10 ciri isteri solehah

Posted: October 15, 2010 in Uncategorized

1) Hormati Suami
Allah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW: maksudnya: “kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2) Prihatin pada perasaan
Isteri harus peka dengan persaan suami dan perasaan sendiri. Jika si suami dalam keadaan wajah sedih itu adalah gambaran perasaannya, jangan ditambah sedihnya itu, cuba layan dengan menghibur hatinya dan layan dengan senyuman yang manis.
Namun perasaan anda juga jangan diabaikan. jika dalam keadaan tertentu anda kurang setuju sesuatu jangan diteruskan, jangan biarkan emosi negatif anda dirasionalkan.

3) Jaga Tubuh Badan
Bagi wanita yang mempunyai “dwi kerjaya” (bekerja dan suri rumah tangga), jangan jadikan kesibukan sebagai alasan anda tidak mengurus penampilan anda, dengan badan yang mengembang macam belon, kulit kusam, berminyak, rambut tak rapi… JANGAN… jangan biarkan ini berlaku.. anda harus bijak mencuri masa untuk uruskan diri dan belajarlah selok belok pengurusan badan dan kecantikan.

4) Komunikasi Berkesan
Belajar berinteraksi dengan suami, biar suami tahu apa yang anda suka dan tidak suka. Beranikan diri meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan apa yang anda rasakan inilah petua/kunci melancarkan hubungan anda. suami tiada kuasa khas yang boleh membaca tembus ke dalam hati anda, jadi kena luahkanlah.

5) Jangan Tolak Permintaan Seks
Semua isteri harus tahu seks adalah antara keperluan utama lelaki. Oleh itu jangan menolakbila suami menunjukan tanda2 inginkan seks. Isteri juga harus berani memulakan hubungan intim dan pelajari teknik2 yang boleh memberikan kepuasan kepada dua pihak. Mengabaikan hubungan seks bererti menghancurkan keperluan batin suami.
Jika atas alasan kesihatan cuba terangkan dengan cara yang betul agar suami tidak kecewa dan boleh menerima dengan baik. Paling kurang pun hubungan intim mesti satu kali dalam seminggu.

6) Jadi Teman berbual
Luangkan masa setidak-tidaknya 15 minit sehari untuk berbicara dengansuami untuk mengetahui perkembangan suami, dengan masa inilah juga anda memberitahu situasi anda dan anak – anak. Kongsilah… bukankah hubungan perkahwinan merupakan perkongsian hidup?!

7) Menilai Diri
Berikanlah penilaian terhadap kerja-kerja mahupun layanan anda terhadap suami. Nilai juga sikap anda terhadap suami, anda haru jujur dan iklas dalam menilai diri sendir agar anda boleh memperbaiki mana- mana aspek yang terkurang. tanyalah kepada si suami apa yang kurang dan apa yang lebih agar anda boleh memperbaiki layanan anda terhadap suami.

8) Menjaga Amanah Suami
Amanah bukan saja harta benda milik suami tapi yang utama adalah harta yang dikongsi bersama iaitu anak-anak. Didiklah anak- anak anda dengan adab sopan, uruslah zuriat anda dengan sebaik mungkin. Suami pasti berbangga dan bahagi memiliki isteri yang mampu mendidik anak dan bersopan santun/

9 ) Belajar Menghargai
Suami sebenarnya perlu dihargai atas penat lelahnya menyara keluarga. Oleh itu buatlah dirinya dihargai, mengingati hari penting dalam hidupnya, memberikan hadia atau kejutan. paling mudah dengan mengeluarkan kata-kata, pujilah atas usahanya memberikan keselesaan kepada keluarga, ucaplah terima kasih atas segalanay. Hati anda pasti bahagia bila suami gembira.

10) Patuh pada Agama
walaupun seribu tip menjadi isteri yang baik, tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. jauhi segala larangannya dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

Diharap apa yang dikongsikan pada entri kali ini dapat mengeratkan hubungan suami isteri para pengunjung blog ini, insyah allah

sumber dari blog

Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s