Remaja dirasuk membelasah orang kampung

Posted: October 17, 2010 in Berita Malaysia

Oleh: amkns

REMAJA MENGAMUK DIRASUK, BELASAH 15 PENDUDUK SEORANG remaja lelaki 18 tahun, bekas pelatih PLKN yang tidak lagi bersekolah mencetuskan gempar dan kekecohan di kalangan penduduk di Kampung Bintawa, Sarawak awal pagi semalam apabila mengamuk dan mencederakan 15 penduduk yang cuba mententeramkannya.

Menurut laporan The Borneo Post, remaja itu pada mulanya dikatakan mabuk dan meracau sekembalinya ke rumah pada awal pagi.Dia merosakkan beberapa peralatan di dalam rumah keluarganya, menyebabkan bapanya meminta bantuan beberapa penduduk untuk mententeramkannya.

15 penduduk dan jirannya segera membantu dan berusaha untuk memegang dan memujuknya namun remaja itu tiba-tiba menjadi semakin agresif. Dia menendang dan menumbuk penduduk yang datang, menyebabkan sebahagian besar cedera di muka dan bahagian lain badan.

Walaupun ramai yang cedera dibelasah remaja itu, penduduk tetap berusaha dan selepas hampir sejam mereka akhirnya berjaya memegang dan menahan remaja itu sebelum dimaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakannya yang mengamuk dan membahayakan keselamatan orang lain.

Difahamkan, remaja itu memiliki kekuatan luar biasa walaupun cuba dipegang oleh 15 penduduk. Dia kemudian dibawa polis ke hospital sambil ditemani keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/remaja-mengamuk-dirasuk-belasah-15.html

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s