United States of America

Posted: October 13, 2010 in Uncategorized

Dari thread United State Of America

by TKO Forumer Von_Ribbentrop and budakampung

Yg kita tahu pasal dua negara (US dan Britain) ni ialah…ia sangat akrab,
mempunyai bahasa rasmi yg sama, dan juga dasar luar dia pun bagai aur dgn tebing. kalo kita tgk dua2 negara mmg dari dulu mmg ngam punya…

Tapi sebenarnye dua2 negara ni mempunyai sejarah yg penuh warna
warni. Asalnya pun org eropah yg mula2 buat penempatan ialah dari
England, Ada ingat kapal Mayflower. inilah kapal yg mula2 bawak koloni
Britsh ke pantai timur amerika utara. kemudian2 barulah etnik eropah

yg lain datang. Tapi majoriti ialah dari England…taat setia masih kat King.
org british kalo tak silap aku sudah bikin sampai 13 state pesisir pantai timur amerika pada awal 1700an. Pastu King kat England suruh bayar cukai lebih utk empayar pasal nak biayai perang kat eropah. jadi koloni diorang kat amerika ni bantah laa. So diorang nak merdeka laa…

maunye king of england nak bagi,,jadi king hantar la General Cornwallis
kat tanah amrika ni kasi lawan sama pemberontak. Aaa masa nilah keluar
hero amerika yg muka dia ada kat dollar amerka tu…Encik George Washington. Ini Wahington kasi lawan itu Cornwallis..mula2 kalah last2 menang dgn bantuan Perancis… jadi 4th of july 1776 adalah tarikh kemrdekaan USA dan british sudah kasi halau jauh2. Jadi merdeka laa amerika (masa ni bendera amrika serupa mcm sekarang belang2 merah putih tapi ada 13 bintang (kalo x silap) circle dalm petak biru tu.
white House tu mmg historical monument..diorang bikin lepas merdeka.

Tapi pada 1812, british sudah raid kat washington DC dan kasi bakar itu white house. lepas tu diorang lariii. babulu je org amerika..tapi diorang bina semula dan basic dia mmg itulah bentuk dia yg kita tgk hari ini. Pastu diorang bina ekonomi..yg bahagian utara marak dgn industri
yg mula berkembag dan selatan pulak dgn pertanian dan dlm masa yg sama diorang teroka tanah2 bahagian barat sampai pantai timur amrika dan hasilnya banyak tanah red indian sudah kasi rampas.

Ada jugak yg dia rampas dari mexico seperti Texas (ada ingat cerita Alamo) dan ada jugak dia beli tanah dari mexico seperti New Mexico
pada hari ini dan juga California…tupasallah ada nama2 berbau Sepanyol juara dunia seperti Los Angeles, Alameda county, El Doredo, Monterrey dan mcm2 lagi. Alaska pun US beli dari Tsar Rusia dan pada pertengahan abad ke 1800, Amerika ni dah mula nak memintas ekonomi nbr 1 dunia, Britain.

Org Afrika sejak abad ke 17 dah mula dibawak masuk beramai2 untuk dijadikan hamba abdi kasi bikin ladang 2 pertanian yg luas kat bahagian selatan..Bila Abrahan Lincoln jadi Presiden, dia tak mau lagi hamba2 abdi lagi..dia nak hapuslkan…..jadi sudah tentu lah org selatan tak puas hati..sebab mmg diorang nak guna tenaga kerja yg murah ni..Lincoln kata aku tak kira..aku kata hapus..hapus….

Jadi org selatan tak nak ikut..jadi ada beberapa negeri selatan bergabung dan bikin satu negara berasingan dan historian menggelar mereka Confederates.. Lincoln tak nak mengalah..so dia pun memrangi pihak Confederates ni. Historian menggelar negeri utara ni pulak…Union. dan peperangan besar pun berlaku pada 1961-1965 dan nama peperangan
termasyur ini ialah American Civil war….hehehe…….

