Umar Mukhtar singa padang pasir

Posted: October 19, 2010 in Islam
LION OF DESERT
OMAR MUKHTAR THE ARAB : WE WILL NEVER FORGET !
“Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

We will not surrender, we shall have victory or die.  After me, there will be generations coming to fight you.  As for me,  my life will be longer than my hanger’s” Umar Mukhtar.
“Kami tidak akan mengalah, sama ada menang atau syahid.  Selepas ini, generasi kami tetap akan berjuang menentang kamu.  Bagi aku hidupku takkan lebih lama dari aku digantung” Umar Mukhtar
one non-muslim comments after watching video about Umar Mukhtar
respect im not muslim buut i agree with this man and why he was fighting im christian MAY ALLAH BE PLEASED WITH HIM. PEACE”
Komen dari seorang bukan Islam selepas menyaksikan filem ini
“Mengkagumkan, biarpun saya bukan beragama Islam tetapi saya menghormati perjuangan beliau mempertahankan tanah airnya, saya seorang kristian, semoga tuhan merahmatinya”
image


Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. umar2
Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.

Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

File:Omar Mukhtar 6.jpg

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
Syahid di tali gantungan

[normal_omar_mukhtar2_copy_1_.jpg]

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Terjemahan: Yezmin Zulaikha

• Libya mengisytiharkan kemerdekaannya pada 16 September, tarikh Umar Mukhtar dihukum gantung.

• Pada ulang tahun ke 56 kematian Umar Mukhtar, kerajaan Libya membina sebuah muzium untuk menunjukkan kepada rakyat senjata yang digunakan oleh Umar Mukhtar dan pengikut-pengikutnya.

• Mata wang kebangsaan Libya – dinar memaparkan gambar Umar Mukhtar.

• Pada tahun 1991, Umar Mukhtar telah dianugerahkan Yemeni Medal of Independence of The First Degree yang diterima oleh anaknya.

• Pada tahun 1940, kelab Umar Mukhtar telah ditubuhkan di Mesir. Persatuan lain juga telah ditubuhkan menggunakan namanya di seluruh negara Arab dan negara-negara Islam.

• Sebuah filem berdasarkan riwayat hidupnya lakonan Anthony Quinn telah diterbitkan.



Lion of the Desert
Directed by Moustapha Akkad
Produced by Moustapha Akkad
Written by H.A.L. Craig
Starring Anthony Quinn,
Oliver Reed,
Rod Steiger,
Raf Vallone
Distributed by Anchor Bay Entertainment
Release date(s) 17 April 1981 (USA)
Running time 206 min
Language English
Budget US$35,000,000[citation needed

Klik untuk lihat disebalik tabir filem Lion Of The Desert    http://grimaud.synthasite.com/omar-mukhtar—lion-of-the-desert.php


Anthony Quinn adalah pemegang watak bagi Umar Mukhtar dan pernah berlakon sebagai Saiyidinna Hamzah dalam filem Muhammad The Messenger Of God (1976).

maknya Muhammad Utusan Allah

A decent movie to show the greatness of Islam

(April 21, 1915 – June 3, 2001) -umur 86 tahun -meninggal di Boston US  -warga Amerika berketuruan Mexico

Anthony Quinn Picture

Muhammad, Messenger of God (aka The Message)
Directed by Moustapha Akkad
Produced by Moustapha Akkad
Written by H.A.L. Craig
Starring Anthony Quinn
Irene Papas
Michael Ansara
Johnny Sekka
Michael Forest
Music by Maurice Jarre
Cinematography Said Baker
Jack Hildyard
Ibrahim Salem
Editing by John Bloom
Hussein Afifi
Distributed by Filmco International Productions Inc.
Anchor Bay Entertainment(DVD)
Release date(s) March 9, 1976
Running time 177 minutes
Language EnglishArabic
Budget $10,000,000[citation needed]

Ini adalah filem kisah sejarah Rasulullah menyampaikan Islam.  Watak salah seorang sahabat utama Rasulullah dipegang oleh Anthony Quinn yang juga pemegang watak Umar Mukhtar dalam The Lion Desert (1981).


Artikel lain tentang Umar Mukhtar

Umar Mukhtar lahir pada tahun 1861. Tidak diketahui tanggal pastinya. Ketika remaja ia memasuki tarekat Sanusiyah dan menjadi sufi. Tarekat Sanusiyah adalah tarekat yang unik. Tarekat ini tidak meninggalkan dunia akan tetapi sangat peduli pada persoalan dunia. Tarekat ini sering berperang melawan ketidakadilan. Tarekat ini juga memperkuatkan ekonomi anggotanya.

