Adakah RON 95 punca kereta terbakar ?

Posted: October 17, 2010 in Uncategorized

Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F).

-RON =Research Octane Number

-Adakah RON 95 puncanya?

-Sekarang banyak dengar kejadian kereta terbakar, dulu jarang-jarang kita dengar.

-Kadang-kadang mangsa terbunuh kerana kereta yang terbakar bukan kerana perlanggaran

-pernah dengar cerita kereta baru 2 bulan terbakar di Traffic light, dulu Allahyarham Achik Spin, kereta canggih pun terbakar (Kalo tak silap Estima).

-tapi tak pulak dengar motor terbakar, mungkin kuantiti minyak ditangki motor (anggaran 4 -5 liter) tak sebanyak minyak di tangki kereta (40-50 liter).

-pernah dengar orang cakap kereta moden banyak sistem elektronik dan mudah terbakar.

-kandungan RON 97   =    Octane 97%    +     Pentana 3%

-kandungan RON 95   =    Octane 95%    +     Pentana 5%

-pentana adalah bahan penjana pembakaran.

-adakah kerana Pentana punca kereta sekarang terbakar

-5% Pentana dalam RON 95  (maknanya 5% dalam tangki anda)

-3% dalam RON97 (Maknanya 3% dalama tangki anda)

-Katanya negara luar menggunakan RON 95 (Pentana 5%) tanpa masalah, mungkin itu di negara yg beriklim agak sejuk, cuma mungkin keadaan cuaca di Malaysia (31 darjah Celcius) agak panas kot.

-Di Eropah ada 3 RON iaitu

-RON91 (Unleaded/Tanpa plumbum)

-RON95 (leaded/berplumbum)(Premium)

-RON98 (leaded/berplumbum)super premium)

-Teorinya minyak RON 97 (Hijau) lebih baik dari RON95(Kuning), namun ada juga kemungkinan RON95 di Stesen AB setanding dengan RON 97 di Stesen CD, kerana setiap syarikat minyak, baik Shell, Petronas, Caltex, Esso, BP dan lain-lain mempunyai makmal pembangunan yang mempunyai formula masing-masing, kaedah meningkatkan kecekapan pembakaran dan penjimatan bahan api mereka.  Senang cerita mereka masing-masing berlumba-lumba menghasilkan formula yang terbaik untuk produk masing-masing.

-Dulu kita guna minyak hijau, sebenarnya minyak tersebut telah naik harga (RM2.10/liter tanpa subsidi harga sekarang)

kemudian digantikan dengan minyak kuning, rasanya minyak kuning ini (RM1.85/liter kot harga sekarang)

rasanya minyak kuning ini kualitinya lebih tinggi  dari minyak merah, tetapi lebih rendah kualitinya dari minyak hijau yang kita gunakan dulu-dulu.

Kesimpullannya jika dulu (sebelum wujud RON95/minyak kuning) anda selalu menggunakan minyak hijau, maknanya setelah anda bertukar ke minyak kuning, anda telah memilih minyak yang kurang berkualiti dari yang anda guna sebelum ini.

-Pengalaman perjalan jauh dari KL ke Pulau Pinang (penggunaan RON95 dan RON 97 Shell) di lebuh raya sepenuhnya

-Minyak kuning menelan kos yang sama dengan minyak hijau, maknanya minyak kuning dapat banyak liter tapi cepat habis, sedangkan minyak hijau dapat liter yang sedikit tetapi lambat habis

-kos RM45.00 RON97 = dapat lebih kurang 22Liter)      perbandingan   RM45.00 RON95 = dapat lebih kurang 25 liter (perbezaan semakin ketara  sekarang kerana minyak RON97 sudah RM2.10 )

-kesimpullannya perjalanan tersebut menggunakan 22 liter RON97 (RM45.00) atau menggunakan 23 liter RON95 (RM45.00)

-tapi untuk perjalanan dekat terutamanya jalan sesak di KL pendapat aku pengguna RON97 tidak lagi menjimatkan, kerana enjin berjalan sedangkan kereta berhenti


-cuba buat ujikaji ni (buat andaian sahaja)

-setiap hari anda menunggu selama 1 jam dalam kesesakan lalulintas (30 minit pergi dan 30 minit balik dari tempat kerja)

-tempoh kerja 5 hari

-jika anda telah bekerja selama 15 tahun bermakna anda telah menghabiskan 260 jam selama ini atau bersamaan dengan 10 hari.