Cakap pasal Louisiana Purchase tu…ini adalah satu lagi sejarah besar bagi US. Sebelum ni kitra dgr US ni beli tanah dari Mexico/Sepanyol dan juga rampasan dari berbagi peperangan…tak cukup..beli lagi tanah daru Rusia. peristiwa ni berlaku pada awal 1800an.

Selain kuasa2 Sepanyol/Mexico, ada satu lagi kuasa besar dunia ada duk
terperap dlm kawasan amerika utara ini. Kuasa tu ialah Perancis. Sebelum
British bikin koloni di pesisir pantai timur amerika, diorang sudah berperang dgn Perancis dgn sokongan puak2 Indian..serupa mcm kat sini laaa…

Wilayah yg perancis dpt adalah sungguh besar diamerika utara ni termasuk Kanada. Itulaa sebab bila 13 state nak merdeka dari british, Perancis tolong. Pada awal abad ke 1800, Napoleon Bonaparte berkuasa di Perancis dan dia ada plan utk meluaskan empayarnya ke seluruh eropah..jadi dana kena ada.

kebetulan pulak US nak beli New Orleans (ingat taufan katrina) kat selatan tu sebab ada pelabuhan penting, Us nak beli dgn harga USD 10 juta..aleh2 Napoleon offer kek depa..” alaa bro, alang2 ko ambik New Orleans, ko ambik laa semua aku punya territory tu..ko tambah je laa lagi USD5 juta…jadi suma2 USD15 juta je..

ko tak nak kang aku jual kat red indian kanG!!!! (nak jual kek red indian kunun, tanah tu pun mmg red punya laa) Aaa..bila Livingston(WAKIL presiden jefferson)dgr….terus setuju..gilaarr aaa kalo tolak..nak tau betapa besar wilayah dia…hangpa tgk map kat bawah ni…

Yg tulis Louisiana Purchase tu..itulah besar wilayah yg siNapoleon offer…kalo dia hidup skang ni..mesti menyesal tak sudah dia. yg kuning tu USA pada masa tu 1803…lagi besar dari state2 kuning tu…berbaloi-baloi.

by Von_Ribbentrop

ada member cerita..semasa perang antara Amerika dan Maxico dulu adalah berpunca dari simpanan emas yang banyak dari perut bumi Mexico.Lalu Amerika cari pasal untuk menakluki kawasan Mexico itu.Yang hebatnya Amerika berjaya ‘membeli’ Ketua Tentera Mexico berkenaan supaya Mexico kalah dalam perang dan menyerahkan banyak kawasan Mexico kepada Amerika terutama yang mempunyai kawasan emas itu.Lupa pulok nama Jeneral Mexico tu.Tapi yang peleknya Jeneral itu dianggap sebagai wira oleh rakyat Mexico….

by budakampung

Yezza….salah satu sebab mmg emas..diorang dua2 ni perang, yg tersepit Apache tgh2..last2 Apache ni belasah semua orang..banyak cerita yg related dgn emas ni. California tu pun dulu mexico punya tapi dlm sejarah secara halus depa kata USA ni beli..betul beli tapi dgn harga berapa?Depa perang dulu baru depa beli dgn harga murah. Kalo tak silap jeneral tu adalah keua negara Mexico sendiri iaitu Jeneral Santa Anna..nickname dia letak sendiri – Napoleon of the west…emmm bagai langit dgn bumi….ok lepas ni kita tgk Texas pulak..ada cerita pasal Santa Anna ni….

Kita dah tau state pantai dan kemudian kisah Louisiana Purchase. Kali ni kita tengok pulak bagaimana omputih ni boleh dapat Texas. Untuk pengetahuan, Texas ni adalah sebuah kawasan yg besar dan sekarang negeri ni adalah yg kedua besarnya selepas Alaska dlm Amerika.

