/harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s