Dadah bernilai RM 1 juta hilang dari IPK Johor

Posted: October 7, 2010 in Uncategorized

JOHOR BAHRU: Tiga wartawan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) hari ini menerima surat arahan dari polis bagi memberi keterangan berhubung penulisan artikel kehilangan syabu bernilai RM1 juta dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini.

Surat arahan bagi menghadiri penyiasatan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah itu diserahkan Pegawai Turus Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor, Deputi Superintendan Kalawan Singh di pejabat kumpulan akhbar itu di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Mengikut surat arahan itu, ketiga-tiga wartawan iaitu masing-masing seorang dari akhbar New Straits Times (NST), Harian Metro dan Berita Harian diminta ke JSJ IPK, jam 11 pagi esok.

Hari ini, ketiga-tiga akhbar itu — NST, Harian Metro dan Berita Harian — melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggar bernilai kira-kira RM1 juta, yang dikatakan menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral.

Sementara itu, Ketua Biro Berita Harian Khirul Bahri Basarudin yang dihubungi, mengesahkan kehadiran Pegawai Turus Perundangan dan penerimaan surat arahan itu.
— Bernama (2008)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s