Asalnya mcm biasa laaa, sepanyol dah jarah tanah ni dulu dari Red Indian. Kemudian bila Mexico ni dah merdeka dari Sepanyol, Mexican pulak ruled area ni. takda omputih, kalo ada pun omputih cakap Sepanyol. Tapi kawasan ni tak membangun. Kmudian entah macamna adala sorang American ni yg bernama Stephen Austin dah pergi jumpa penguasa Mexico, dia kata boleh bangunkan kawasan Texas ni untuk Mexico.

Jadi org Mexico pun setuju laa pasai Tanah depa maju, Mexico pun boleh maju. Dalm pada perlaksanaan aktiviti di Texas ni, siAustin sudah bawak masuk peneroka dari omputih dari Amerika sebab diorang ada berbagai2 skil. memnag nampak laa maju kawasan ni.

Operasi gembala lembu adalah yg terbesar sekali dan disinilah sinonimnya perkataan COWBOY tu. Austin ni kira berjaya laa membangunkan sebahagian Texas ni dan mmg betulah, Mexican pun
enjoyed jugak dgn keuntungan win2 situation ni. Tapi lama-kelamaan kerajaan Mexico rasa tak sedap hati laa.

Sebab dah terlampau ramai org luar yg masuk kat Texas ni…Jadi untuk minimize kan kehadiran org luar ni, diorang bikin satu rule immigration yg baru..menghadkan kemasukan. Jadi foreign settlers ni berasa terancam pasal depa dah lama bikin tanah kat situ pastu nanti kena

yang merah adalah Texas

balik kampung kat US..leceh laaa ini macam……maka terjadila satu pemberontakan bersenjata. Steve Austin…ohh bukan2, Stephen Austin dengarnya seorang yg jujur dgn Mexico, dia pun dah tak boleh buat apa2 lagi….Banyak tempat mlancarkan seranagn ke atas trentera Mexico.

Lepas tu takkan Mexican ni diam je…..Jadi Antonio Lopez Santa Anna iaitu Presiden Mexico sendiri sudah haaangin satu badan, dia sendiri led army dia pergi belasah peneroka2 kurang ajar ini. Dahlah bagi chance kerja kat bumi orang, inikah balasannya..tuba yg ko bagi,,,nah..ambik ni dush dush..

Pada mulanya operasi Santa Anna ni berjalan lancar dan yg terfamous sekali ialah di sebuah kubu puak pemberontak..nama kubu tu ialah Alamo…Kat sini pemberontak bertahan. Santa Anna ambik masa 13 hari untuk mengalahkan para settlers tu dan at last Santa Anna menang (Santa Anna ni pernah declare diri dia sebagai Napoleon of the west).

Boleh dikatakan hampir semua defender Alamo ni mati dan pertempuran tu dikenali sebagai Battle of Alamo. USA dengar cerita ni dan mereka pun aid kaw kaw tentera pwmberontak yg dikenali sebagai Texian. Satu militan yg diketuai oleh Sam Houston telah melancarkan counter attack besar2an dan kemudian disupport oleh tentera US.

Last sekali pada 1836 Santa Anna kalah teruk dan memaksa untk memerdekakan Texas kepada immigrant yg ramai tu. Pada 1845 kerajaan
Texas masuk dlm USA sbagai salah satu state. Bertambah2 besarlaa wilayah USA ni. Pada awal 1900an, minyak pulak dijumpai, yaaa aku kayaaa….kata US. T

Tupasal dlm siri Dallas J.R Ewing selalu pakai topi koboi dan boot koboi sambil mengendalikan syarikat minyak dia. Dallas tu memang dlm Texas. Selain Dallas, Austin adalah ibunegerinya dan Houston pulak adalah pusat perhubungan dgn space shuttle dan space station roket2 Nasa selain dari Cape Canaveral, Miami sebagi tempat pelancarannya.

by Von_Ribbentrop

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s