Imam Syafie dan tukang cukur

Posted: October 16, 2010 in Islam

Ketika sampai di Harran yang terletak di utara Iraq, Imam Syafie mahu mencukur kepalanya kerana dirasakan rambutnya sudah panjang dan tidak terurus. Beliau pergi ke sebuah kedai mencukur rambut. Kerana hari itu hari jumaat, ramai yang datang hendak bercukur. Mereka yang berada di situ tidak mengenali Imam Syafie.

Selepas lama menunggu, akhirnya tiba giliran Imam Syafie. Tukang cukur terus menjalankan tugasnya mencukur rambut Imam Syafie. Tetapi baru separuh bahagian rambut Imam Syafie dicukur, tiba-tiba datang seorang lelaki yang juga mahu mencukur rambutnya. Tukang cukur itu lalu meninggalkan Imam Syafie bagi mencukur rambut pelanggan barunya.

Sikap tukang cukur itu menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang sedang menunggu giliran. Sepatutnya tukang cukur itu menyuruh lelaki itu menunggu gilirannya. Imam Syafie yang baru dicukur separuh botak itu ditinggalkan begitu sahaja kerana melayan lelaki yang baru datang.

Selepas siap mencukur rambut lelaki itu, baru tukang cukur itu menyambung semula mencukur rambut Imam Syafie. Selepas selesai bercukur, Imam Syafie pun bertanya siapa lelaki itu.


“Dia pembesar Harran. Kerana itu saya memberi layanan istimewa kepadanya,” jawab tukang cukur itu.


“Berapa upah yang dibayar dia kepada kamu?” tanya Imam Syafie lagi.

“Lima dirham,” jawab tukang cukur itu.


“Dia bayar mahal kerana itu saya utamakan dia.”

Imam Syafie mengeluarkan wang dari sakunya lalu memberikannya kepada tukang cukur itu. “Saya bayar kamu 10 dirham.”

Tukang cukur itu tergamam kerana jumlah itu baginya terlalu banyak. Orang ramai yang berada di situ juga seperti tidak berpuas hati.

“Sepatutnya tuan tidak payah membayar upahnya kerana tukang cukur itu menghina tuan dengan mencukur rambut tuan separuh botak kemudian meninggalkan kerjanya kerana mahu mencukur kepala orang besar Harran itu,” kata salah seorang pelanggan.

“Dalam poket saya cuma ada 10 dirham. Sekiranya ada duit yang banyak, pasti saya beri dia banyak lagi,” jawab Imam Syafie.

“Kenapa tuan begitu pemurah dengan saya?” tanya tukang cukur itu pula.

“Sebagai satu peringatan kepada kamu. Lain kali apabila datang orang miskin bercukur, kamu jangan sesekali menghinanya,” kata Imam Syafie.

Kata-kata itu menginsafkan tukang cukur. Dia berjanji tidak bersikap pilih kasih terhadap pelanggannya lagi. Barulah orang yang berada di situ mengenali Imam Syafie. Masing-masing mahu berjabat salam serta mempelawa menjadi tetamu di rumahnya. Tetapi Imam Syafie menolak pelawaan mereka dengan baik.

“Selepas sembahyang Jumaat nanti saya akan meneruskan perjalanan ke Madinah,” kata Imam Syafie.

*Dipetik daripada buku: Imam Syafie Pejuang Kebenaran


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s