Agaknya tarekat ini sesuai dengan do’a Abu Bakar Shidiq RA seorang sahabat utama Rasulullah SAW. Bunyi doa Abu Bakar adalah, “Ya Allah! Jadikanlah dunia ini di tangan kami! Bukan di hati kami!”. Tarekat ini didirikan oleh Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi (bukan Muhammad Idris As Sanusi, raja Libya yang lalim). Tarekat ini menyebar luas sampai ke Mesir, Sudan, Chad, Maroko, Aljazair, dan Tunisia. Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi inipun kemudian menjadi raja di Cyrenaica, salah satu wilayah di Libya (keturunannya nantinya menjadi raja di seluruh Libya) di bawah Khilafah Turki Usmaniyah.

Beliaupun berhasil membuat sejahtera rakyat Cyrenaica. Sungguh sufi yang unik! Sufi yang tidak beruzlah meninggalkan dunia melainkan membangun dunia untuk kemakmuran dan kesejahteraan umat manusia, sambil tetap hidup zuhud. Umar Mukhtarpun menjadi anggota tarekat ini. Umar Mukhtar mengikuti Tarekat ini sampai ia meninggal. Ketika dewasa sambil melaksanakan ajaran-ajaran tarekat beliau pun menjadi pengajar ilmu tasawuf dan juga ilmu fiqh di sebuah sekolah Islam di Libya.

Pada bulan Oktober 1911, kapal-kapal perang Itali sampai di pantai Tripoli Libya dengan tujuan tinggal di Libya. Kapten kapal “Farafelli” milik Itali membuat permintaan agar Kekhalifahan Turki Usmaniyah menyerahkan Tripoli kepada Itali. Kalau tidak kota itu akan dihancurkan dalam tempo yang sesingkat-singkatnya.

Kekhalifahan Turki Usmaniyah yang masih punya izzah menolaknya mentah-mentah. Demikian pula rakyat Libya. Sultan Turki menganggap ini sebagai penghinaan dari bangsa Itali. Memang bangsa Itali terkenal sombong. Mereka merasa sebagai keturunan kerajaan Romawi yang pernah menjadi negara super power. Melihat ada bangsa yang tidak mau tunduk kepadanya serta menolak permintaannya keruan saja bangsa Itali menjadi marah. Lalu tentera Itali menyerang kota Tripoli. Mereka mengebom kota ini selama tiga hari tiga malam.

Sesudah itu, tentera Itali memproklamirkan kepada rakyat Libya di Tripoli agar tunduk kepada pemerintahan Itali. Keruan saja rakyat Tripoli menolaknya. Dengan dipimpin para ulama yang juga keluarga raja serta sekaligus pemimpin tarekat Sanusiyah, rakyat Libya mengangkat senjata menentang penjajahan Itali.

Rakyat Libya lebih suka di bawah kepemimpinan Khilafah Turki Usmaniyah. Peristiwa ini menjadi tanda dimulainya siri peperangan antara penjajah Itali dengan “Mujahidin Libya,” demikian orang Libya menyebutnya. Perang terus berlangsung antara Mujahidin Libya bersama-sama tentera Turki melawan pasukan Itali.

Tetapi pada tahun 1912, Sultan Turki menandatangani sebuah perjanjian damai yang sebenarnya menjadi tanda menyerahnya Turki kepada Itali. Perjanjian itu bernama Perjanjian Lausanne yang dilakukan di kota Lausanne, Switzerland. Sejak saat itu berjalanlah pemerintahan kolonial Itali di Libya.

Bagi banyak kaum muslimin, penyerahan Libya dari Turki kepada Itali adalah sebuah pengkhianatan terhadap kepentingan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak boleh menerima penyerahan wilayah kerajaan Islam kepada orang-orang kafir.

Perjanjian Lausanne ini dianggap angin lalu oleh rakyat Libya. Mereka tetap melanjutkan perang jihad melawan Itali. Di beberapa wilayah mereka juga dibantu oleh tentera Turki yang tidak mematuhi perintah dari Jenderal Turki di pusat Kekhalifahan, Istanbul.

Pertempuran di Cyrenaica dipimpin oleh Ahmad Asy Syarif, ketua tarekat Sanusiyah yang juga keponakan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, sang pendiri tarekat.

Umar Mukhtar menjadi komandan perang dan ahli strategi di kawasan kota Barga. Ternyata selain kerjayanya sebagai guru, Umar Mukhtar juga “master” dalam bidang strategi perang gerila di padang pasir. Ia mengetahui keadaan geografi negerinya dengan sangat baik. Ia juga boleh memanfaatkan keadaan geografi Libya untuk memenangkan pertempuran. Apalagi tentera Itali tidak terbiasa perang dalam medan padang pasir.

