Jakarta rancang bina menara tertinggi di dunia

Posted: October 20, 2010 in Berita Dunia

Khabarnya Indonesia bakal mempunyai menara yang tertinggi di duniayang bakal dinamakan Menara Jakarta dengan ketinggian sehingga 558 meter di kawasan sekitar Kemayoran, Jakarta.Jika perancangan pembinaan Menara Jakarta itu menjadi realiti, ia bakal melepasi ketinggian bagi CN Tower di Toronto, Canada (553 m), Oriental Pearl Tower  di Shanghai, China (460 m),  selain KL Tower di  Kuala Lumpur, Malaysia (421 m), dan juga Lippo St. Moritz.

“Menara Jakarta ini akan menjadi lambang kemegahan bagi negara Indonesia,” kata Timbalan bagi wakil Presiden PT Prasada Japa Pamudja, Djoko Suyanto.

Pengarah Urusan PT Prasada Japa Pamudja, Roesdiman Soegiarso mengatakan yang Menara jakarta ini akan beroperasi sebagai menara telekomunikasidan multimedia. Projek mega ini dikatakan mencecah anggaran sekitar USD 300 juta dan dijangka akan berjaya siap dibina pada tahun 2012 nanti.

“Menara Jakarta akan berfungsi sebagai menara penyiaran dan  telekomunikasi yang tertinggi di dunia. Ciri menara ini akan dilengkapi dengan kemudahan antena yang diletakkan di bahagian atas menara untuk menyokong peranannya sebagai sistem penyiaran dan telekomunikasi.”  kata Roesdiman

Dikatakan juga sekitar kawasan pembinaan Menara Jakarta yang dikatakan bakal menara yang tertinggi di dunia ini, pemaju akan membina pusat perniagaan bertaraf  antarabangsa, pejabat, hotel, pusat membeli belah dan juga bangunan pelbagai guna yang lain.

 

Jakarta Tower

General information
Location Kemayoran, Jakarta, Indonesia
Status under construction
Constructed 1997 – 2012
Opening approx. 2012
Use Communications, observation, mixed use, tourism
Height
Top floor 558 m (1,830.7 ft)
Technical details
Cost estimated IDR 3 trillion (US$251.7 million)[1]

tower6ih4

Bangunan dan menara adalah dua kategori binaan yang berbeza dalam kelas masing-masing.  Ketinggian menara dan bangunan di ukur berasingan iaitu menara antara menara manakala bangunan antara bangunan

contoh bangunan KLCC, WTC, Maybank,

contoh Menara KL Tower, Menara Alor Setar

Biasanya menara dibina untuk tujuan telekomunikasi, dulu sebagai jam kerana rantainya yang panjang maka ia perlu dibina tinggi (contoh father clock di masjid), Menara Teluk Intan digunakan sebagai tangki air penduduk setempat setinggi 25.5m




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s