365 hari bersamaan 52 minggu x 5 hari seminggu = 260 hari x 1 jam sehari = 260 jam

andaian dan pendapat saja, aku pun bukan mekanik dan bukan tau sangat pasal kereta ni

-by Mohd Shahrizan Mohd Saad

Kereta Achik Spin

kereta ni baru dua bulan berhenti di lampu isyarat tiba-tiba terbakar


kejadian berlaku di Saujana Utama 3
keta baru 2 bulan
wanita dan anaknya terselamat
keta terbakar secara tiba2
waktu dan masa kejadian : 1 Oct 2010

KERETA TERBAKAR SEMASA DIBAIKI
Rabu Mei 5, 2010

IPOH: Seorang wanita terpaksa berputih mata menyaksikan kereta Toyota Estima miliknya hangus di depan mata semasa ia sedang dibaiki oleh seorang mekanik hari ini.

Norlaila Zakaria, 34, bagaimanapun bersyukur kerana kenderaannya itu tidak terbakar semasa sedang dipandu.

“Kejadian berlaku begitu pantas namun mujurlah ia tidak terbakar semasa saya sedang memandu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Simpang Pulai-Ipoh kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, enjin kenderaannya tiba-tiba berhenti mengejut.

“Selepas lebih 10 minit, ada mekanik datang membantu untuk menghidupkan semula kereta tetapi percikan api keluar di bahagian depan dan tidak sampai beberapa saat kemudian, api mulai marak,” katanya.

Norlaila berkata mekanik terbabit berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam apai tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 20 minit sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba untuk memadamkan api. –

 

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/5/5/mstar_jenayah/20100505202927&sec=mstar_jenayah

APA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA KERETA TERBAKAR :
– Jika sedang memandu, berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan
– Matikan enjin kereta
– Segera keluar dari kereta
– Hubungi pihak bomba
– Jangan cuba pada api yang sedang marak dengan alat pemadam api kerana alat pemadam api pada kereta terlalu kecil untuk memadam api yang sedang marak

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/fire-safety.html

Punca lain kebarakan
– Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin
– Kebanyakan kebakaran kereta bukan disebabkan oleh kecacatan kejuruteraan – tetapi disebabkan oleh penyenggaraan yang lemah
– Tapi punca sebenar kebanyakan kereta terbakar tidaklah diketahui
– Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik
– Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering
– Puntung rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta
– Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran
– Kecacatan rekabentuk tangki minyak Ford Pinto boleh menyebabkan ianya meletup jika dirempuh dari belakang
– Kecacatan sistem cruise control Ford juga boleh menyebabkan kebakaran walaupun setelah enjin dimatikan
– Tangki sisi trak GM juga mempunyai rekod kemalangan kebakaran yang tinggi
– Kereta Lexus pada tahun 2007 mempunyai kemungkinan keretakan pada paip minyak 

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/engine-fires.html

Tanpa Nama berkata…
dalam satu kemalangan yang aku tengok dulu… 

kereta tu terbakar, sebab tindakan bomba yang kurang cerdik.

masa tu, sebiji kereta ni terbang masuk dalam sebuah kedai runcit.

dalam tu ada ngan tong gas segala lah.

kedudukan kereta tu dalam keadaan mengiring. tangki minyak pun bocor.

bila bomba datang tu, derang nak cuba tarik keluar kereta tu.

Aku sound dia cakap tangki minyak tu bocor, minyak dah penuh kat jalan tu, kalau ada percikan bunga api dari badan kereta bergeser ngan tar tu, tak pasal nyala.

bomba tu buat tak reti. dah la takde standby ngan paip hos kalau-kalau terbakar.

mula-mula dia tarik tu, okey lagi. dia tarik lagi. lepas tu, tarik kali ketiga, terus keluar api…

masa tu baru kalu nak bukak hos, dah la air keluar meleleh je macam kencing tak lawas… tah hapa-hapa…

tak pasal-pasal kereta yang tak terbakar tadi, ngan kedai-kedai sekali hangus.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s