Anak ibarat kain putih

Posted: October 15, 2010 in Uncategorized
Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. Dari artikel yang saya tulis sebelum ni saya cuba tekankan betapa pentingnya ibu mengandung menjaga minda dan emosinya kerana ia secara langsung akan mencorak minda anak yg sedang dikandung. Ayah juga tidak secara langsung mencorakkan juga pemikiran anak dr tingkah laku terhadap isterinya yg sedang mengandung itu. 

Semua emosi ataupun perasaan yg ada pada seseorang itu akan mengubah fisiology badannya secara kimia, emosi yg baik memberi manafaat dan emosi yg negatif adalah perosak. Di dlm keadaan stress darah akan kurang mengalir kebahagian depan otak (frontal lobe) yang mana itu adalah otak yg berfikir, ini menyebabkan manusia lebih mengambil tindakan tanpa berfikir yg selalunya dari memori (yg dilihat atau didengar sebelum ini). Janin yg sedang membesar didlm kandungan juga turut merasa kesan emosi tersebut melalui placenta atau pun tali pusat. Placenta bukan setakat menyalurkan makanan ataupun untuk perkumuhan, semua yg dilihat, didengar, di rasai oleh ibu akan turut dirasai oleh janin kesan dari kimia2 emosi yg dirembes oleh otak (hipotalamus, pituatary) dan juga kelenjar adrenalin yang mengeluarkan hormon stress.

Lihat gambar dibawah, hasil dr eksperimen yg dijalankan dimakmal, walaupun ia adalah janin tikus tetapi perbezaan dapat dilihat dgn nyata, dua ekor tikus yg sedang mengandung tetapi di letakkan didlm keadaan/situasi yg berbeza. Seekor di letakkan dlm suasana yg tenang dan aman dgn makanan yg mudah untuk didapati dan yg seekor lagi diletak dlm keadaan sebaliknya. Lihat perbezaan dari saiz otak depan (frontal lobe) yang merupakan otak yg berfikir. Ibu yang mengandung didlm keadaan yg tertekan menyebabkan anaknya lebih kecil otak depannya tetapi agak besar otot2nya.

Janin yg membesar dlm keadaan ibunya tertekan akan menyebabkan dirinya bersiap2 untuk “protection” berbanding dgn ibu yg tenang dan tenteram, saiz otak depan ini membezakan sifat seseorang itu samada penuh dgn sifat2 yg baik dan sempurna atau sebaliknya. Siibu dan bapa yg menjadi “genetic engineer” secara tidak langsung mencorak kehidupan anak tersebut.
Menurut pakar sel Dr Bruce Lipton, sebelum persenyawaan lagi kedua suami dan isteri sudah secara genetiknya “menyiapkan” sperma dan telur mereka tanpa mereka sedar, memilih gen yg sesuai untuk di berikan kepada anak mereka, mengikut persekitaran yg di alami. Suasana kehidupan akan menyebabkan suami dan isteri itu merasai emosi2 tertentu. Emosi yg tertekan, stress, risau dan sebagainya akan menyebabkan gen yg tersedia didlm sperma dan telur bersiap sedia untuk mengalami keadaan2 tersebut.
Lihat keadaan sekeliling kita sekarang ini dan perhatikan tingkah laku anak2 zaman sekarang, ibubapa yg terlalu asyik mengejar dunia materialistik selalunya sering tertekan dan stress. Anak yg bakal lahir juga akan bersiap2 untuk menjalani kehidupan yg sama. Selagi kita tidak sedari akan hakikat ini selagi itu manusia akan menuju kehancuran. Allah jadikan wanita itu sebagai pendamping lelaki dan menjadi ibu kepada anaknya2 dan bukan untuk bersaing dibidang kerjaya seperti yg diagung2 kan sekarang ini.
Bukanlah niat saya untuk memastikan wanita berhenti bekerja dan menumpukan perhatian hanya sebagai ibu, bagi yg terpaksa bekerja haruslah cuba pastikan dirinya sentiasa tenang, begitu juga dgn suami. Malah sebelum mahu mengandung lagi suami dan isteri haruslah mula berfikir anak yg bagaimana mereka mahukan. Suami juga haruslah lebih prihatin terhadap isteri kerana emosi isteri yg tertekan disebabkan perangai suami bukan sahaja mempengaruhi bayi yg didlm kandungan, anak2 yg sudah ada pun akan merasa tempiasnya. Jadi jgn salahkan persekitaran, rakan2, internet atau pun apa2 lagi faktor luar jika anak itu membesar menjadi anak yg liar.
Bagaimana ketenangan ini boleh dicapai? Bersolat lah dan sembahyanglah dgn penuh khusyuk dan fokus yg mana sembahyang yg khusyuk itu sahajalah yg diterima Allah, mengapa? Kerana bila fokus dan khusyuk itu sahaja yg akan membaiki semula otak depan (frontal lobe) yang membolehkan manusia boleh berfikir kembali dgn lebih sempurna.
Cuba melihat dunia dari sudut yg berbeza, manusia sekarang terlalu tenggelam mengejar kebendaan yg menyebabkan kita menumpukan kepada apa yg kita tidak miliki, yg sudah dimiliki kita tidak endahkan dan jadilah kita manusia yg tidak bersyukur. Fokus kepada apa yg sudah kita miliki dan selalulah bersyukur kepada Allah dgn menunaikan perintah2nya. Hidup akan lebih tenteram dan aman, emosi yg tenang dan aman akan menyebabkan otak depan (frontal lobe) akan lebih kreatif dan fokus lantas membuka lagi jalan dan peluang2 untuk mendapatkan lagi nikmat2 kurniaan Allah yg lebih byk lagi. Insyaallah…

artikel asal: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/01/anak-ibarat-kain-putih_24.html#ixzz12PMjVxFN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s