Barah dalam mee anda

Posted: October 21, 2010 in Uncategorized

Tarikh ujian   :  21 Oktober 2010



–         Dua jenis mee dari jenama yang berbeza

–         Di campur dengan air serbuk kunyit


HASILNYA (hanya dalam 1-2 minit)

–         Mee di sebelah kiri berubah warna dari kunig menjadi merah

–         Menunjukkan mee tersebut mengandungi Asik Borik


ASIK BORIK

Serbuk berwarna putih

Digunakan dalam pengawetan

Merbahaya walaupun dalam kuantiti yang sedikit.  Jika diambil secara berlebihan, dikatakan boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut,  kematian pada bayi, keracunan makanan, masalah gastrousus selain boleh menyebabkan penyakit kanser dan menjadi antara punca kaum lelaki mengalami kemandulan.


Digunakan sebagai bahan penghapusan siput babi dan serangga perosak, pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan.

Dilarang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.   penyalahgunaan mengikut akta ini boleh didenda RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.


Pada Jan 2007 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah meminta kerajaan meminda Akta Racun 1952 dengan mengkelaskan asid borik dalam Kumpulan B supaya kawalan jualan bahan pengawet itu dapat diperketatkan. 

Asid Borik dikelaskan dalam Kumpulan C dan D iaitu kawalan penguatkuasaannya agak longgar dan mendedahkan kepada penyalahgunaan.

Presiden CAP, S M Mohamed kecewa dengan sikap kerajaan kerana gagal menangani masalah itu sejak 23 tahun lalu, berkata apa yang membimbangkan asid borik masih digunakan dalam industri makanan seperti kuih-muih dan mi kuning.

Beliau berkata, kajian CAP mendapati kandungan asid borik pada makanan begitu tinggi seperti mi kuning dari beberapa pasar di sekitar Pulau Pinang mengandungi asid pada lingkungan 173-461 bahagian persejuta (bps).

Selain mi kuning, katanya, CAP juga menguji kuih nyonya seperti Bak Chang, seri muka, tepung talam dan pulut seri kaya dan kandungan asid borik dalam lingkungan 4.06 hingga 11.2 bps.

“Mereka yang mendapat penyakit seperti buah pinggang ini bukan secara serta-merta tetapi dalam jangka masa dua tiga tahun akan datang.

“Saya jangka sekiranya kerajaan tidak meminda akta yang melarang penjualan asid borik itu, lebih banyak pusat hemeodalisis akan dibuka tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pindaan akta itu, asid borik akan dikelaskan sebagai racun dan lesen jualan terhad kepada pengamal perubatan serta pengeluar produk bukan makanan.

Selain itu, katanya, pemeriksaan meluas ke seluruh negara boleh dilakukan terutama kepada pengeluar makanan dan memudahkan usaha mendidik pengeluar makanan mengenai bahaya asid borik.


Inilah mee yang telah diuji dimana mee ini tidak menunjukkan sebarang perubahan warna (gambar sebelah kanan atas sekali) bebas dari kandungan Asik Borik Insyallah selamat dan boleh dibeli di Tesco. Ujian ke atas mee jenama Ruski juga didapati tidak mengandungi asik borik.

Pandangan peribadi

oleh Mohd Shahrizan Mohd Saad


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s