Dimulai dari beberapa ribu pasukan saja, ternyata pasukan Umar Mukhtar bertambah dan terus bertambah saja sampai mencapai 6000 orang. Umar Mukhtar juga membentuk pasukan elit yang sangat sedikit anggotanya kerana harus melalui pemilihan yang teramat ketat. Pasukan ini mirip Brigade Izzuddin Al Qassam milik HAMAS di Palestin. Pasukan elit yang kecil ini mempunyai mobiliti yang tinggi, mempunyai ketrampilan perang yang tinggi dan mereka adalah orang-orang yang paling berani mati (baca: yang paling siap menjemput syahid).

Seluruh pasukan Umar Mukhtar biasanya menyerang pos-pos hadapan di benteng-benteng Itali. Mereka juga menyergap regu-regu tentera-tentera Itali di mana-mana saja Apabila ada konvoi yang membekalkan logistik (makanan dan persenjataan), mereka juga sering menggagalkan penghantaran bekalan tersebut serta merebut logistik untuk dijadikan pampasan perang.

Mereka juga memutus kabel-kabel telegraf dan menyerang pos-pos komunikasi. Operasi-Operasi pasukan Umar Mukhtar sering berhasil. Perang jihad ini bergolak dari kota Zwara di bagian Barat Libya sampai ke kota Salloum di bahagian Timur Libya.

Tentera-tentera Itali adalah pasukan yang sangat terlatih lulusan akademi ketenteraan serta memiliki teknologi perang yang tinggi. Tetapi mereka sering kalah perang melawan Mujahidin Libya yang teknologi perangnya rendah dengan latihan bekalan ketenteraan yang minima saja. Namun, Mujahidin Libya berperang dengan motivasi kuat iaitu mencari ridha Allah dan mencari kemuliaan syahid. Terbukti dalam setiap pertempuran teriakan “Allahu Akbar” selalu membahana di langit dan di bumi. Pasukan Itali tidak punya motivasi dan tidak tahu untuk apa perang ini. Jelas saja jadinya tentera Itali sering kalah perang.

Perang Libya-Itali adalah perang Daud melawan Goliath. Itali mempunyai jumlah pasukan yang jauh lebih banyak, kereta kebal tercanggih pada masa itu, dan pesawat-pesawat tempur. Mujahidin Libya hanya mempunyai senapang usang dan kuda-kuda. Tetapi, Mujahidin memiliki keberanian yang tiada tara dan keinginan kuat untuk memerdekakan negeri dari penjajahan.

Dalam beberapa pertempuran rasio pasukan Libya dan Itali sering 1:50-100. Tetapi Itali sering kalah kerana pasukannya pengecut! Mereka sering lari tunggang langgang menghadapi Mujahidin Libya yang berperang dengan pekik, “Allahu Akbar”.

Kemudian kerana pengkhianatan salah seorang pasukannya, Umar Mukhtar tertangkap pada tahun 1921. Tetapi berkat kepiawaiannya berdiplomasi dalam bahasa Inggeris, Umar Mukhtarpun cepat dibebaskan oleh tentera Itali.

Pada awal tahun 1923 tentera Itali menduduki dan menyerang kota Benghazi. Kota Benghazi adalah pusat kegiatan tarekat Sanusiyah. Benghazi dahulu adalah ibu kota kerajaan Cyrenaica di bawah pimpinan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, sang pendiri tarekat.

Kerana Itali semakin sombong dan kurang ajar, Umar Mukhtar mengangkat senjata lagi dan memimpin lagi pasukannya yang dulu. Pasukan Umar Mukhtarpun kembali meraih kemenangan-kemenangan seperti dulu. Tentera Itali semakin kalang kabut. Mereka menangkapi laki- laki, perempuan, dan anak-anak. Mereka memasukkannya ke kem-kem tahanan seperti milik Nazi. Tak hairan, mereka sama-sama fasis dan rasis. Kem-kem tahanan ini berlokasi di tempat terpencil, jauh dari perkampungan-perkampungan rakyat Libya.

Tujuan kem-kem ini selain untuk melakukan pembunuhan, ada juga dua hal lain lagi, iaitu menyekat bantuan moral kepada Mujahidin dan yang lebih penting menyekat bantuan ekonomi kepada Mujahidin.

Sejak tahun 1921 Libya diperintah oleh Gubernor Jeneral Giuseppe Volvi, seorang ahli perniagaan yang beralih menjadi politikus. Volvi mendeklarasikan bahawa ia akan “memperjuangkan hak- hak Itali dengan darah”. Lima belas ribu pasukan Itali pun disebar ke kampung-kampung untuk membunuhi penduduk awam. Angkatan Udara Itali pun menyerang penduduk-penduduk awam di perkampungan- perkampungan.

Kepala operasi ketenteraan ini adalah Pietro Badoglio dan Rudolfo Graziani. Graziani terkenal sejak tahun 1915 dengan julukan “Si Tukang Jagal”. Graziani tidak mengecualikan seorang pun dari pendukung-pendukung Umar Mukhtar yang tertangkap. Semuanya dibantai dengan sadis! Bahkan rakyat yang tidak tahu apa-apa dan belum tentu mendukung Umar Mukhtar juga dibunuhi.

