Dadah hilang dari stor pejabat Bahagian Narkotik IPD Kota Bharu

Posted: October 7, 2010 in Uncategorized

Melaka -– Pihak berkuasa hari ini disaran mengambil perhatian dan tindakan serius berhubung kehilangan pelbagai jenis dadah yang menjadi bahan bukti penting bagi sembilan kes, yang hilang dari stor pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kelmarin.

Pengerusi Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Idris Haron berkata kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku kerana bahan bukti terbabit berada di dalam jagaan pihak Polis.

Menurut beliau tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang didapati bertanggungajwab terhadap kejadian berkenaan untuk memastikan imej serta kredibiliti pihak berkuasa tidak terus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Kita tidak tahu apakah kejadian itu berpunca daripada unsur kecuaian dan sebagainya. Perkara itu kita serahkan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan dalaman.

“Apa yang penting, kejadian sedemikian perlu diberi perhatian dan tindakan segera untuk mengelakkan kejadian seumpama itu tidak dijadikan bahan oleh mana-mana pihak untuk terus mempertikaikan kewibawaan anggota pasukan yang menjaga ketenteraman awam di negara kita”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian kehilangan pelbagai jenis dadah yang menjadi bahan bukti penting bagi sembilan kes, yang hilang dari stor pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kelmarin.

Malah, dokumen serta kertas siasatan berkaitan kes rampasan dadah itu juga lesap. Dadah itu membabitkan lebih 1,000 pil kuda, heroin serta ubat batuk yang bernilai RM40,000.

Untuk rekod, ini merupakan kejadian kedua membabitkan kehilangan dadah daripada simpanan polis.

Sebelum ini, perbicaraan kes pengedaran dadah membabitkan seorang warga tua di Mahkamah Majistret Shah Alam, kecoh apabila kira-kira 60,000 pil psikotropik menjadi bahan bukti didapati hilang.

Kehilangan pil itu disedari pada hari kedua perbicaraan pada 5 April tahun lalu, apabila seorang pegawai Jabatan Kimia, Zurina Ramli diarah membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti berkenaan. Bagaimanapun, hanya bungkusan pil berkenaan dan sampel serbuknya ditemui.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu seterusnya berkata sungguhpun kejadian itu merupakan kejadian kedua, pihaknya bimbang jika tidak ditangani secara serius akan memberi implikasi kepada proses pendakwaan sekaligus menyebabkan pesalah yang terlibat akan terlepas dari tindakan undang-undang.

“Kita mintaklah pihak Polis mengambil perhatian serius perkara ini kerana ianya membabitkan penguatkuasaan undang-undang. Jangan hanya kerana seorang dua yang terlibat, imej satu pasukan Polis terus dikritik dan diperkatakan rakyat”, ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s