Selain menyerang kampung-kampung dengan pesawat, Graziani juga membakar dan memusnahkan kampung-kampung dengan para penduduk di dalamnya! Sungguh pembantaian yang sangat kejam terhadap umat Islam!

Umar Mukhtar pun menyiapkan pasukannya untuk peperangan yang sangat panjang. Yang tadinya Umar Mukhtar hanya komandan di kota Barga, kini menjadi komandan perang Mujahidin untuk seluruh Libya.

Perang berlangsung sangat panjang, 8 tahun. Dari tahun 1923 sampai tahun 1931. Selama perang yang dipimpin Umar Mukhtar, Itali mederita kerugian yang amat sangat. Tentera Italipun kalah perang di mana-mana. Moral mereka runtuh. Mereka menjadi malas berperang.

Setelah mendapat laporan dari Libya, Benito Musollini sang diktator fasis di Itali mengirim 400 000 pasukannya ke Libya. Perang menjadi sangat tidak seimbang. Pasukan Umar Mukhtar paling banyak hanya 10.000 orang. Di dalam Al Qur-an disebutkan rasio paling besar pasukan muslim melawan pasukan kafir adalah 1:10. Sehingga wajar saja kalau 10 000 : 400 000 mengakibatkan pasukan Mujahidin Libya kalah perang.

Hukum Sunnatullah berlaku. Apalagi Mujahidin Libya telah berperang dari tahun 1911-1931, atau 20 tahun! Sementara pasukan Itali (kecuali pemimpin-pemimpinnya) adalah para tentera yang baru berperang saat itu alias masih segar. Pada umur 70 tahun, yaitu tahun 1931, Umar Mukhtar tertangkap oleh tentera Itali. Iapun dikawal dengan pasukan yang berlebihan.

Tentera Itali sangat takut kalau Umar Mukhtar sampai lepas ia akan memimpin perang lagi. Hal ini sudah terbukti ketika Itali melepaskan Umar Mukhtar tahun 1921. Pada tahun itu ternyata Umar Mukhtar malah memimpin perang yang menyusahkan pemerintah kolonial Itali.

Penangkapan Umar Mukhtar adalah sebuah pukulan serius kepada rakyat Libya. Umar Mukhtar pun diadili dalam pengadilan yang tidak adil.

Akhirnya beliau dihukum mati di tiang gantungan. Hukuman ini dilaksanakan pada tanggal 16 September 1931. Umar Mukhtar pun dipersilakan mengucapkan kata-kata terakhir. Dengan tali di lehernya ia berkata, “Innalillaahi wa Inna Ilaihi Raaji’uun”. “From God we have come, and to God we must return,” beliau menerjemahkannya dalam bahasa Inggeris. Lalu, “Laa Ilaaha Illallaah! Muhammadar Rasulullaah!” Beliaupun melepas dan menggenggam kacamatanya erat-erat.

“Gubrak!” penyangga kaki Umar Mukhtar dilepaskan. Air muka Umar Mukhtar sangat tenang. Beliaupun tersenyum manis. Mungkin beliau melihat bidadari-bidadari dan syurga menjemputnya. Beliau mungkin mencium wangi semerbak syurga jannatun naim. Beliaupun pasti melihat malaikat-malaikat yang berkata, “Allaa takhaafuu walaa tahzanuu wa absyiruu bil jannatil latii kuntum tuu’aduun. Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.”

Tangan Umar Mukhtar yang menggenggam erat kacamatanya, mulai mengendur genggamannya. Kendur… kendur… kendur… dan semakin kendur, “Praang!!”, jatuh dan pecahlah kacamata Umar Mukhtar. Beliau menemui ajalnya. Beliau syahid di tiang gantungan pemerintah kolonial Itali yang zalim.

Ratusan ribu rakyat Libya pun tak kuasa menahan tangisnya. Mereka sedih sang pemimpin telah wafat. Tetapi mereka juga terharu melihat sang pemimpin tersenyum menemui Robb-nya. Meledaklah tangisan ratusan ribu rakyat Libya yang menyaksikan hukuman gantung itu.

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggalkan mereka, tetapi beliau tetap hidup di hati rakyat Libya. Umar Mukhtar pun menjadi simbol perlawanan terhadap ketidakadilan dan penindasan. Bukan hanya simbol bagi rakyat Libya saja, melainkan bagi seluruh kaum muslimin di mana pun dan bila pun.

Wallahu A’lam bish Shawab.

Nota: Agung Pribadi merupakan seorang sejarawan, dan kini sedang menjadi seorang penyelidik di Yayasan Harkat Bangsa Indonesia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s